Layan iklan

Thursday, November 20, 2014

:: Family Day mood.................................

Yeah! Mood memang dah fikir family day je nih... Kerja pun dah terbiar gitu.
Tepek sikit selfie... mood malas buat kerja.. sengih je kan...


Bukan harini yep... Esok kami dah gerak ke Gambang untuk family day office Mummy. Kali ni 3 hari 2 malam. Lepas abis pantang Mummy ada pergi gak ke Gambang tapi kali ni kan FREE, so rugi la tak pegi kan kan kan. he he hee...

Sepanjang kerja dengan 'syarikat' ni, rasanya sekali je Mummy tak join family day. Kalau tak silap tahun 2009. Tapi lepas tu Mummy tak pernah miss ok. 

Family Day 2010 berlangsung kat A Famosa Melaka... Paling best sebab dapat grand prize Plasma TV 40" SHARP. Dinner masa tu emcee nya DEE. 


Family Day 2011 berlangsung kat Genting Highland... masa tu dah 'single' so Mummy ajak la bff. ha ha haa... Dia cepat je kalau FREE kan. Masa tu tido kat Awana Hotel. Memang best... emcee Sarimah Ibrahim.


Family Day 2012 berlangsung kat Melaka... tapi lebih kepada dinner. Sebelum dinner tu office adakan a few game mcm volley ball, badminton & futsal. Kami kena buat performance & kami menang... Sampai sekarang ramai masih dok sebut-sebut pasal performance kami. Tema dinner malam tu Baba Nyonya.


Family Day 2013 berlangsung kat Desaru 'jek'. Sekangkang kera ngan rumah mak Mummy. he he hee... Masa tu Mummy sedang preggykan Zahin. Tema P.Ramlee & Saloma gitu... So far yg ni paling worst...kot...ooppsss!!!

Tunggu update Family Day 2014 dari Mummy. Doa-doa la tahun ni bernasib baik untuk lucky draw. hu hu hu...

Tuesday, November 18, 2014

:: Kemusykilan ~ Hamil tapi masih menyusukan anak....

Ok, sila jangan musykil terhadap Mummy yer...

Kemusykilan ni memang Mummy dah fikirkan masa lahirkan Zahin. Ramai yang berpendapat bila fully breasfeeding, kita tidak akan datang bulan serta possibility untuk mengandung adalah sangat tipis. Tapi, pengalaman Mummy dari kakak Khaleesa & Zahin, cukup 40 hari Mummy akan datang bulan seperti biasa walaupun anak-anak fully breastfeeding. Last follow up dengan doktor Mummy selepas habis pantang, Mummy ada bertanya kemusykilan ni. Doktor cuma cakap " Kalau lepas 6 bulan takde datang bulan, set appointment dengan saya". he he hee...maksudnya ialah siapa yang tidak datang bulan masa full breastfeeding, there's sumthing wrong with their body system...or mungkin mengandung lagi. Oooppss!!

Hamil tapi masih menyusukan anak.... hurmmm.... kalau tanya orang tua, memang konpem la dieorang tak bagi. Disuruh putuskan susu sebab katanya anak tu hisap darah. he he hee... mana de darah warna putih kan. Agak tak masuk akal alasan tu. Tapi alasan takut bayi dalam kandungan tak cukup nutrisi, Mummy agak setuju. So, tangan ni memang laju je google pendapat pakar sakit puan sendiri.


Dr Zubaidi adalah antara yang Mummy follow... Kemusykilan Mummy terjawab dengan penjelasan Dr Zubaidi. Berikut adalah pandangan beliau: 



Tengok...malas nak taip, kita printscreen jek. hi hi hiii....

So, pada ibu-ibu kat luar yang rasa dah ready nak tambah zuriat walaupun masih breastfeeding tak perlu risau lagi ye. Paling penting kena jaga nutrisi pemakanan. Amalkan susu & nutrisi yang baik untuk tambah tenaga terutama pada ibu yang ada anak-anak besar & berkerjaya. Peduli apa orang cakap yang penting cari info yang sahih dulu. Cuma ada kawan Mummy suggest bila kandungan masuk 6 bulan, seeloknya stop breastfeeding sebab takut early contraction. Tapi sebenarnya ramai je yang teruskan breastfeeding sampai bersalin. Terpulang pada tuan empunya badan selagi tidak memudaratkan.

