Layan iklan

Thursday, November 14, 2013

:: Konvokesyen Cik Khaleesa

Wah! Update facebook bulan ni semua pasal Konvo anak-anak... So Mummy pun nak update gak. maklumla, tahun depan kakak Khaleesa dah masuk Tahun 1. Nak bersalin nervous, anak nak masuk sekolah pun nervous gak. he he hee...

Kalau ikutkan Mummy tak dapat nak pergi sebab dah apply cuti untuk bawak kakak Khaleesa jalan-jalan cuti sekolah. Tapi cikgu dia pujuk untuk datang juga sebab kakak Khaleesa dapat anugerah khas. Kebetulan Mummy demam so gagahkan diri juga pegi konvo dia.

Seawal 6.15 pagi Mummy hantar dia ke sekolah sebab student semua kena pergi ngan cikgu. Berpasir mata ni subuh dah keluar rumah. Nasib baik program mula jam 8.30 pagi. Tapi Mummy masuk lambat sebab 3 kali pusing cari parking. hu hu hu...



Alhamdulillah kakak Khaleesa dapat anugerah khas. Terus terang Mummy katakan dia bukanlah seorang genius. Masuk pra sekolah umur 6 tahun tanpa tahu apa-apa. Padahal sebelum masuk pra sekolah, Mummy hantar tadika swasta. Langsung takde kemajuan... Mula sedar bila dia tak boleh baca suku kata. Serius Mummy sangat risau. Mak ayah mana tak sayang dan risaukan anak kan. Mummy & ayahnya bertungkus lumus ajar dia sampai tengah malam. Dia menangis pun kami buat pekak je. Mummy selalu follow up dengan cikgu dia & tanya perkembangan dia kat sekolah. Alhamdulillah, tengok report pertengahan tahun dia ada perubahan. Walaupun dia masuk kelas ke 2, dalam kelas dia masih ada beberapa budak yang dah 2 tahun kat pra sekolah. Lega Khaleesa dapat mengatasi dieorang. Anugerah khas tu merangkumi akademik, tulisan cantik & homework.





Semoga kakak Khaleesa jadi anak yang bijak... dapat jadi contoh untuk adik-adik.
AMIN!

:: Mummy Chubby Chomel yang terkini...

Syukur Alhamdulillah Mummy almost turned 8 months... Sekejap je dah nak sampai masa. Lagi sebulan je lagi & of course semakin berdebar nih. Selepas 6 tahun mestila Mummy lupa rasa bersalin tu. Dok recall2 pun tak datang gak. Doktor siap tanye "ingat lagi tak rasanya". he he hee... Tak kisah la asalkan semuanya selamat. Early 5 months doktor baik hati buat 4D untuk Nik Jr... agak jelas mukanya (sebijik ayahnye). he he he... tapi a few months lately doktor scan 4D, Nik Jr taknak tunjuk. Bukan malu cuma tali pusat lindung muka dia. So far semua ok takde masalah. Walaupun pregnancy at age above 30 ni, Mummy takde masalah kencing manis & darah tinggi. Cuma agak penat sikit la...

Kakak Khaleesa most person yang paling excited... early pregnancy, dia panggil "baby dania" tapi semalam dia sudah tukar "baby adam". he he hee... Ayahnya pun excited gak tapi Mummy tau dia nervous tu nak pegang baby nanti. hi hi hi...



6 - 7 months



7 - 8 months

Lagi sebulan je Nik Jr nak keluar, hopefully everything goes well. (Arghh!!! nervousnye)

:: Alhamdulillah... she's taken



Alhamdulillah my younger sister a.k.a pengapit Mummy is officially taken. Kira pengapit kahwin pengapit la. Lega sungguh dan insan paling lega bukan pengantin tapi emak & ayah. he he hee... Setting majlis ni cuma 2 bulan je. Last minute punye desicion. Semua kena rushing update. So, sila la bayangkan ye how fast kami buat semua persediaan. Finally, majlis berjalan dengan jayanya. Emak & ayah dah ada pengalaman handle majlis so perjalanan majlis memang agak smooth. Semua adik beradik & menantu bekerjasama sepanjang majlis. Sistem emak & ayah sangat simple, semua buat sendiri. Jadi rumah tak bersepah sangat. So lepas ni tinggal yang bongsu je... macam dah de bau-bau nasi minyak lagi tapi nanti dulu. Penat pun tak hilang lagi ni.he he hee... 

Tak banyak nak Mummy cerita tapi cukupla gambar menceritakan suasana majlis... Tak banyak gambar yang Mummy snap... kena tunggu softcopy dari cameraman la... Sian my sister dapat kakak-kakak yang sengal.he he hee...

Malam berinai.






Majlis







Bertandang


Mummy doakan Puan Jamilah lebih bahagia dan hidup lebih diberkati bersama Encik Alang dunia akhirat till Jannah.