Layan iklan

Friday, March 30, 2012

:: Movie #5: The Vow


Yeay! Finally dapat tgk gak The Vow...based on true events. 
Mummy nak sangat tgk sbb nak tau kesudahan. Camne si suami tackle back his wife yg totally lost memory (amnesia)... Leo sgt romantik... (AWAK, i wish u like him yerrr). Mummy dapat rasa kesedihan dia tapi Mummy tak concentrate sgt sbb cik Khaleesa asik buat hal. Sengaja nak tarik perhatian. 

Ending memang tak blh nak agak sbb Mummy fikir Leo takkan mudah mengalah. Tapi keadaan memaksa Leo mengalah... So far, happy ending... Tak rugi pun tgk kalo kita betul2 menghayati.

Tiba-tiba rasa nak tgk.... P.S. I LOVE YOU


* TQ AWAK... sudi temankan saya layan The Vow. Sian AWAK penat balik keje terus temankan saya. Really appreciate it... Luv U lah!



Tuesday, March 27, 2012

:: Berjumpa kembali...

Selepas 2 tahun, akhirnya kita jumpa lagi... Masih mcm dulu...blh duduk berjam-jam bercerita...rasa mcm anak dara bila dah jumpa. Gembira sangat dapat jumpa bff yg kongsi kisah hidup masing-masing. Senang cite takde rahsia antara kami. Kisah hidup kami dijadikan teladan. Bila jumpa, memang tak sah kalau tak ungkit kisah lama. Seronok bila dapat ketawa, hilang kejap semua masalah. Walaupun ada antara kami duduk berdekatan, tapi susah sangat nak berjumpa sbb komitmen masing-masing. Cuma perjumpaan ni kekurangan sorang lagi kawan. Maklumla, dia tak blh ngulor sgt... Kami banyak bercerita tentang kawan-kawan lama...pasal sekolah lama yang sangat banyak kenangan pahit manis. Kalau lah kami boleh pusing balik ke masa tu, tentu keadaan kami tak macam sekarang. Bukan tak bersyukur @ menyesal cuma...terlalu banyak yang nak diubah.

Banyak sangat moment kita kan... Paling takleh lupa masa cik Nora kahwin. cik Pah paksa lalu rumah Mawi dulu...maklumla, masa tu tgh hangat AF3.ha ha haa...sampai rumah cik Nora, emaknya dah bising sbb cik Nora tarik muka kepenatan atas pelamin. Nampak muka kami, terus tersengih2. Masa balik dari nikah cik Nora pun de insiden best...eksiden ngan apek kat Kulai... semua break menjerit...nasib baik takde pape yang berlaku. Cuma lampu signal je pecah. Kete apek tu ok & kebetulan apek tu mabuk... *phewww*

Masa kat asrama...kita boleh dicop ratu cabut & panjat pagar...bukan balik rumah pun, juz lepak kat rumah cik Mieza di Bandar Mas. Emaknya masak best2...siap karaoke lagu Slam. Pusing-pusing Bandar Mas naik motor...huhuhuu.... naik sekolah, kena panggil ngan warden. Kena denda........ Susah nak lupa...mcm2 kita buat kan. Tetttt!!! Really missed semua tu... harap-harap, jangan la anak-anak kita ikut perangai camtu. he he hee...

8 years ago...




NOW!





* Girls... am really happy & enjoy the moments when we've been togather...

Monday, March 26, 2012

:: Salah siapa?

Kisah benar yang berlaku depan mata Mummy semalam di pasaraya Kota Tinggi.
Mummy bersama Puan Emak belanja barang dapur. Nasib baik la dapat parking. Maklum la, weekend agak susah sikit nak cari parking kan. 
Ini bukan kisah kami, ini kisah kereta sebelah Mummy. Kancil pink, pintu terbuka & ada seorang budak lelaki berumur lebih kurang sebaya cik Khaleesa. Masalahnya..... budak lelaki tu sorang diri dalam kereta tanpa ditemani orang dewasa. BODOH! Sakit hati tgk situasi macam tu... Budak tu basah berpeluh-peluh sambil menekan hon kereta. Memang rasa nak maki je orang yang tinggalkan dia sorang2. Bila kami tanye, dia tak jawab. Atas dasar perikemanusiaan, kami tunggu kat situ... Tak lama lps tu, adalah perempuan gemuk (sorry to say la, geram sgt!!) terkedek-kedek keluar dari pasaraya sambil pegang baju. Terus Puan Emak tanye,

