Layan iklan

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

:: Masak-masak #14 ~ Siakap 3 Rasa

Dah macam minggu siakap lak Mummy nih... muka pun dah macam siakap ni. he he hee... Stok siakap memang banyak dan untuk yang terakhir ni Mummy masak 'Siakap 3 rasa serba ringkas'. Hasil google search & kajian serba sedikit ngan opismate, maka akhirnya dapat la concludekan resepi kepada seseringkas mungkin.

Siakap 3 rasa versi Mummy yang teringkas...

Bahan-bahan & cara-cara:

Step 1: 1 ekor ikan siakap yang siap dibersih sempurna. Tos kering (Mummy lap guna tisu). Lumurkan cili boh sikit, garam & serbuk kunyit. Renjiskan sikit sos ikan dan Mummy perap biar sebati.

Step 2: 10 biji bawang putih cincang halus. 7 biji cili api dihiris halus. 2 biji tomato didadukan. 2 sudu sos ikan, sos tiram, sos cili & sos tomato. 1 sudu gula. Stgh sudu garam (sos ikan dah masin). 4 biji limau kasturi diperah (pastikan jgn masuk biji limau). 2 helai daun limau purut. 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air (Mummy guna tepung gandum je).

Step 3: Tumis bahan-bahan kat step 2 ikut urutan ye... Masukkan air skit jika nak berkuah. Daun limau purut masuk last sekali kemudian boleh tutup api.

Step 4: Lumur ikan dengan tepung kemudian goreng dalam minyak yang betul-betul matang ye... Siap goreng, angkat & hidangkan. Kemudian curahkan kuah 3 rasa yang dah siap masak tadi.

Tips: Nak lagi sedap letak la nenas (potong dadu)... Makan tengah panas-panas memang sodap!



Monday, February 25, 2013

:: Masak-masak #13 ~ Siakap stim limau

Yeah! mood nak mengupdate sudah mari walaupun so-so je.he he he... Ni kira update terperap ye. Dari last week nak update tapi tak sempat sebab kerja melambak. Alahai! sampai nak call mak mentua pun lupa. Adoyai!!! ampun...
Main masak-masak kali ni, Mummy buat 'Siakap Stim Limau'. Kepingin nak buat sebab ni antara feveret encik suami. Kebetulan stok ikan banyak dalam freezer... memang wajib la mencuba kan kan kan... 1st time buat, step dah betul tapi pahit gila! Laaa...Salah step rupanya...Mummy stim kan skali hirisan limau nipis. Konfiden level sebelum masak memang menjulang tapi bila rasa, sangat down. Terus hilang konfiden... Kecewa betul masa tu...sangat-sangat. Last week buat lagi...tak brape nak konfiden tapi nasib encik suami bagi support mantap gituh. Alhamdulillah....the taste is SUPERB! Tq la pada tuk guru Puan Azie (opismate). Terus dapat 5 star dari encik suami. Paling best bila tengok dia puas makan.


Bahan & cara-cara:
2 ekor ikan siakap yang ditos kering... potong suku lemon & Mummy lumur pada siakap (untuk elak hanyir). Tabur garam & ratakan serta 3 sudu sos ikan. Mummy perap selama 15 minit.
2 biji bawang besar dihiris-hiris. Halia 2 ibu jari (lagi banyak lagi bagus). 2 biji tomato dipotong dadu. 3 batang serai diketuk @ dititik pastu potong 2.
Masukkan ikan yang telah diperap ke dalam loyang. Susun cantik-cantik ye.he he hee... Tabur semua bahan-bahan yang dihiris, potong & ketuk tadi. Pun susun ikut suka hati. Kalau boleh bagi seimbang la ye. Masukkan la air sedikit. Mummy letak hampir setengah sebab encik suami suka berkuah. Taburkan gula 2 sudu.
Siap susun, panaskan minyak & tumis 7 biji bawang putih (diketuk je) serta cili api yang dipotong halus. Ikut suka la nak letak lada bape banyak ye. Tepuk dada tanye selera.he he hee... Dah naik bau wangi, tuang tumisan ke dalam ikan. Masukkan skali dengan minyak (melembutkan isi ikan). Siap semua, bolehla stim selama 15 minit.
Sementara tunggu 15 minit tu...perah limau kasturi & separuh lemon. Mummy guna dalam 25biji limau kasturi. Tapis ye untuk elakkan pahit. Kalo boleh jangan ada biji yang terlepas ye. Lepas 15 minit, masukkan air limau & lemon yang yang dah ditapis ke dalam loyang ikan. Stim dalam 10 minit... Rasa sikit...kalau masam sangat, masukkan gula secukup rasa. Last skali Mummy letak daun limau purut bagi wangi sikit... InsyaAllah, rasanya memang tidak mengecewakan.

