Layan iklan

Monday, December 8, 2014

:: InsyaAllah... Yang terakhir

Ini cerita seminggu selepas family day Mummy. 
Alhamdulillah, adik yang paling kecik a.k.a bongsu telah selamat mengikat pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya. cewah! ayat kan... hi hi hi

Si adik yang officially dah jadi tunangan orang. Anak-anak sedara ingat Mokcu depa ni kahwin. Siap berebut nak makan beradab dok sebelah. Adeh!!!

Ikut urutan dari baju merah... eh eh... dari baju biru (Paling pendek ke???) Lengkap 6 orang adik beradik Mummy.

InsyaAllah ini adalah majlis terakhir dalam keluarga Mummy. Lepas ni mak ayah tunggu cucu menantu pulak. Nampak macam berangan tapi kenyataannya anak-anak semakin membesar. Hakikat, kita semakin tua. Majlis kali ni masih lagi dalam suasana yang serba ringkas. Takde la kami dok uar-uarkan sebab baru dalam alam pertunangan kan. Tak elok terlalu dihebahkan. Kadang-kadang manusia sekeliling pemikirannya agak terpesong. Kita niat lain tapi disalahertikan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan hanya dihadiri ahli keluarga saja. Family Mummy cukup la setakat kami adik beradik. Itupun dah riuh rendah dengan budak-budak. Jamuan makan pun, mak masak sendiri. Senang tak payah fikir kan... Lauk kampung je la paling menyelerakan bila musim hujan ni kan.

Jika panjang jodoh, InsyaAllah majlis hujung tahun depan selepas Aidiladha. Ikut perancangan konon nak buat awal tetapi memandangkan adik ipar Mummy masih di Lubnan, maka kami nak tunggu dia. Baru seronok semua ada kan.

Anak dara yang sorang ni siap request snapkan gambar dia. Perasan dah abes cantik kononnya. hi hi hi... Tahun depan dah 8 tahun tapi tinggi hampir paras bahu Mummy. Lagi 2 tahun orang ingat adik plak. kihkihkih....

Belanja gambar encik suami & zahin. Malas nak tukar baju hero Mummy sebab kejenya makan je. Abis baju kotor. Selesai majlis, siap mandikan wangi-wangi.


Friday, December 5, 2014

:: Family Day 2014~ Gambang Waterpark...

Setelah 2 minggu berlalu, Mummy baru ada mood nak update blog. Balik family day, badan rasa tak sihat plus kerja banyak nak update kat office. Nak MC pun fikir banyak kali... laratkan jela badan ni kan. hu hu hu...

Tahun ni Family Day office Mummy berlangsung 3 hari 2 malam. Kena pulak waktu cuti sekolah.... so, jimat la sikit kos penginapan & makan kan. Biasala kakak memang excited menunggu hari nak ke Gambang. Asik tengok kalendar je kejenya. Excited sebab jumpa anak-anak kawan Mummy. Siap pesan kat Mummy "jangan lupa bawa baju mandi kakak". hi hi hi... Hari nak bertolak, memang awal la dia bangun. Siap mandi pakai baju dah tak payah disuruh. Si adik pun lebih kurang... kalau dah pakai cantik hensem, memang dia tau la nak gi jalan kan. Masa tu memang dia buat perangai tak sabar. Merengek bagai...hu hu huu...

Bab packing barang, memang encik suami serah 100% kat Mummy. Memang kusut sebab kena fikir strategi susun. Biasa beg untuk kakak & adik memang asing. Cuma Mummy & encik suami je la kongsi beg. Kebiasaan pergi 3 beg, balik konpem 5 beg... bukan sebab shopping tapi baju kotor memang kena asing. he he hee...
Muka 2 beradik yang excited... Si adik tu muka puas hati sebab akhirnya naik kereta. hi hi hii...


Agak jauh la perjalanan ke Gambang sebab terpaksa konvoi dengan lori-lori besar. Letih kaki encik suami, Mummy kat sebelah rilek je laa. Bila dengan anak-anak ni memang banyak kali la kami menyinggah ke toilet. 

Tepat jam 4.00ptg kami selamat sampai Gambang Resort. Mummy pun terus ke tempat pendaftaran amik kunci bilik. Best sebab dapat bilik besar apartment 2 bilik tapi sian pulak kat kakak tido sorang-sorang kat bilik dia. So, kami decide kakak tido sekali sebilik tapi malam je la. Siang dia boleh bersenang lenang kat bilik sendiri. Kami cari parking then angkat barang ke bilik dulu sebelum opening dari CEO pukul 5.00ptg. Lagipun perut dah lapar kan. Masa opening, kami diberi penerangan tentang tiket-tiket yang dibekalkan serta aktiviti yang telah diatur.

