Layan iklan

Showing posts with label movie day. Show all posts
Showing posts with label movie day. Show all posts

Friday, March 9, 2012

:: Movie #3: Adnan Sempit 2

Movie ke 3 di tahun 2012 Mummy masih filem tempatan. Kali ni Mummy layan Adnan Sempit 2. Masih mengekalkan barisan pelakon asal. Tahap lawak blh la... Kelakar part bila si Adnan 'speaking London'. he he he... ada gak part yg boring & tak logik. So far, layan la gak movie ni. Rasanya yang 1st lagi best... pendapat masing-masing, so Mummy bagi 3/5 bintang je...


P/S: Thanx to AWAK yang belanja tu...nanti belanja lagi tau (joking!!). Next will be my treat ye dear...

Friday, December 30, 2011

:: Papa I love You


Mummy rancang nak tgk movie ni esok. Baca review macam best & sedih. Tapi tak tau lagi nak tgk ke tak. Depends on my mood this evening la.

*updated: xde mood nak tgk wyg so rini blh gi shopping. esok pagi tros blk kmpg.he he he...

Tuesday, December 27, 2011

:: Weekend outing

Lunch time! Oppss!! Mummy dah brunch tad pukul 10.30pg. So lunch takyah kluar lagi. Siapkan kerja persiapan utk internal audit esok. Sambil2 tu, update ler blog.heheee...

Macam biase la, Mummy nak cite weekend outing ngan cik Khaleesa. Aktiviti wajib...sian plak kat dia asik terperuk kat umah berangan je kan. Skali skala layankan, lagipun nxt week dia dah masuk pre-school. 1stly, kami layan movie ler dulu. Cik Khaleesa request nak tgk Alvin & the Chipmunks 3. Mmg seawal pagi la Mummy kluar sbb dah booked tiket utk early bird. Murah skit.huhuu...


Pendapat Mummy, Alvin ni agak boring skit. Beratus kali Mummy menguap @ effect dari Mummy tido lambat?? Ntahla, tap Mummy tak bape nak layan sgt. Tak kisahla asalkan cik Khaleesa suka. Dia enjoy sampai berjoget2 masa Alvin & frens tu menyanyi. 

Sempena Christmas Eve, decoration shopping complex mmg cantik. Biasa kalo kat mana2 pun, kat tgh hall akan ada stage cantik. Ada booth jual hadiah. Cik Khaleesa mmg teruja sikit kalo nampak mende2 cantik ni. Terus diajak Mummy ke hall. Nasib baik adik Mummy de ikut, so Mummy leh la cuci2 mata. Tapi mood utk bershopping -0% (gara-gara dah membeli bagasi kat universal traveller) maka Mummy melayan cik Khaleesa je la. 
 Susah btol nak soh bergambar. Dia sengaja buat candid style..

 Style ni 'dipaksa' oleh cik Khaleesa... So terpaksa ikut kalo x kena marah.hahahaa...

 Amacam...de mcm kakak & adik tak? hehehee... Mummy dipaksa bergambar oleh cik Khaleesa.

 Alkisahnya, cik Khaleesa beriya panggil Mummy. Dia ckp, "mami...dalam ni takde air kan.Khaleesa nak masuk dalam blh tak?". Mmg konpem ler Mummy tak bagi. Rupanya dia nmpk ada budak masuk dalam tu. Merajuk la kejap dia...hahahaaa...


 Adik Mummy yang kurus murus selim melim.hahahaaa...

Decoration kat sini yg plg cantik. Mummy de bergambar kat sini tap tak cun.hahahaaa.... takkan nak letak plak kan. Jatuh saham mak! 

Monday, December 5, 2011

:: Movie Day Out with Khaleesa

Lama la gak  tak update entry. Ingatkan nak update pagi tadi tap de sesuatu yg mengganggu mood Mummy. Memang SPOIL la. Ada la makhluk Allah yg tak bape puas ati ngan Mummy. Kata Mummy ni buat cerita tak betul. Tapi takpe, Mummy juz ignore je sbb tak penting pun makhluk tu. Takde sangkut paut pun...sedara pun bukan. Lantak dia la kan kan kan...heheheee....

Last week Mummy layan 2 movie. Rasanya mesti dah blh agak kan kan kan... Mummy layan OMBAK RINDU & PUSS IN BOOTS.

#1 : Ombak Rindu

Movie ni Mummy layan hari pertama tayangan. Nasib dah beli tiket awal sbb masa tayangan tu full house. Ooppss! Mummy bukan la fans maut si Aaron tu. Cuma teruja nak tgk novel hebat ni difilemkan. Kalau baca novel blh menusuk2 hati, nak tau gak cane dlm realiti. So far, not bad. Satu naskah yang patut dibagi pujian tapi sejujurnya ada byk plot2 penting dlm novel tak ditunjukkan. Tangisan Aaron mampu buat Mummy menitiskan airmata. Cam real hokkay! Lagi puas baca novel sebenarnya... Mummy bg 3.5/5 bintang jula juli.heheheee....

