Layan iklan

Showing posts with label B2B. Show all posts
Showing posts with label B2B. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

:: 12 + 1 = 13 (last chapter)

Seperti yang dijanjikan... Mummy akan kongsikan beberapa gambar sekitar majlis Mummy Januari lepas. Maklumla, Februari pun dah nak abes...update lambat kang macam 'basi' lak. he he hee... Album dah dapat 2 minggu lepas, cuma softcopy je baru dapat minggu lepas. Sila jangan menyampah ye tengok koleksi gedik Mummy... ha ha haa...

A pieces of my pre-wedding...




Solemnization...




Reception & Outdoor...









Bertandang...







End of our events... phew!!!

* Itu saja ye buat tatapan...skang dah sibuk sebagai SUPER MAK & ISTERI. he he hee...

Tuesday, January 29, 2013

:: Majlis Bertandang...

Alhamdulillah majlis bertandang 26 Jan 2013 selesai sudah dengan jayanya. hip! hip! hoorey! Terlerai sudah semua bebanan yang kami tanggung. he he hee... hilang rasa semua penat. Majlis bertandang yang super duper meriah. Terharu ok! Majlis berjalan dengan lancar & dipermudahkan olehNya. Cuaca cantik je & ramai tetamu yang datang. Macam bukan majlis bertandang plak. *pengsan!*

Tak banyak gambar yang dapat Mummy snap.. Apa yang de ni snap by my little sissy... "Aku cilok ye gambo ko dik!" ha ha haaa... "Little sissy kat Pasir Gudang, akak tunggu awak upload pic." Maklumla ke hulu hilir ngan new cam...

 Dearie Puan Emak & Mak Ngah yang memeriahkan majlis... Sian mak, muka toye sebab tak dapat pakai baju baru... tett!!!

 TQVM to Pak Ngah's family yang sudi memeriahkan majlis anak sedaranya ni.

Mak buyung yang masih segar bugar menunggu hari nak bersalin. Sori la terpaksa tarik Encik Suami ko jadi pengapit bidan terjun.he he hee...



Kuning diraja pilihan kami...takot pelamin merah overshadow kami. 


Encik Suami buka poyo ye pakai glasses...mata dia sepet, so bla amik gambar cam pejam mata. Tu yang photographer soh pakai. *sebenarnya dia memang poyo*


Sengal snap by my sissy...

p/s: Minta maaf la ye kalo de yang loya layan pic kawen Mummy nih. Jangan simpan dalam hati ye... Bukan selalu kawen kali ke-2 semeriah ni. Doakan Mummy kekal bahagia dunia akhirat dengan Encik Suami...

** Got a great news that our photos are ready!

Monday, January 14, 2013

:: 12+1=13 (part II)

Mood: sedang bekerja...

Yup! Sungguh rajin Mummy bekerja sehari lepas bernikah.he he hee...simpan cuti nak gi honeymoon la katakan. Cik Khaleesa pun dah selamat ke sekolah hari ni. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang & buat toll untuk Encik Suami. Sian kena tahan kat tengah-tengah panas. 
Orang yang paling happy of course la cik Khaleesa. Too much excited expression.hehehee... seperti sedia maklum, cik Khaleesa memang sangat rapat ngan Encik Suami. So, pada Mummy dah takde masalah nak built up hubungan dieorang. Encik Suami pun pandai menyesuaikan diri ngan adik beradik ipar duai Mummy sebab masing-masing share hobi yang sama.huhuhuuu...
Agak lama la juga tak keluar shopping groceries ngan orang yang bernama "suami", so agak janggal la gak. Terasa janggal...hehehee... bukan tak pernah keluar dating shopping sama-sama cuma kali de aura skit. Nak bayar makanan pun dah de orang tanye "awak ada duit tak?". serius speechless...
Di kesempatan ni, Mummy nak share gambar kahwin... Nipun kawan-kawan yang email gambar. Mummy memang tak sempat nak soh orang snap. So harapkan dari camera orang lain. Nak tunggu dari photographer, kena tunggu lagi sebulan. Lega sikit bahu sebab majlis belah Mummy dah settle. Next week nak kena concentrate majlis lelaki plak... *fitting again!*


 Nice pelamin by Izan Yacob Bridal House
Mummy tak menetapkan apa-apa tema tapi ramai yang cakap ala-ala garden wedding. So far, Mummy sangat puas hati ngan abang Izan sebab menepati kehendak Mummy "Simple & Cantik".

Cik Khaleesa monyok sebab ayah dia kena tahan ngan toll kat depan.he he heee...

Nice capture by kawan Mummy...