Sekian, selamat mencuba...




Wednesday, February 13, 2013

:: Masak-masak #12 ~ Seri Muka

Agak lama Mummy tak update hal perihal masak-memasak ni. Biasa masak lauk simple-simple je untuk Encik suami. Tapi sejak diisytiharkan 'jangan masak malam' lagi, tangan ni gatal je nak buat something. Sebenarnya saja je nak rasmikan steam cooker yang office Mummy bagi. Kali ni tangan gatal nak buat kuih Seri Muka. Dah ada pengukus, senang je nak buat...resepi macam biasa la google search je. Kira 1st trial la ni buat kuih tradisional, lagipun Encik suami suka makan kuih. he he he...




Cara-cara:
Beras pulut 2 cawan direndam selama 3 jam.
Santan cair 2 cawan digaul sekali dengan garam secukup rasa. 
* Mummy guna setengah kotak santan instant.
Kukus beras pulut selama 40 minit. Kemudian masukkan santan. Pastikan santan paras pulut. Kukus lagi selama 30 minit. Selepas masak, tekan pulut sehingga mampat.

Untuk topping atas, kisar halus 2 cawan santan pekat (1 stgh kotak), 1 cawan tepung, 3/4 cawan gula, 1 biji telur, garam secukup rasa, daun pandan, pewarna hijau sikit...Mummy ada tambah sikit pandan flavour. Then tapis bahan yang dikisar & curah atas pulut yang dah dimampatkan. Kukus selama 40 minit. Angakt penutup setiap 10 minit untuk buang air wap. Dah masak, sejukkan & boleh ngap ngap.he he he...

Sekian...

* Bersiap sedia nak buat lepat ubi plak lepas ni.

Monday, October 15, 2012

:: Masak-masak #11 ~ Baked beef macaroni & cheese

Selamat pagi... hurmmm...lebih kurang seminggu Mummy tak update blog. Lama betul penyakit 'M' melanda diri ni. Harini, Mummy cuba gagahkan diri melawan penyakit 'M' tu. Kalo ikutkan banyak nak update tapi nanti-nanti la kot. Takde masa nak berfikir ngan rasional.

Weekend biasala activity main masak-masak ngan adik-adik. Bila mak ayah takde, seriously rindu sangat ngan air tangan mak. Memandangkan oven dah dihantar ke kampung, maka segala aktivity bakar-membakar hanya dibuat weekend saja. Mood rajin datang maka terhasil lah Baked Beef Macaroni & Cheese. Dah lama tak buat sampai lupa bahan-bahan. Biasa Mummy guna ayam, so kali ni Mummy cuba guna daging plak. Not bad la gak... paling best, masa dok masak tu ada orang kat sebelah salin resepi.he he he... dah macam chef Joe lak.


Bahan-bahan:
Bawang besar cincang halus
Daging / ayam 400g
Tomato puri... Mummy guna yang kecik je.
Cendawan butang... Mummy guna cap ayam brand (dijamin halal)
Macaroni
Lada benggala sebiji (potong dadu)
Saderi (potong dadu)
Oregano
Sedikit garam
Kiub daging / ayam
Mozarella cheese
Minyak zaitun / jagung

Cara-cara:
1. Rebus macaroni sehingga masak. Kuantiti ikut sesedap rasa ye.
2. Masukkan 2 sudu minyak & tumis bawang. Naik bau, masukkan ayam/ daging.
3. Bila sudah separuh masak, curahkan tomato puri. gaul sekata. Kemudian masukkan 1 kiub daging / ayam.
4. Kemudian masukkan lada benggala & saderi. gaul sebati kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris halus.
5. Masukkan garam secukup rasa & oregano secukup rasa.
6. Hampir kering, masukkan macaroni & gaul sebati. Pastikan macaroni tu ditos betul-betul.
7. Dah kering, tutup api & biarkan sejuk.