#2: Puss in Boots

This movie actually requested by Ms Khaleesa. Every second she update me, when this movie will out. Tergeliat jari-jemari Mummy 'speaking'. hehehee.... Movie sgt kelakar...awal2 je dah tergelak2 ngan si Puss yg poyo abes. Walau macho canepun, tabiat kucing tetap ada. hehehee.... byk fairy tale diselitkan dalam movie ni. Cik Khaleesa sgt enjoy... Antara part yg best masa si Puss ni menari. Siap de pub kucing. Comellllll sgt! Mummy bg 4/5 bintang jula juli sbb menggembirakan Cik Khaleesa.

Weekend xde pape yg menarik..Mummy juz dok rumah. Kemas apa yg patut, tgk tv, masak bubur ayam (cik khaleesa request), basuh baju, lipat baju...haishhh!!! dah membujang pun cam tak rasa bujang.hehehe...

Thursday, November 10, 2011

:: Alamak... Toyol!


Movie update minggu ni: Alamak... Toyol!


Sejak iklan movie ni kuar, Khaleesa asik update je nak tgk...huhuu... So, last Saturday Mummy meluangkan masa layan movie ni. Nak menghappykan cik Khaleesa. Suka btol dia nak gi tgk cite ni.

Sinopsis: copy dari  SINI
Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Ulasan Mummy:
1. Komedi yg ringan & senang diterima akal. Sesuai utk semua lapisan umur.
2. Ada beberapa scene yg mampu buat Mummy gelak sakan. Cik Khaleesa pun gelak kuat sampaikan masa nak keluar panggung, de org ckp "ooo...bdk ni la yg ketawa kuat".
3. Masih ada scene yg agak membosankan...
4. Mummy bg 3/5 bintang.


Tuesday, September 20, 2011

:: Dah lama...

Rasanya macam dah lama... tak tengok WAYANG. heheee... Memandangkan en Suami nak blk weekend ni, Mummy berangan nak ajak dia tgk wayang. Kalo blh nak layan 2 muvee sekaligus.. *tamak!*

Puss in Boots. Khaleesa asik tanye bila muvee nak release...huhuuu...

Bini-biniku Gangster...heheee...de org update 8.5/10 utk muvee ni.

InsyaAllah, kalo sempat kami akan layan 2 muvee ni.

Monday, August 22, 2011

:: Hari minggu yg SUPER sibuk... *pengsan*


Memandangkan last week dah blk kampung, so minggu ni Mummy dok umah je. Layankan si Khaleesa. Lagipun penat gak tiap-tiap minggu asik balik. Kalo en Suami ada ok la gak (sbb die yg drive)...heheheee... Si Khaleesa sibuk ajak tgk wayang cite yg ada 'zirafah'. Memandangkan dah berjanji, maka Jumaat tu Mummy dah siap-siap bli tiket. Suka tgk early bird sbb murah skit. Lagipun bln puasa kan, xyah pk psl mkn. So leh fokus skit.

Movie update: The Zookeeper
Mummy bg 4/5 bintang.hehee...xdela SUPER lawak tap mmg lawak la. Bising wayang ngan gelak org ramai. 
Ulasan: Kisah si Griffin (rasnya la) ni ditgglkan awek sbb die zookeeper. 5 thn lps tu awek die dtg blk. Si Griffin msh de hati kat ex-awek. Dlm masa yg sama binatang kat zoo sume blh brckp. Binatang2 ni sayang gile kat Griffin so dieorg ajar la cara-cara nak tackle ex-awek tu smula. Mmg lawak la...bygkan binatang ajar manusia. Haru biru jadinya....tapi part yg paling best bila gorilla request nak gi TGIF...huwaaaaa....ketawa  besar sume org... Yang plg penting Khaleesa sgt ler happy!

**********************************************************************
Hujung minggu dirumah sbnrnya sangat byk kerja. Kalo weekdays mmg x sempat la nak masak utk berbuka. So, dikesempatan ni Mummy memasak la. Melepaskan gian nak makan air tangan sndri (sebenarnya malas nak gi param). Maklumla MOOD raya sudah terasa, maka rumah kena la kemas walaupun Mummy beraya kat kampung. Mana la tau kan kot2 de kwn2 buat surprise nak dtg...ohohohoooo....tidak!!
Mummy ni plak jarang tido siang walaupun cuti. Pagi ahad yang murni, Mummy mulakan ngan mengemas rumah. Dari depan, ke bilik smpi ler ke dapur. Nasib baik la porch dah siap basuh 2 minggu lps. Buang habuk kat kipas lagi. Mengemop, cuci ruang blkg, lap tingkap....hadoiii! Tapi, Alhamdulillah...buat kerja dibulan puasa x sepenat mana sbb dalam kepala xde pk mknan.heheee....disini ingin ditekankan, Mummy bukan kemas umah semata-mata utk RAYA ye. Mmg aktiviti Mummy 2 minggu sekali. *rajin seh!*

Dah siap mengemas & mengemop, basuh baju & lipat baju. Ni biase la...mmg kerja harian. Baju pun xde la menimbun bagai. 2 @ 3 hari mmg Mummy akan lipat baju. Lagipun dok berdua je kan. 