Puan Emak: Ini anak kau ke?
Mak Budak: A'ah... (dgn rasa x bersalah).
Puan Emak: Kenapa la dibiarkan mcm tu je.. Kalau hilang camne?
Mak Budak: Baju dia kotor tadi, dia taknak turun... (mak apa ko nih!!)

Seriusly, memang takde sepatah ayat keluar dari mulut Mummy nih. Kalau terkeluar gak, boleh sentap jiwa raga. Budak tu baru 5 - 6 tahun, yang kau pergi dengar ckp dia tu buat apa??? Macam takde otak laaa... Lantak la, dia nak nangis @ apa pun...juz angkat masukkan dlm troli. Biarla dia menangis airmata darah pun, daripada kita menyesal seumur hidup. Dah banyak kes budak hilang, kena bunuh, kena bakar....semua berpunca dari kelalaian kita. Bila dah jadi, baru nak menyesal bagai. 

Mummy sendiri pun belum khatam dalam mendidik anak ni. Tapi baik buruk, kita dah boleh fikir. Jangan cakap semua tu takdir Allah sbb Allah bagi peluang utk kita ubah takdir. Allah yang menentukan tapi kita ada pilihan. Belum masanya lagi Mummy perlu dengar semua arahan dari cik Khaleesa.

* Sakit hati bila tengok MAK BUDAK tu sambung shopping lepas hantar baju anak dia. Paling sakit hati bila dia shopping tanpa anak dia! 


Tuesday, March 20, 2012

:: Kawan sekolah...

Alhamdulillah... walaupun umur semakin lanjut, hubungan Mummy dgn kawan-kawan sekolah tak pernah lagi putus. 15-17 tahun bukan la satu jangka waktu yang singkat & rasanya kami lagi bertambah rapat skrg. Lagi la masing-masing dah ada family... Bila jumpa, mmg happening sgt. Kecoh ngan mulut kami & anak-anak... Walaupun tak selalu jumpa, kami memang akan set masa yang sesuai nak lepak sama. Masa ni nak share2 cite terkini, tips...memang seronok...

Ni kalo dapat kumpul semua, mau macam pasar malam...last gath tahun 2004 @ 2007 kot. Tak sure...

Ni tahun 1998

Last Saturday... ok, still maintain comel.hi hi hi...

Makcik ni masa sekolah, garang gileeee! ha ha haa...

* Agak-agak bila dapat kumpul lagi... cadangan raya je la nanti... he he he...

:: Movie #4: John Carter

English muvee Mummy pertama utk 2012 adalah John Carter.
Not bad la John Carter ni... Ala-ala epic tap kat Mars.hi hi hi... Kat Mars pun ada manusia cantik pe.

John Carter ni sebenarnya berasal dari Jarsoom (Bumi)... Then satu hari dia lari dari lokap & masuk dalam 1 gua. Jumpa 1 alien @ Thern & John Carter terpegang 1 medal... Bila dia sedar, dah ada kat Barsoom (Marikh). Tak pasal-pasal dia jadi pahlawan kat Barsoom... Memang macam-macam la kejadian yang berlaku masa kat Barsoom tu sampai la dia kawen ngan Puteri Barsoom... 

Endingnya ok sbb lari dari apa yang dlm fikiran Mummy nih.hu hu hu...

Hero dalam John Carter ni not bad... Taylor Kitsch... sebelum ni dia stakat pelakon pembantu je. Muvee yang paling Mummy suka The Covenant...dia salah sorang Sons of Ipswich, Pogue Perry. 

Okla, utk John Carter ni Mummy bagi 3.75/5 star...he he he... ok x?

