Layan iklan

Tuesday, April 15, 2014

:: Cerita semalam

Update laju-laju sebelum sambung kemas document untuk pindah ke HQ.

Semalam... 14.04.14, Alhamdulillah family in law telah berangkat menunaikan umrah. Encik suami hantar mereka ke klia. Mummy tak ikut sebab kakak sekolah kan. Dah banyak hari kakak ponteng sebab tak sehat. So weekend juz lepak-lepak rumah mentua sebelum dieorang berangkat semalam. Biar mentua manja-manja ngan cucu-cucunya dulu. he he hee...

Encik suami yang snap semalam... Terngiang-ngiang lagi ni pesana mak "Jaga anak & cucu-cucu mak baik-baik. Jangan gaduh-gaduh ngan sham". Tiba-tiba sebak masa menaip ni.hu hu hu... already rindu masakan mak ni. 

Seawal 4 pagi, mereka gerak dari JB. Jemaah berkumpul pukul 12tghri...so encik suami takdela kelam kabut drive laju-laju kan. Cucu-cucu pun bangun 3.30pagi.he he hee... 

Tunggang langgang bila ayah takde... he he he... 1st time zahin ikut Mummy antar kakak gi sekolah. Semalam memang zahin tido je la kejenya. Penat mengalahkan orang kerja menoreh.

Ok... nak sambung wat kerja...

p/s: Encik suami plak demam...


Friday, April 11, 2014

:: Kakak vs Adik

Semalam dok godek-godek gambar lama. Rupanya Mummy ada simpan gambar kakak khaleesa masa kecik. Nasib tak delete. Ada yang cakap Zahin ikut muka ayah tapi makin besar dia lebih ke Mummy plak. Bila belek-belek gambar kakak, memang dieorang seiras masa kecik.

Jom compare mereka dua beradik...

1. Masa lahir, muka mereka sangat sama kan. Bezanya kakak 3.38kg & adik 2.85kg. Tengok muka adik yang bambam, ramai tak percaya dia 2.85kg. he he hee... adik kembang air

2. Bulat sama je cuma pipi kakak lagi labuh sikit dari adik.

3. Mata kakak sangat bulat.. mata adik ikut ayah sepet panjang ke tepi. Persamaan dieorang takde kelopak macam Mummy.he he hee...

4. Sama putih cuma kulit kakak cepat gelap. Adik tak tahu lagi...kena tunggu dah pandai main kat luar. hu hu hu...

5. Dua beradik full breastfeed & progress pembesaran sangat bagus. Adik 3bulan pun skang dah 6.8kg. Baby boy memang kuat menyusu...

6. Rambut dua beradik ni lurus macam Mummy. 

Ok, buat masa ni tu je la...next comparison kena tunggu adik besar sikit.

:: Anak Saudara baru...

Alhamdulillah... tanggal 6 April 2014 ni parents Mummy naik pangkat lagi.ha ha haa...sambut cucu yang ke 10 a.k.a cucu lelaki ke 5. Makin meriah la nampaknye. Adik-adik yang lain dah sibuk nak menambah lagi. Mummy? he he hee...zahin baru nak 3 bulan, sakit pinggang pun tak hilang lagi. Ada rezki tak menolak.

Introducing MAMAT yang keluar 3.67kg.baby smells is soooo good! hu hu hu... Nasib la sempat jenguk adik Isnin lepas sebab memang takde masa skang ni nak balik kampung. Lagipun kat kampung Mummy air kena catu. Kebetulan weekend memang agak sibuk. 


Laki bini sibuk sempat la bawak anak-anak makan luar. Si kakak bosan Mummy masak je. he he hee... Zahin pun dah selamat cucuk 3 bulan. Gelabah la gak Mummy bawak dia sorang-sorang jumpa doktor. Nasib tak meragam sangat. Next month untuk optional cucuk plak.

p/s: InsyaAllah, Julai nanti parents Mummy naik pangkat lagi... Cucu ke 11. ha ha haa


Wednesday, April 2, 2014

:: 15 years relatioship

Paling best moment masa Mummy ke kuantan bila dapat jumpa BFF... 2 hari sebelum Mummy ke kuantan, tiba-tiba dia mention "rindu & nak jumpa". Masa tu Mummy jawab, datang la JB. Memang tak terfikir nak bagitau yang Mummy nak ke kuantan. Yela...dia kat Bangi, watpe lak nak ke kuantan kan. Dok beriya update selfie kat instagram (leh follow Mummy ye...search Lezah Razali), dia cakap nak jumpa gak. Rupanya dia pun turun kuantan attend wedding. Last jumpa dia awal tahun lepas. Walaupun jumpa setahun sekali, tak pernah lagi lost contact. 