Baju Mummy xdela menimbun muntah2 camni...kira btol smpai tahap kritikal la. (ala...anak baru sorang, blh la ckp lebih2).heheheeee....

Susun cantik camni la Mummy lipat. Mana baju kerja & kurung, Mummy gantung je. Kalo x watpe bli wardrobe besar gedabak. Tupun mcm nak trmuntah2 bagai.heheee... (gambar sumber dr google ye)






Dah selesai urusan basuh membasuh & lipat melipat...Mummy jahit ready made bead kat baju raya. Ritu join opismate bli manik, Mummy pun dok terjebak gak. Beli ready made je..tggl jahit skit jer....Tapi rupanya leceh teramat gak. Dah terasa nak tanggal balik tap gagahkan juga sbb pk pinggang yg hampir trtanggal, rasa mcm x brbaloi lak nak tanggal blk.huhuuu....Mummy bli 1 meter utk jahit kat lengan. Alhamdulillah, dah jahit kat dua2 belah lengan tap x siap lag. Ingat nak sambung malam tap mjls brbuka pose schedule ngan opis mate, penuh la plak. Camno tuh??? xpe, Mummy akan gagahkan juga....
Sedikit gambaran baju raya Mummy...nant kang x surprise plak kalo tunjuk skang. *cewahhh!*

Memandang MALAS nak gi param, Mummy nak masak je. Rindu nak rasa air tangan sndri. heheee...baru selera skit. Lauk dah de cume stok utk sahur je dah abes...oat Mummy. *diet*
Lps abes tgk wayang, bergegas Mummy ke TESCO yg sekangkang kera ngan umah.heheee...tekak rasa nk mkn ikan msk taucu. Rindu mskan omak mntua den. Beli la sayur skit, telur & ada la lagi barang-barang umah. Bulan pose ni masak simple je, ikan msk taucu, daging msk halia, sayur bayam & terung tumis.. slurrrpppp! tu sume feveret Mummy. 

Tak sangka dah 22 hari berpuasa ekk.... next week en Suami blk.huhuu... bleh plak die buat lawak, "last day B x nak pose la...nanti xde org nak rasa masakan mak"...hahahaaaaaaa.....ntah pape! Tahun ni raya Johor, pastu baru blk Melaka.

p/s: Mummy masih berjaya sahur OAT tanpa gagal... Alhamdulillah

Monday, August 15, 2011

:: Movie Day Out with Khaleesa & En Suami

Agak lama Mummy x update rutin harian kan...huhuu...rini baru berkesempatan sementara tgh kerja x byk. Sebelum tu tahniah pada Gov serve yang msyuk...heheee... 1/2 bulan gaji sapa nak bg kan. Mummy jela yg x merasa bonus.huaaaa...!

Walaupun update ni cite lama tap nak kongsi gaks...x peduli...heheee... Movie Day out antara entry wajib Mummy. Kali ni Mummy nak update 2 Movie. Kali ni en Suami pun ada. Tu yg Khaleesa seronok sgt.

Movie #1: Captain America - The first avenger
Lokasi: Lotus Mahkota Parade Melaka

Dari 5 bintang, Mummy bg 3.5 bintang sbb awal2 cite agak mengantuks. Byk berbual la skit...15 min lps tu baru si hero yg kurus kering ni masuk. Asal Captain America sbnrnye kurus kering jer. Tapi die nak sgt join askar...4 kali gi test, 4 kali la die FAILED sbb kurus, kecik & byk penyakit.sian sgt2... disebabkan semangat die yg nak sgt jadi askar,1 hari sorang prof offer die utk 1 ujikaji. Dari situ la die jadi lelaki yg HEBAT gitu. Berketul-ketul hokkay bdn die...hensem bangat.heheee.... Superhero keluaran Marvel ni lain skit sbb die sangat sangat sangat ler BAIK...pada Mummy ending die sedih. xmo cite byk, korang beli DVD jela ye.

Tgk Captain America tap nak bergambar kat Puss in the Boots...heheee

Movie #2: The Rise of The Planet of The Apes (pe jadah la pnjg sgt tajuk!)
Lokasi: MBO U Mall Taman U, JB

Utk movie ni Mummy bagi 4 bintang. Agak x concentrate sbb Khaleesa soh blikan popcorn la, nak g toilet la... Cite ni sedey tau. Kisah bermula bila sume beruk ditangkap utk buat kajian & dijadikan ubat utk penyakit manusia. Alkisahnya seekor anak beruk dilahirkan & dibela oleh manusia & diajar mcm manusia. Kira beruk ni bijak la sbb ibu die dr baka yg bijak. Lagi la dah disuntik mcm2.huhuuu...tapi bila besar, beruk ni membrontak sbb xnak dianggap binatang.. cite ni mengajar kita berperikemanusiaan. Mmg best cite ni...sedey & sgt surprise bla beruk ni blh berckp... (ala....cgi punye keje kan). Kagum la gaks...heheeee....


Sekian update dr Mummy.