Sos krim:
Susu full cream 450ml. 1 sudu mentega & 1 sudu tepung gandum

Cara-cara:
Panaskan periuk kemudian cairkan mentega. Bila sudah cair, masukkan tepung & gaul sekata. Kemudian masukkan susu. Kacau perlahan sehingga pekat. 

Bakar:
Masukkan macaroni beef ke dalam loyang. Mampatkan kemudian layerkan ngan krim sos. Kemudian layerkan lagi ngan macaroni beef, mampatkan & layerkan ngan krim sos. Mummy biasa buat 3 layer je. Sampai layer yg ke 3, lepas siram ngan krim sos Mummy letak mozarella cheese as topping. Kemudian bakar pd suhu 170 api atas bawah selama 30min. Kemudian suhu 170 api bawah saja selama 20min.


Ni plak projek adik  Mummy... Mummy tau makan jek. sedap!!!

p/s: Camne nak DIET nih???? hu hu hu


Thursday, September 6, 2012

:: Masak-masak #10 : Kari Ikan Merah

Pertama kali dalam hidup ni Mummy masak kari ikan merah. Macam biasa, sumber resepi haruslah hasil dari google search. So far semua hasil google search adalah sama je. Rasa je lain-lain kot.he he he... Cuma Mummy ambil basic je la pastu sampai rumah edit-edit skit ikut version Mummy. Ikutkan nak buat kepala ikan tapi takde plak. Yang tinggal cuma part ekor & isi.

Bahan-bahan:
- 2 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, 2 lada kecik (dikisar kering)
- Santan kotak.
- Asam jawa
- Halba campur
- 1 biji bawang besar, 2 biji bawang puting & 1 biji lada kecik (Mayam halus)
- Daun kari (4 tangkai)
- Terung/ bendi/ tomato
- 2 paket kari ikan
- 2 cawan air
- kayu manis campur
- Garam secukup rasa
- Minyak masak
- Ikan merah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sampai matang
2. Tumis bahan yang dikisar kering.
3. Naik bau, terus masukkan bahan yang dimayam halus, daun kari, halba campur & kayu manis campur.
4. 1/3 dari santan kotak Mummy masukkan dalam mangkuk & campurkan 2 sudu air & 1 sudu asam jawa instant. Gaul sekali kemudian campurkan 1 stgh paket serbuk kari ikan. Gaul rata... (tujuan campur skali supaya ikan tak berbau & wangi).
5. Masukkan campuran kari & santan dalam tumisan... dan tumis sehingga pecah minyak dengan api yang kecik. (kena selalu kacau sebab takut hangus la plak).
6. Kemudian masukkan 2 cawan air, ikan & terung/bendi/tomato. (Mummy suka terung & tomato).
7. Mummy tutup kuali/periuk sehingga menggelegak. (Api yang kecik ye)
8. Masukkan 2/3 santan kotak & garam secukup rasa. Biarkan selama 10 minit...kalao suka pekat, lamakan skit dalam 15-20 minit.
9. PALING PENTING! agak-agak dah masak...sila lah panggil sapa-sapa utk rasa tahap kemasinan @ ketawaran kuah kari yer... he he he...

Sekian cara-cara orang yang pertama kali masak kari ikan merah... Selamat mencuba!

