Layan iklan

Wednesday, March 6, 2013

:: Movie #23 ~ Rock Oo!!

Seperti yang dijanjikan, Mummy nak update latest movie Rock Oo!! Encik suami memang tak sabar nak tengok cite ni. Tengok trailer pun dah best gitu... Macam biasa, kami sampai lambat walaupun showtime 10.20pm. he he hee...nasib baik dah online ticket awal-awal. Alhamdulillah, masa masuk tu kami takde la terlambat sangat. Risau gak encik suami marah (bukan salah Mummy ye lambat).hu hu hu...


Sinopsis: Kisah Amy Mat Piah (Que Haidar) yang telah dibuang dari kumpulan Rimba Bara berazam nak satukan balik Rimba Bara yang kebetulan takde penyanyi utama. Penyanyi utama, Zul Kapan (Soffi Jikan) telah diambil Luncai Emas bergabung dengan Malaikat Maut. Amy ni sebenarnya takde bakat sangat & dia ada prinsip yang takde kena-mengena "pantang anak petani moden mengaku kalah". Amy cuba meyakinkan & pujuk Jijo (Khir Rahman) untuk kembalikan kumpulan Rimba Bara. Akhirnya dapatla diaorang berkumpul kembali bersama Mi Black (Azmi Black) & Slash Haji Tapah (Pekin). Banyak insiden yang berlaku sepanjang usaha dieorang untuk hidupkan balik Rimba Bara. Tiba-tiba Zul Kapan kembali nak menyertai Rimba Bara.... agak-agak apa la nasib si Amy Mat Piah ye??? jeng...jeng...jeng...!

Komen: Sekali lagi Mummy harus bagi pujian pada hasil tangan Mamat Khalid. Selepas 6 tahun (kalau tak silap Mummy la), Mamat Khalid hasilkan sekuel Rock Oo yang sangat cantik susunan ceritanya. Comeback Que Haidar kali ni memang terbaik laaa... Khir Rahman yang kita kenal sangat bersahaja lakonannya pun harus diberi pujian. Mi Black yang sengau memang sentiasa buat panggung pecah dengan ketawa. Pekin plak tak banyak dialog tapi watak tu sangat sesuai dengan dia. Takde kekurangan pada Rock Oo... Terasa betul-betul berada di zaman rock awie, search... Itulah realiti sebenar artis rock diawal kemunculan mereka. Dengar-dengar, Awie menangis masa tayangan perdana... 

Rating Mummy: 4.5/5 bintang


No comments:

Post a Comment