So, tunggu next entry Mummy update outdoor photoshoot & majlis bertandang.

* Thanks so much pada adik ipar Lina Sahar & kawan blogger Joe Johana sebab buat special entry untuk Mummy....

Thursday, January 3, 2013

:: B2B #15 ~ Pre-wedding

Alhamdulillah... 1 part of our wedding are done. Actually, pre-wedding ni tak penting pun tapi free kan. Dulu tak rasa, la ni baru nak rasa. he he he... 
Ikutkan pre-wedding gambar berdua & props je....tapi kami amik bertiga. Cik Khaleesa mana boleh tinggal kan. Awal-awal Mummy dah cakap kat photographer yang tema Mummy lebih kepada family outdoor sebab bawak anak. Terperanjat dia then lepas Mummy terangkan, baru dia faham. Bukan senang nak schedule masa untuk sesi photoshoot sebab masing-masing terikat ngan kerja. Nak tak nak, kena amik cuti gak & kebetulan Mummy memang cuti untuk setel sekolah cik Khaleesa. Alhamdulillah cuaca kat JB sangat cantik ok. Mula-mula Encik Tunang tak excited pun... asik cakap "saya layankan awak je ni". Lagi la photoshoot kat tempat public. Sepanjang perjalanan tu Mummy dok ulang-ulang, "awak ikhlaskan hati awak ye. Demi saya".he he hee...

Yeay! photoshoot berjalan ngan lancar... happy sangat sebab Encik Tunang dah merealisasikan impian Mummy.




Cantik tak??? Mummy nampak kurus tak?? hahahahaa.... Cukup la yer 3 keping. Nak tengok full sila like FB page Suka-suka Tembak Production.

:: B2B #14 ~ Fitting!

Sangat last minit baru dapat gi fitting... Itupun terpaksa curi masa waktu kerja sikit. Lagipun baju dah pilih cuma kali ni untuk final la. Next week dah boleh ambil baju & final fitting. Mana la tau kot-kot terbesar kan... kah kah kah... perasan!

Nasib baik Encik Tunang memberi kerjasama yang sangat baik (cewah!)... Sengih je la dia sebab tokey bridal cakap dia dah kurus. huh! Untuk majlis rumah Mummy dah abis diskas. So far semuanya berjalan lancar. Nampaknya tokey bridal faham apa yang Mummy nak.he he he... Lepas abes majlis rumah Mummy, baru diskas untuk majlis bertandang. 

#teaser... full after the events ye... tunggu!


* Saspen tak??

Thursday, December 27, 2012

:: B2B #13 ~ Honeymoon

Huarggg!! Sangat last minit nak survey vacation untuk honeymoon. Kami free sampai March 2013 je pastu Encik Tunang dah sibuk (katanya la...) Kalau ikutkan, Mummy takde masa nak survey tapi curi gak masa sikit. Tupun hanya beberapa tempat je sebab banyak mende rupanya perlu diambil kira. hu hu hu... sakit leher sudah! Encik Tunang cakap, dia bagi peluang Mummy pilih destinasi pilihan. Untuk honeymoon Mummy prefer rest & relax. Takmo ahh shopping2 nanti makin penat. ha ha haa... So far, Mummy baru sempat survey 3 tempat.

1. BALI
pic by google search

Survey thru cuti.com.my je... Tapi takde untuk honeymoon package. Cari gak website untuk pakej Bali honeymoon tapi kebanyakan bukan local punya. Susah sikit kot nak berurusan nanti. Mummy mungkin akan pergi 3 hari 2 malam. So far, still reasonable la price untuk package ni. Then nak survey flight tickets sebab package kat cuti.com.my EXCLUDE tickets. Kalau boleh Mummy taknak depart dari KL. Memandangkan dari JB takde, Mummy pilih depart dari Changi jek. Antara yang termurah Mummy survey Tiger Airways... below rm600. Airasia & Garuda more than 1.5k. huh!

2. SURIA ROMANTIC HONEYMOON
pic by google search

Local resort dan boleh pilih destinasi mana samada Terengganu, Pahang @ Johor... Johor tak mungkin la kan.ha ha ha... So far package yang ditawarkan agak menarik sebab dapat bilik yang mengadap laut, 1 time candle light dinner, bouquet bunga, coklat... Price for package pun ok laa.

3. ROMANTICA DE PANGKOR
pic by google search

Destinasi agak jauh di Teluk Dalam Resort. Perjalanan mungkin agak penat la gak. Tapi package agak menarik sebab dapat suite honeymoon, 2 time brunch at verandah, 2 time candlel ight dinner, a bouquet flower, coklat... Agak jimat sebab takde tempat nak shopping bagai (agaknya la). 