Monday, July 30, 2012

:: Masak-masak #9 ~ Daging sumbat cheese

Alhamdulillah, Mummy dapat gak merealisasikan tekak adik yang teringin daging sumbat cheese. Dah lama dieorang suruh buat tapi Mummy yang malas. Memandangkan dah seminggu awal dia request, maka Mummy kena la tunaikan. Lagipun nak buat takde la susah sangat. Mcm buat bergedil gitu. Sumber resepi kat blog Kak Fiza Nordin .. Tak silap Mummy, 1st time buat masa tu tahun 2010 kot. Lama kan....tapi Alhamdulillah skill masih superb! ha ha ha...

Bahan-bahan mudah je kat atas. Mummy guna 2 paket daging kisar Ramly, 3 biji bawang besar yang dicincang halus, 2 biji telur, serbuk lada putih & 4 sudu tepung gandum. Masukkan semua bahan dalam bekas, adun sebati. Mummy tambah sikit garam & perap.

Mummy guna slice cheese Emborg. Cerai kecik-kecik supaya senang nak sumbat dlm daging. Kepal adunan daging yang telah diadun sebati. Kepal-kepalkan & masukkan cheese. Kemudian tutup balik & bentukkan mcm daging burger.

Yezza....udah siap! Mummy masak guna pan. Minyak guna dlm 2 sudu sebagai syarat utk goreng je. Bila atas bawah daging agak separuh masak, masukkan air 1/4 tenggelam. Kemudian tutup pan sampai la air kering.

* Emborg slice cheese ni bagus sebab walaupun daging tu dah sejuk, cheese kat dalam tu masih lagi cair. Ada sesetengah cheese, bila sejuk jadi keras.

p/s: Penggemar cheese suka la makan.hu hu hu... mok mok gemok!


Friday, June 29, 2012

:: Masak-masak #8 ~ Durian Goreng

Akhirnya berkesempatan juga Mummy buat Durian Goreng. Last week ayah Mummy bawak durian, cik Khaleesa lak taknak makan. Maka ting! ting! la idea Mummy nak buat durian goreng. Tapi Mummy tak terus buat. Kena simpan dalam freezer dulu. Nanti susah pulak nak goreng.

Durian Goreng version Mummy

Cara-cara:
- Isi durian tu Mummy asingkan dan bentukkan bulat mcm bola pingpong. Biasanya orang buat takyah buang biji. Tapi sebab nak bg budak makan, baik buang biji.
- Lepas dibulat-bulatkan tu, Mummy masuk dalam freezer. Tujuan jadikan frozen supaya senang nak goreng nanti.

Adunan tepung:
- 7 sudu tepung gandum
- 1 @ 2 sudu tepung jagung
- sedikit garam & gula
- Air untuk bancuh
- Minyak masak (tenggelam)

Adunkan semua bahan kat atas kecuali durian frozen tu yer. Panaskan kuali & masukkan minyak. Celup durian frozen dalam adunan dan goreng dalam minyak panas. Goreng macam goreng cempedak. Pastikan jangan sampai hangus yer.he he he... Agak-agak dah masak, sila la angkat. 
AWAS! jangan terus makan yer...nanti melecur lidah tu.

Tapau breakfast untuk cik Khaleesa skali...
Durian goreng + Air strawberry

p/s: 6 ketul bawak gi opis, tak sampai 5 min dah abes...he he he

Tuesday, June 26, 2012

:: Masak-masak #7 ~ Pavlova



Ini la hasil pavlova Mummy malam tadi. Tak bape nak jadi sebab tak rangup laaa...tapi rasa sedap. Cik Khaleesa sampai jilat-jilat jari. Mummy sedang mengkaji apa yang kurang sampai tak rangup. Mana kawan-kawan yang boleh selesaikan masalah Mummy ni, sila la tinggalkan komen.hu hu hu...

p/s: Pagi tadi cik Khaleesa breakfast pavlova gak... Siap request soh buat lagi. Budak-budak memang suka makan manis-manis.

Monday, June 25, 2012

:: MODE Rajin sudah mari...

Monday blues sudah bertukarrrr!!!!
Yeah! Ini malam Mummy mau operasi sama itu dapur. he he he...

 Pic by Google search
Pavlova tapi takde strawberry la... Yang ada cuma kiwi & anggur. InsyaAllah, malam ni nak buat.