Mahap la, topik harini agak lari sikit. Sekadar perkongsian bersama.






Thursday, November 13, 2014

:: Rumah Idaman

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Akhirnya kami dapat realisasikan impian kami jadi kenyataan. Dapat beli rumah idaman untuk keselesaan anak-anak. Bukan la tidak selesa dengan rumah sekarang cuma kami memerlukan ruang yang luas sikit untuk anak-anak. Anak-anak makin besar & mereka mesti perlukan ruang individu sendiri.

Ini gambar dalam katalog ye...

Ini gambar rumah contoh....

Rumah kami??? Masih dalam pembinaan... LOA bank dah sign. Sekarang dalam proses bank dengan developer. Di mana??? Rahsia la kan... he he hee... Rezeki Allah nak bagi tak kira kat mana pun kan. InsyaAllah rumah kami siap pertengahan May 2016 atau lagi awal? Mana la tau kan kan kan....

:: Sabturday Outing

Ok... ni cerita minggu lepas. Kira masih fresh la ek. he he hee...
Tau kan encik suami Mummy dah kena kerja Sabtu, maka masa aktiviti keluarga sangat ler limited. Apa-apa hal kena tunggu ayah anak-anak balik kerja. Nasib baik la setengah hari jek. Ahad plak, kakak dah sekolah. 
Begitu la nasib kami pekerja swasta yang cuti nya tidak selaras dengan kerajaan negeri. huh!
Biasanya kami akan ke tempat yang senang parking, banyak pilihan tempat makan, semua barang keperluan ada & paling penting adalah "SEJUK". kih kih kih... Maka pilihan yang paling disukai oleh kakak adalah AEON MALL. Tak tau la apa yang dia suka sangat. Untuk Mummy & encik suami, kami selesa ke AEON MALL sebab parking murah & selesa untuk anak-anak. 

On the way, selfie dulu dengan budak baru bangun tido ni... Muncung terlebih sudah. he he hee...


Kalau bab makan, kakak memang cerewet... Si adik plak, bagi je la apapun...habis dia makan. Kakak belum rasa dah muncung cakap tak sedap. Tapi bila dah rasa, siap mintak tambah. 

Encik suami memang ada je nak survey2... Tapi buat Mummy makin sayang bila outing, anak-anak semua dia handle. he he hee...

Ini budak bila tanya "kakak nak tak". Jawabnya taknak tapi last-last dia yang habiskan... Ayah selalu bengang dengan ini budak. hu hu huu

Kakak sengaja buli adiknya... Si adik ni plak kalau tak dapat apa yang dia nak, mengamuk hokkay.

Sekian cerita kisah keluarga kecik Mummy nih. Bila la si Zahin nak berjalan. hu hu huu...








Monday, November 10, 2014

:: Bila Ayah dah start Kerja SABTU...

Pertamanya... Alhamdulillah Zahin dah sihat.

Selfie dengan Mummy pun nak serius bagai. Ada yang cakap Mummy makin 'comel', ooppsss! Mummy belum pregnant lagi. Ini adalah gejala sistem pemakanan yang semakin tidak sihat. kihkihkih...

Sejak Encik suami kerja separuh hari Sabtu, pergerakan kami limited gitu. Dapat keluar sekejap je la... Ahad plak kakak dah sekolah. Kakak cuti Jumaat, Mummy ngan Encik suami kerja plak. So, cuti sekolah memang sangat-sangat ditunggu. he he hee... Biasa lepas ayah keluar kerja, Mummy akan siapkan anak-anak dulu. Dah wangi, dah cantik.... baru Mummy lak bersiap. Biasa seawal subuh Mummy dah setel kerja rumah sikit. So lepas ayah keluar kerja, Mummy akan bawa anak-anak sarapan kat luar. Kakak paling suka sebab 'makan luar' kan. hi hi hii... Si Zahin plak kalau bawa berjalan memang sangat behave gituh.

Tempat favorite kakak & paling dekat dengan rumah. Kakak siap makan, dia akan berumahtangga kat playground. he he hee... Memandangkan Mummy nya ni garang, kena habiskan dulu baru boleh main. 


Selfie anak-beranak... Anak dara yang sorang yang sangat cerewet. Semuanya kena sempurna sebelum gambar diambil. Agak-agak kalau x cun, dia tak bagi masuk FB. Ikut perangai sapa la kan kan kan...