Malam pertama kami dinner kat Simba cafe sambil tengok simba putih. Sebelum tu, kami layan Tarzan show & Fire show... Paling seronok budak-budak ler. Kami mak ayah dok layan je la. Malam tu kami decide malas nak pusing night safari sebab badan letih. Kepala memang nampak katil je kan. hi hi hi... Tapi yang paling menyedihkan, make up case Mummy tertinggal. Huwaaaa!!! So tragedy kan...tapi Mummy sempoi je la, takde make up sepanjang kat sana. Yang penting jiwa kena kental.



Hari ke 2, join Mummy jadi tukang sorak Masterchef Challenge. Mummy dok tepi je tengok. he he hee... Tapi tak lama sebab Zahin mengarok nak tido. Kakak boring je sebab kat kepala dah nampak waterpark je. Mummy dah janji, ptg baru boleh pegi lepas lunch. Sementara tunggu peserta memasak, encik suami bawak anak-anak naik bilik rehat kan badan dulu. Encik suami memang pantang ada masa terluang, mesti nak tido kejap. Alhamdulillah group Mummy dapat no 2.


Paling best kat Gambang Resort ni jimat minyak sebab ada transport disediakan. Kemana-mana naik tram je. Lihat la muka orang tak make up. Encik suami siap offer gi bandar jap beli make up baru, tapi Mummy malas nak fikir dah. hu hu huu... Kakak pulak puashati sebab akhirnya menuju ke waterpark.


Baju mandi ni beli masa Zahin 4 bulan...masa tu muat-muat sebab dia sangat tembam. Sekarang dah jadi abang ensem, so memang sedap-sedap muat. 1st time dapat menikmati mandi waterpark. Sebelum ni dia tak faham. Syukur sebab dia tak penakut macam kakaknya masa kecik. hi hi hii...




Zahin tak suka dok dalam pelampung... perasan macam pandai sangat berenang kan. hi hi hi... kakak sengaja kacau adik dia pastu hilang ntah ke mana. Mummy macam biasa la, jaga kawasan. Cuaca pun cantik je, takdela lebat sangat. 



Dinner malam akhir... setelah penat main air, malam join dinner. Tema tahun ni 70's tapi kami takdela ikut tema sangat. Memandangkan Mummy tak bermake up, so takyah tepek muka sememeh tu kan. Berantakan... hua hua hua... 



The food very so so... chinese style tapi tak style sangat la. Tak kena dengan tekak Mummy ni. he he he... Macam biasa zahin konpem la kelaparan kan. Sedang mamam tu, dia buat 'kuih' skali... Mummy pun macam biasa menjalankan tugas tukar pampers. Siap semua, dia selamat tido sepanjang majlis. Kali ni meja dah siap di bahagi... Dah takde suruh orang tolong copkan. hu hu hu... Emcee malam tu Azizi AF1. Not bad la dia. Malam tu kami sekeluarga takde luck untuk cabutan bertuah. Baru ingat nak bagi Iphone kat encik suami. ha ha haa... Tapi dia cakap tak kisah lagipun Mummy dah bagi hadiah lain "ehem... ehem...". Oooppsss!!!

Budak kepenatan mandi kat waterpark. Dia tido dari dinner sampai la ke esok paginya. he he hee... minum susu pun sambil pejam mata gitu. Memang takde salin baju dah... tido pun kena style kan. Pagi Mummy gomol-gomol tak nak bangun. kih kih kih



Last day, takde sempat nak amik gambar. Encik suami cakap malas nak ke Safari park sebab besar sangat kan. Lagipun kami dah pergi bulan 3 ritu. So dah tau apa yang ada kat dalam. Sebagai upah kat kakak, kami rasuah dia mandi kat pool. Dia memang suka la sangat kan. Adiknya pun sama... sampai tertido main air dengan ayahnya.

Alhamdulillah perjalanan balik kami sangat smooth & sampai JB sempat ler singgah shopping mall cari birthday present ibu mertuaku. hi hi hi...



p/s: Encik suami plan nak bawak kakak jalan-jalan tapi Mummy takde idea. Ingat nak pi yang dekat-dekat je la... keadaan Mummy kurang mengizinkan. Oopppsss!!!