Durian goreng... kebetulan de durian kat rumah, so rasanya Mummy nak cuba jaya nak buat durian goreng. Yummy! Yummy! Tapi tak taula sempat ke tak nak buat sebab durian tu belum kopek. Nak keraskan kat dalam fridge lagi.hu hu hu

Please please please... wishie me Good Luck!

Friday, June 8, 2012

:: Masak-masak #6 ~ Sup ayam & sayur campur


Bukan selalu mood rajin ni nak datang...tapi kalo dah bosan asik makan luar, kadang-kadang craving ngan air tangan sendiri. Kali ni Mummy masak sup ayam & sayur campur. 1st time Mummy masak sup ala-ala soto sup. Biasa Mummy masak sup biasa-biasa je takde rempah ratus. Alhamdulillah la berjaya la gak untuk 1st trial...


Tuesday, April 3, 2012

:: Masak-masak #5 ~ Tuna Roll

Pagi ni mood rajin buat breakfast simple... Mummy dah kena practice sebelum cik Khaleesa masuk ke alam persekolahan. Bangun awal tu memang wajib.ha ha haa... (boleh ke?)

Malam tadi dok tenung roti yang bakal expired esok...drpd membazir baik buat sumthing yg different skit. Buka kabinet...yezza, lupa Mummy de beli tuna. Biasa guna sardin tapi leceh kan...kita guna apa yang ada kat rumah je. Mudah & simple.

Inila roti yang bakal expired...lbh separuh, kalo buang mmg membazir lerr... 

Tuna mayones mild ayam brand...

Selepas di 'roll'... malas nak roll, juz tekap2 biasa je. Bancuh tepung skali & simpan dlm fridge dulu so senang pagi2 leh tros goreng.

Yeay! Siap sudah... Jimat duit breakfast pagi ni... Lunch leh mkn byk skit.he he he...


Monday, February 13, 2012

:: Masak-masak #4 ~ Ayam panggang ala Kenny Rogers

Minggu ni Mummy merajinkan diri buat Ayam Panggang ala Kenny Rogers. Maklumla...nak bg adik-adik makan.he he he...


Ayam sekor yang Mummy perap seharian. Cara Mummy agak rumit sbb Mummy bungkus ngan aluminium foil masa memanggang. Tujuannya supaya ayam masak sepenuhnya & elakkan rentung (sbb guna madu). Sejam Mummy panggang dlm aluminium foil tu. Lps tu Mummy keluarkan ayam drpd bungkusan tu & panggang mcm biasa. Guna api atas bawah lbh kurang 160 darjah celcius...


Yang hitam-hitam tu bukan rentung...dapur agak gelap. Alhamdulillah, habis diratah oleh adik.

Wednesday, February 8, 2012

:: Masak-masak #3 ~ Kek Coklat & Apam Mekar


Kek Coklat Mummy kali ni jadi dengan sempurna...ha ha ha... So, dah berani ambik tempahan. Utk order sila dail *1234 tekan tekan tak dapat*.


1st trial  Mummy buat Apam Mekar. Opismate bagi resepi...senang giler...giler pun tak senang.hi hi hi... Abes kat semua org Pn Emak jaja Apam Mekar ni.*Malu sudah!!*


2ndly buat Apam Mekar, request by adik yang bawak balik kolej.

** Mummy pun ada buat Kek Gula Hangus tapi tak sempat nak snap gambar. 1st trial gak, jadi cuma gula tak berapa hangus (Pn Emak yg ckp la) tapi tekak Mummy ok jek. ha ha ha...

Wednesday, January 11, 2012

:: Masak-masak #2 ~ Sotong Goreng Tepung

Menu kali ni agak simple sbb request by cik Khaleesa. Ntah angin apa tiba-tiba dia teringin nak makan sotong goreng tepung. Tengah panas-panas tu dia dah ratah. Nasi makan skit jer...xpela, janji makan kan kan kan. 

Nampak crunchy x?