Che Ta ngan zahin... 15 tahun kami berkawan. Susah senang, ketawa menangis bersama nih. ha ha haa... segala rahsia dalam poket doraemon. Bila jumpa memang habis cerita dulu keluar & dok gelak-gelak sakan. Sampai ada yang ingat kami ni adik beradik. Dia kat UTM JB, Mummy kat UiTM Shah Alam pon still lagi lepak sama-sama. Abes blaja maintain contact.

Harap persahabatan kami ni kekal selamanya...


:: Jalan-jalan cuti sekolah

Ok, seminggu lebih kot tak update. Bukan malas yer...manyak kilije woo. hu hu hu... Lagi la dapat info yang kami kena pindah HQ semula. Sila la bayangkan document yang terkumpul selama 3 tahun di site office. he he he... 
Tak mau la pasal kilije. As mention sebelum ni, kakak khaleesa kan menghitung hari nak pi holiday. So, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Sampai tak boleh tido malam dibuatnye. Jiwa excited gitu.ha ha ha... Treat kali ni hanya ke Bukit Gambang resort. Yang dekat je dulu...nanti Mummy ngan ayah dah banyak duit baru leh pi over the sea ye. ha ha ha... Biasala cuti sekolah kan...memang ayahnya dah cakap akan bawak gi bercuti. Kami pegi 3 hari 2 malam je sebab ayah susah nak cuti.


Macam biasa...perjalanan kami dimulakan dengan selfie Mummy & baby zahin. ha ha haa... jadual perjalanan agak lari. Maklumla, balik kerja dah la lambat. Packing pun pukul 12tgh mlm.. Kul 2.30pagi baru Mummy tido. Ikut perancangan nak gerak kul 5pagi tapi Mummy kesian kat ayah penat & mengantuk. Last2 kami gerak kul 7lbh. Terus gi rumah MIL amik kakak khaleesa, zahin & adik ipar. Official time kami gerak adalah pukul 10pagi. 
Alhamdulillah sepanjang perjalanan takde apa-apa yang tak diingini berlaku. Kami singgah rompin untuk lunch. Jenuh gak nak mencari, nasib baik kampung encik suami kan. Zahin macam biasa la tido sepanjang perjalanan. Bangun nak menyusu je, lepas tu pengsan. Jimat masa sebab zahin kan BF.
Kami sampai ke destinasi lebih kurang pukul 3.30 ptg.. Boleh tersesat plak kan..part tu takyah la cite. Mummy decide amik package 3h2m kat apartment arabian bay resort . Harga package rm1308 untuk 4 orang termasuk dinner 1x, breakfast 2x & tiket safari dan waterpark.

Tak sempat nak capture entrance. Maklumla dah banyak 'handbag' skang ni. Apartment ni ada 2 bilik, 2 bilik air, 1 ruang tamu attach ngan ruang makan. Nasib baik dapat 1st floor...senang skit aktiviti punggah barang. 


Yeah! Masa ni get ready nak gi dinner then terus ke night safari. Dinner memang sedap..he he he...lama gak lepak kat restaurant. Dah pesan awal-awal kena makan sampai kenyang. Pukul 8mlm Mummy dah ke kaunter tiket. Sekali bdk kaunter cakap rugi masuk malam sebab tak banyak binatang yang best. Ikut plan memang nak gi siang tapi tak sempat. Bila dah dengar kaunter cakap camtu, terus cancel & masuk esoknye. Maka malam tu kami pusing-pusing bandar kuantan. Akhirnye kami singgah Teluk Chempedak...banyak kenangan kat situ. Teringat zaman matrik kat kuantan.hi hi hi... Happening gila kat sana skang. Sume fast food cafe ada kat situ. Siap ada night market tapi mahal mak aiii! Layankan adik ipar je la...

Tak jadi masuk night safari maka amik gambar kat entrance je la dulu. Kakak macam biasa la, merajuk kejap sebab tak jadi masuk. Ala, bukan tak masuk terus...esoknye baru masuk dari siang sampai ke malam.


Zahin kena bungkus...terpaksa sebab sejuk angin pantai kan. Gambar banyak tapi dalam camera adik ipar. Tunggu dia transfer la dulu.



Hari ke2 breakfast, kakak cakap nasi lemak tak sedap macam semalam...hihihii...alasan taknak makan sebab hati dah tak sabar nak ke waterpark. Tapi paksa gak dia makan. Zahin macam biasala tido je.he he he...

yeah! dah get ready nak pi swim gitu...pelampung sorang satu. Si zahin beriya ngan swimming suit tapi main air 10minit je. ha ha haa...sebenarnya mak pak zahin yang excited bagai. Si kakak plak memang puas la berendam. Ayah bagi masa sampai pukul 4.30ptg, dia request sampai pukul 6ptg. Banyak cantik...nak sampai JB kul bape nanti. he he hee...

Budak lepak pas main air...beriya kepenatan kan.

Alhamdulillah selesai sudah cuti pendek kami. Next trip kena tunggu cuti sekolah lagi. Masih dalam perancangan & ada beberapa tempat dalam Malaysia sedang difikirkan.