Wednesday, March 14, 2012

:: WW #10 ~ Miss Cik Khaleesa

Rindunya kat Cik Khaleesa!
Next week balik tau sayang...

:: BFF~ Teman tapi mesra

Yeay! Dapat gak tgk final episode BFF...Teman Tapi Mesra malam tadi... Kalo ikutkan mmg dah tak larat nak tgk tv. Tak sedap badan, rasa mcm nak pengsan berdiri lama-lama. Sebelum tu sempat la gak Mummy layan last episode Vanila Coklat. Mummy tak pernah follow pun Vanila Coklat tu, tapi disebabkan last episode la Mummy tgk. Sweet drama...patut ler ramai yg dok cite sana sini. Takyah tgk pun dah tau jalan cite sbb byk info. he he he...
Personally, Mummy lagi suka drama BFF tu. Tak sangka smlm last episode. Mummy dah miss 2 episode. Tak tahula kenapa suka drama tu... Berdebar gak tgk smlm...

Sinopsis: Kisah 2 org kawan baik dari kecik smpi la besar...berjiran. Shahidah & Iskandar. Shahidah ada impian sendiri tapi dikongkong ayahnya. Iskandar lak sanggup buat apa saja demi kawan baik dia. Iskandar sanggup berkorban ajak Shahidah kahwin semata-mata nak tolong Shahidah capai impian.

Takut gak Mummy fikirkan endingnya... takmo cerai2 sbb Iskandar sangat baik & sweet. Alhamdulillah, happy ending. *poyo*...ha ha ha... Sari Yanti comel...mata bulat. Munif Isa sgt cool...hurmmm


Quote dlm BFF...
"Seorang suami tak mungkin akan jadi sahabat yang baik tapi seorang sahabat mampu jadi suami yang baik & memahami" ~ Personally, Mummy kurang setuju...he he he

Friday, March 9, 2012

:: Movie #3: Adnan Sempit 2

Movie ke 3 di tahun 2012 Mummy masih filem tempatan. Kali ni Mummy layan Adnan Sempit 2. Masih mengekalkan barisan pelakon asal. Tahap lawak blh la... Kelakar part bila si Adnan 'speaking London'. he he he... ada gak part yg boring & tak logik. So far, layan la gak movie ni. Rasanya yang 1st lagi best... pendapat masing-masing, so Mummy bagi 3/5 bintang je...


P/S: Thanx to AWAK yang belanja tu...nanti belanja lagi tau (joking!!). Next will be my treat ye dear...

:: T.G.I.F

Yeay!! It's Friday...
Baru seminggu naik kerja, dah jumpa Jumaat. Kejap je masa ni berjalan... Bila dah Jumaat, automatik weekend utk Mummy sbb malas nak buat kerja. Ingatkan taknak balik kampung tapi Mummy sudah rindu kat mak. Lagipun dok umah, xbuat pape kan...boring! InsyaAllah, esok pagi balik kampung lerr...


p/s: Alahai! My Celcom has been barred...do i care? nop! heheee.... happy weekend.

Thursday, March 8, 2012

Tuesday, March 6, 2012

:: Lagu #4 ~ Wish to hear...


As your wish, I wish to hear lively from "AWAK" ye with back up singer Cik Khaleesa...

:: The Vow

Rasanya hampir sebulan Mummy takde aktiviti movie date. Banyak up-coming movie yang menarik tapi yang paling ditunggu adalah The Vow. Dah lama tak layan romance movie...last layan malay romance movie "Ombak Rindu". hehee... Yang menarik The Vow ni sbb Mummy minat Rachel McAdams...cantik. Trailer movie nipun sweet & sedih. Sinopsis pun agak menarik... Mummy nak tgk sgt mcm mana si suami tackle back isteri yang totally lost memory after accident...


p/s: Agak-agak AWAK nak teman SAYA tgk movie ni x?

:: End of My Vacation

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Mummy juz came back JB last week from Umraah. Nothing to say juz "bersyukur" be there again & I wish will be again again again... InsyaAllah