Tu jela yang sempat Mummy survey. Encik Tunang pun dok mensurvey gak. Nanti jumpa bawak quotation masing-masing then discuss. 

* Anyone have suggestion wonderful places???

Tuesday, December 25, 2012

:: B2B #12 ~ Inai

Last week Mummy dah beli sekotak inai kat Mydin... tapi, yang practicing ialah cik Khaleesa. Suka dia pakai inai...yang teruk maminya laa dok mengukir tangan dia. heeheehee...
Warna inai yang sangat cantik. Berbaloi la sangat-sangat beli sekotak. Rasanya Mummy takkan ada ukir-ukir utk very soon my wedding day sebab Mummy tak amik cuti...segan masuk office orang tengok. Tapi apapun tengok pada keadaan la juga.

* Takut merenung kalendar... 2 minggu je lagi!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 13, 2012

:: B2B #11 ~ Invitation card are ready................

Alhamdulillah, masih berkesempatan Mummy update blog rini... biasalah, banyak kerja & malas melanda diri. Nak blogwalking pun memang tak sempat. Nak tido & bangun tido pun dok fikir kerja yang menimbun. Audit lagi...hu hu hu.... sila bayangkan tupun kalo terbayang la. hi hi hi...


InsyaAllah minggu ni kad jemputan by pos akan dihantar. Dah naik berhabuk kad langsung tak berusik. Baru malam tadi dok menampal alamat kawan-kawan yang tak dapat Mummy nak bg by hand. Bagi kawan-kawan terdekat, insyaAllah 1 January 2013 akan di distribute by hand. Surprise surprise sebab ramai yang nak tahu siapa bakal suami Mummy. Takde niat nak berahsia cuma lets our personal life being personal. Tak perlu nak tunjuk sangat yang penting Mummy & cik Khaleesa bahagia.

* Sabar ye kawan-kawan! stress kena push ngan jiran sebelah nak tau sapa En Tunang Mummy

Wednesday, December 5, 2012

:: B2B #10~ Random update...

Still in mood counting a days... masih agak kelam kabut ngan preparation. Bila dah hujung tahun ni, so banyak perkara yang datang. Next week Mummy will have a company dinner at Melaka. Tak pergi, rugi besar katanya. Alhamdulillah, apparel untuk dinner is done. Tema 'BABA NYONYA' & of course la Mummy menggodeh balik almari kat kampung hunting for kebaya lama. Setelah di alter, yezza....muat! ha ha haa...


Alhamdulillah again, apparel for cik Khaleesa dah siap. Mummy custom made lovely dress untuk cik Khaleesa & it's look alike gaun Mummy on my BIG day. She always update "khaleesa nak baju macam mami tau".he he hee... TQ to akak tailor yang kali ni sangat efisyen. Belum tanya, dia dah mesej bagitau dress dah siap. Siap top up bunga kecik-kecik kat dress merah tu. Now thinking for her headband...


The goodies memang tak risau sangat. Maklumla ramai pembantu...for my friends already settled. Nothing special but different skit la. Tengok goodies mesti dah boleh agak color theme for the events kan tapi pape pun kena tunggu majlis. Mummy make it something different sikit in pro kontra colours. Dulu tak merasa sume tu, la ni baru berkesempatan buat semua.



The most important is form nikah. Selagi tak settle, memang tak tenang rasa hati ni. 2nd time for Mummy to face it. Tapi kegerunan tu takde la teruk sangat. For Johorean, interview is 'wajib' before get kadi signature. Gerun tak? Ala....all the question juz a routine of our life. Tak dapat, kantoi laaaa... Alhamdulillah, Mummy is passed. Yippie!!!


It's me! Bride to be... Am i look chubbier than before & of course Mr fiance realized. Little worry that am not suit the wedding dress... A month to go & 'diet' will be my temporary bff.

Sekian random update dari Mummy...

p/s: Cuba menyabarkan hati ni... maybe stress will be depressed.he he hee...

Thursday, November 8, 2012

:: I'm engaged...


Yeah! Already 2 months being a fiancee to Mr fiancee and officially announced on Mummy Chubby's blog today...he he he...
Bukan taknak hebah awal, cuma ianya majlis yang tersangat la simple yang hanya melibatkan our parents & siblings... No guests are invited. Maaf pada sesiapa yang terperanjat & terkecik hati jika tidak dijemput sebab ni majlis private (wah! cam retis ko...) ha ha ha... InsyaAllah, kawen nanti Mummy akan jemput. 

p/s: Now, we are counting a days!