Alhamdulillah... inilah hasil tangan Cik Khaleesa setelah hampir tiap2 malam kena marah ngan maminya yang SUPER GARANG ni. he he he...
* Cik Khaleesa sbnrnya tak pandai tulis huruf 'S'... Agaknya hari-hari dia usaha sendiri, lama-lama dah pandai. Kat picture tu original tulisan Cik Khaleesa... Bangga jap maminya. ha ha ha...
Minggu ni Mummy merajinkan diri buat Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Maklumla...nak bg adik-adik makan.he he he...
Ayam sekor yang Mummy perap seharian. Cara Mummy agak rumit sbb Mummy bungkus ngan aluminium foil masa memanggang. Tujuannya supaya ayam masak sepenuhnya & elakkan rentung (sbb guna madu). Sejam Mummy panggang dlm aluminium foil tu. Lps tu Mummy keluarkan ayam drpd bungkusan tu & panggang mcm biasa. Guna api atas bawah lbh kurang 160 darjah celcius...
Yang hitam-hitam tu bukan rentung...dapur agak gelap. Alhamdulillah, habis diratah oleh adik.
Rasanya macam baru je cuti panjang, alih-alih jumpa lagi cuti panjang. Bosan gak kat rumah tak tahu nak buat apa. Sempena Maulidur Rasul, En Ayah ada buat kenduri doa selamat sekali dgn Maulidur Rasul. Dah lama tak buat kenduri, biasenya kami buat makan-makan anak beranak je. Mummy ingatkan masak sendiri, rupanya En Ayah soh order nasi beriani.hu hu hu... adala gak lauk yg Pn Emak masak. Takot sedara mara tanye lauk masak sendiri kan. Air tangan kita mana nak sama dgn air tangan org lain. So, kami adik beradik blh la goyang kaki sikit. Mummy cuma menyumbang kuih saja. Pun air tangan sendiri...ha ha ha... Nasi beriani pun blh tahan gak sedapnya. Tuan rumah makan dulu sbb nanti senang nak layan tetamu. Senang cite, masing-masing dah tau tugas sendiri.
Dimulakan dengan kami yg agak sengal ye...hi hi hi... si kck Adam pun pelik apa kena la Umminya tuh.
Orang sengal back to normal (syok sendiri)
Suasana sepanjang Marhaban... sempat snap tetamu perempuan je sbb tetamu lelaki dok kat ruang tamu utama. Segan nak snap gambar tetamu kat depan kang takut kena marah ngan En Ayah...ha ha ha... (tau takut eh!)
Bagi menghilangkan rasa kebosanan yang teramat, maka kami adik beradik sebulat suara menuju ke KTV. Memang sumbangsih masing-masing...melepaskan tekanan btol! heheheee...
Kek Coklat Mummy kali ni jadi dengan sempurna...ha ha ha... So, dah berani ambik tempahan. Utk order sila dail *1234 tekan tekan tak dapat*.
1st trial Mummy buat Apam Mekar. Opismate bagi resepi...senang giler...giler pun tak senang.hi hi hi... Abes kat semua org Pn Emak jaja Apam Mekar ni.*Malu sudah!!*
2ndly buat Apam Mekar, request by adik yang bawak balik kolej.
** Mummy pun ada buat Kek Gula Hangus tapi tak sempat nak snap gambar. 1st trial gak, jadi cuma gula tak berapa hangus (Pn Emak yg ckp la) tapi tekak Mummy ok jek. ha ha ha...
Selamat melabel semua stationary Mummy... Kalau hilang lagi, tak tau nak ckp apa lagi. Pada sesapa yang sengaja pinjam tu, sila lah pulang dgn selamatnya...