Lamanya tak update...takde masa nak update selalu, maklum la takot orang cakap Mummy takde keje plak. Sejak dua menjak ni dah makin rancak sana sini orang dok update pasal kolagen. Mula-mula Mummy takdelah terpengaruh sangat tapi at last terjebak gak.hehe...
Akhirnya Mummy terjebak ngan Aura White. Huahuahua...agak mahal tapi Mummy gatal nak cuba gak. Semua testimoni update 7 hari dah nmpk kesannya. Sapa tak teruja kan kan kan. Apa kata dengar pengakuan jujur dari Mummy ye.
Setelah sebulan Mummy consume Aura White ni sebenarnya tidak la effective sangat. Setelah 7 hari Mummy consume tidak la ketara sangat perubahannya. Nak cantik memang kena byk sabar tapi jangan la update 3 @ 7 hari dah nmpk kesan. Mummy takde niat nak kondem produk cuma mcm tak logik kulit jadi halus mulus sekelip mata. Tapi Mummy akui, kesan kena minyak panas di tangan Mummy tak meninggalkan parut. Gambar testimoni pun agak meragukan sbb kebanyakan android de aplikasi yang canggih manggih boleh memflawlesskan gambar. Mummy de upload dan merasa agak trtipu.hehe...
Ni adalah Mummy after sebulan berAurawhite. Sejujurnya ni bukan yg edited. Original punye ye. Yang edited lagi flawless. Ha ha...nak lagi flawless kena la amik 5 botol kot. Melayang-layang RM. Nak lagi flawless, cuci muka selalu. Solat jangan 'miss'...InsyaAllah cantik la kita.hehe
* Mummy dah takde rasa mau amik apa-apa lagi...better duit tu beli supplement untuk cik Khaleesa.
Whoaa...! takde la new sangat. Tapi Mummy baru guna awal tahun ritu. Lebih kurang 3 bulan la Mummy guna. Dapat rasakan inilah produk skin care yang amat bersesuaian ngan kulit Mummy. Dah banyak produk yang Mummy guna sebelum ni. Mulanya memang sesuai la tapi masuk sebulan je kulit jadi sensitif plak. Tiap-tiap bulan memang dok menukar je la. Then Mummy cuci-cuci mata kat watson, dok survey gak pencuci yang ok. Terus-terang, Mummy boleh abiskan masa lebih stgh jam kat dalam watson tu. Tengok ingredients & compare ngan produk lain.
Panjang plak ceritanya tapi produk apa pun Mummy tak bagitau lagi.he he hee... Produk pilihan Mummy kali ni SIMPLE
Mummy tertarik pada tagline "no perfume no color"yang membawa maksud skin care ni free chemical la. Best kan? he he hee... Bila dah apply kat muka, jadikan kulit sangat moist. Mula-mula Mummy amik set biasa yang more to moisturizing. Bila face wash dah habis, Mummy ingat nak beli yang sama tapi tertarik lak yang age resisting face wash. Yang paling menarik terkandung green tea. Seperti yang kita tahu, green tea sangat bagus untuk muka yang ada masalah jerawat. Dah masuk 2 bulan Mummy guna, memang jerawat susah nak hinggap. Sebelum ni Mummy guna face wash, toner & light moiturizer je tapi skang Mummy dah tambah age resisting night cream. Bagusnya moisturizerSIMPLE ni cepat meresap. Adik Mummy yang ada masalah besar ngan jerawat pun dah mula guna face wash SIMPLE... Alhamdulillah, jerawat dia berkurang dan kering. Harap-harap ini adalah produk terakhir Mummy.... Harga?? masih dalam lingkungan berpatutan & mampu milik. he he hee...
Alhamdulillah... seperti yang dirancang, tugasan menghantar cik khaleesa ke sekolah sudah bertukar tangan. Encik suami dah janji akan ambil alih tugas pada 1 April 2013. Senang je kan sayang hantar...he he hee... Cik khaleesa pun asik update je bila la dapat naik motor ayah. Memang kena bagi macam-macam alasan. Yerla, motor tu kena servis sikit, pastu helmet untuk cik khaleesa pun tak beli lagi. Minggu lepas, dok pusing-pusing JB gak cari helmet dia tapi tak jumpa. Sabtu lepas masa balik Kota Tinggi, kami sempat la cari helmet untuk dia. Sengih-sengih bila suruh pilih.
Encik suami dah pilih kaler pink tap cik khaleesa nak kaler merah. Bila dia pakai helmet merah, macam tak cun. Setelah dipujuk, baru dia nak helmet pink.
Muka cik khaleesa yang kembang semangkuk. Sejak balik dari umah nenek Pasir Gudang, dia dah berisi sikit.
* Dah taknak Mummy hantar skang...nak naik motor ngan ayah. Pagi tadi tengok jam pastu cakap "Ai Mummy! Lambat ayah ni". he he hee...
Macam biasa acara wajib dihujung minggu... Sekurangnya seminggu sekali Mummy & encik suami akan bawa cik khaleesa outing tengok wayang. Movie pilihan kali ni memang encik suami dah highlight awal nak tengok. Excited bila Mummy cakap nak belanja tengok cite dia.he he hee... Setel antar rombongan pengantin jiran, berdesup kami ke bandar. Kalau boleh memang nak tengok current showtime sebab malas nak tunggu lama sangat. Lemau plak jadinya...