Senang jer nak buat... 
1. Tumbuk halus bawang putih sebiji & kunyit.
2. Telur sebiji 
3. 3-4 sudu tepung
4. Garam
5. Sotong 2-3 besar (pastikan tos kering)

Gaul bahan 1 - 4 sebati. Pastikan jangan cair @ pekat sgt. Masukkan sotong & perap lbh kurang 15 min. Hajat dihati nak wat goreng nestum tap nestum paket kecik takde la plak. Nak guna biskut ping pong, biskut tu abes la plak.he he he
Kalo nak lagi crunchy... leh golek2 lagi kat tepung pastu goreng tenggelam dlm mnyk.

Selamat mencuba!

Thursday, January 5, 2012

:: Masak-masak #1 ~ 2nd trial Chicken Pie

Sebagai pembuka selera tahun 2012 ni Mummy akan update pasal main masak-masak. Kali ni Mummy mulakan dengan Chicken Pie. Ni kira 2nd trial Mummy buat chicken pie. Resepi Mummy google search jer. Follow je instruction, takyah gi kelas ke apa.he he he...

1st trial dulu, Mummy buat ikut sukatan sendiri. Inti pie jadi masin...doh plak jadi keras.
Nama pun 1st trial kan...memang buruk ler rupanya. 

2nd trial lak, kira ok la. Mummy ikut sukatan resepi tap still tak memuaskan hati ni. Doh jadi rapuh sangat pastu memang dugaan skit nak bentuk kat dalam acuan. So, pasni Mummy kena kurangkan butter. Garam plak tak serata sbb buat doh ni tak memerlukan air. Untuk inti lak, memang menjadi la walaupun takde tepung jagung. Mummy guna tepung gandum biasa je. Boleh dijadikan inti untuk popia gak. Mummy tak gunakan garam pun sbb dah masukkan kiub ayam & tambah skit gula.

 Inti chicken pie yg sangat menjadi.

 Dugaan btol utk bentuk kan doh tu...

Siap dibakar... Memang nampak sangat rapuh. So, pasni kena kurangkan butter.


Friday, March 19, 2010

Penangan C.U.T.I


Semalam Mummy dok usha2 blogger...di antara feveret Mummy ialah fiza nordin ..manyak tol resepi yg Mummy follow kat sini...huhu... huishhh! mata Mummy tros dok terpikat kat "Cheese Hamburger" die... adoiii....! x tahan tgk..hubby lak mmg menggalakkan...feveret die la katakan...tros Mummy roger cik puan fiza nordin mntak turunkan ilmu lagi sket...huhu...
Pagi tadi, dlm kul 11 pagi Mummy tros terjah pasar KIPMART Tampoi...nak cari daging fresh la katakan..balik dari pasar, misi "Cheese Hamburger" tros dijalankan...hahahahaaaa...excited ok! hubby lak dok asik mundar mandir ke dapur nak tgk progress.. x sabar la tuh! setelah siap....
inilah jadinye
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tgk la cheese yg mencair tuh...meruntun jiwa!

Meh la Mummy kongsi resepi utk "Cheese Hamburger" nih...
1) 400 gram daging cincang - Mummy guna daging batang pinang, pastu Mummy kisar...
2) 1/2 biji bawang besar - Mummy cincang
3) 1 biji telor
4) Serbuk lada putih - secukup rasa
5) 3 sudu tepung gandum
6) Cheese slice
7) 1/4 cawan air utk steam

Cara nak buat:-
1) Gaul sebati bahan-bahan dari 1-5
2) Kepal2 kemudian sumbat cheese slice...
3) Goreng mcm biase dlm kuantiti mnyak yg sikit...Mummy guna olive oil. 
4) Agak-agak 3/4 masak, masukkan 1/4 air dlm pan kemudian tutup pan utk steam smpi la air kering.

Okla, pada yg nak cuba....bleh je follow resepi kat atas. Tapi, kalo rasa mcm kurang yakin cuba la korang jenguk2 blog fiza nordin. Mummy pun cilok dari blog die...neway fiza nordin, TQ k bagi resepi sedap nih!

Selamat mencuba!