Yeah! tu dia GI Joe: Retaliation...
Awesome, best & best gila... tu je yang dapat Mummy gambarkan.he he hee... Yang 1st GI Joe Mummy tak pernah tengok tapi encik suami pernah cerita sinopsisnya. Maklumla, Mummy ni kalau tengok tak tau hujung pangkal memang mulut ni takkan berhenti tanya macam-macam. Dia buhsan! ha ha haa... Sinopsis dipetik dariOh!Bulan :
Bagi yang sudah lama menunggu, kini masanya sudah pun tiba. Plot cerita filem “GI Joe : Rise of The Cobra” yang sebelum ini tergantung bakal dijawab dalam filem terbaru arahan Jon M. Chu iaitu “GI Joe : Retaliation”.
Sebelum ini, anggota GI Joe telah terbabit dalam konflik menyelamatkan dunia dari pengganas Cobra yang menggunakan senjata nanotech yang berbahaya. Kali ini pula, kumpulan askar elit yang telah dilatih ini terpaksa mengharungi kejadian yang tidak pernah mereka sangka akan berlaku. Seluruh pasukan GI Joe diserang hendap disebuah gurun dan menyebabkan ketua mereka iaitu Duke (Channing Tatum) dan semua anggota yang lain mati dibunuh.
Serangan ini telah diarahkan oleh Zartan (Jonathan Pryce) yang telah menculik dan kemudian menyamar sebagai presiden Amerika. Akibat dari kejadian ini, hanya beberapa anggota GI Joe sahaja yang terselamat iaitu Roadblock (Dwayne Johnson), Lady Jaye (Adrianne Palicki), Flint (D.J. Cotrona), dan juga Snake Eyes (Ray Park).
Hanya tinggal mereka berempat yang merupakan anggota asal GI Joe, Roadblock kemudian dilantik sebagai ketua baru dan merancang untuk menuntut bela atas kematian ahli pasukannya. Dibantu oleh General Joseph Colton (Bruce Willis), seorang pegawai atasan yang telah bersara, mereka dibekalkan dengan pelbagai senjata dan juga maklumat sulit.
Dalam pada itu, Storm Shadow (Byung-Hun Lee) yang sebelum ini berjaya melarikan diri telah dihantar oleh Zartan untuk pergi membebaskan Commander Cobra yang telah dikurung di sebuah penjara sulit. Dengan bantuan seorang lagi penjahat iaitu Firefly (Ray Stevenson), Commander Cobra berjaya meloloskan diri walaupun telah ditahan dengan ketat.
Klimaks cerita ini ialah apabila Zartan telah meminta semua pemimpin negara yang mempunyai senjata nuklear, menghadiri sidang kemuncak kuasa nuklear yang diadakan di Amerika Syarikat.
Zartan yang telah menyamar sebagai presiden Amerika ini kemudian telah mengugut kesemua pemimpin negara yang hadir dan mengaktifkan senjata nuklear Amerika dihadapan mereka dan terus mengarahkan senjata itu ditujukan ke negara pemimpin yang hadir. Tindakan ini mengejutkan mereka semua dan tanpa berfikir panjang, kesemua pemimpin negara tersebut turut mengaktifkan senjata nuklear mereka dan mengarahkan ke Amerika pula.
Dalam waktu genting itu, kesemua mereka bertelagah dan secara tiba-tiba Zartan telah menyahaktif peluru berpandu yang dihantar dan ia terus meletup di atmosfera. Sekali lagi, tindakan mengejutkan ini telah menyebabkan pemimpin negara lain keliru dan terpinga-pinga. Akhirnya, mereka terpaksa mengikut langkah yang sama.
Tujuan Zartan melancarkan senjata nuklear ini ialah supaya semua negara yang mempunyai senjata nuklear menggunakan senjata mereka pada waktu yang sama. Ia demi memberi laluan pada Commander Cobra untuk berkuasa tanpa ancaman dengan senjata berteknologi tinggi ciptaan mereka yang dinamakan Zeus.
Anggota GI Joe yang terselamat mengetahui rancangan Cobra untuk menguasai dunia. Mereka kemudian merancang strategi lebih awal dan dibantu oleh Jeneral Colton, Roadblock bersama yang lain telah menyerang hendap sidang kemuncak nuklear tersebut.
Namun ketika mereka sampai, senjata Zeus sudah diaktifkan ke beberapa lokasi dan kesannya, ia mampu membunuh semua populasi manusia di bumi. Dalam ketegangan ini, pertempuran dan perebutan berlaku diantara GI Joe dan Cobra. Sebuah beg bimbit yang mempunyai akses kepada senjata Zeus menjadi penentu hidup dan mati penduduk dunia.
Yang mampu Mummy katakan...filem ni memang wajib tonton. Semua superb mantap. Especially masa scene ninja 'main' swing-swing. Kagum...rasa macam nak join sekali.ahaks! Sekeping tiket rm14 rasa berbaloi sangat-sangat. Rating Mummy: 4.75/5 bintang