Layan iklan

Showing posts with label weekend. Show all posts
Showing posts with label weekend. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

:: Family Bonding Time

Macam biasa... aktiviti wajib untuk anak-anak. Memandangkan kami dah dok Pasir Gudang, maka weekend kami akan balik Bukit Indah. Sebelum balik, kami layan ler anak-anak outing. Dahla keluar kerja jam 7 pagi , balik 7 malam. Risau anak-anak tak puas ngan kami kan. So weekend memang kena layan dieorang ni. 


Masuk kereta wajib wefie dulu dengan si Ammar dulu. Si Ammar ni memang pantang kalo ajak selfie/wefie, tgh menangis pun boleh senyap ye. he he hee...



Dah lama anak dara ni tak ikut mami ayah outing.. Memandangkan cuti sekolah, mami paksa ikut gak.



Ammar ni anak ayah ye... Even mami amik pun dia akan melalak nak kat ayah. Tapi bila ayahnye takde, nak menempel ngan mami jek. hurmm...



Bila ayah ngan anak berwefie... hu hu huu...




Last belanja wefie mami ayah plak... Tetiba encik suami cakap "sayang, kita dah lama tak tukar picture profile FB.. Jom tukar"... Tapi sebelum tu kena wefie dulu la kan. ha ha haaa... Begitulah kisahnya...


Abang Zahin je yang takde kan?? He he hee... Malam sebelumnya dia jatuh & bibir pecah. Bengkak kembang semangkuk bibirnya. So moody ler sikit. he he hee...


Ok, belanja gambar abang Zahin yang cover bibir bengkak tu. Alhamdulillah... walaupun pecah & bengkak, makan minum masih normal macam biasa. Merengek kejap je masa darah memancut ke luar dari mulut. Disebabkan dah ada pengalaman, kami cepat2 amik ais letak kat tempat luka. InsyaAllah dalam beberapa minit, darah stop. No panic ok!



Ok... next cerita kita sambung nanti ye.






Thursday, November 13, 2014

:: Sabturday Outing

Ok... ni cerita minggu lepas. Kira masih fresh la ek. he he hee...
Tau kan encik suami Mummy dah kena kerja Sabtu, maka masa aktiviti keluarga sangat ler limited. Apa-apa hal kena tunggu ayah anak-anak balik kerja. Nasib baik la setengah hari jek. Ahad plak, kakak dah sekolah. 
Begitu la nasib kami pekerja swasta yang cuti nya tidak selaras dengan kerajaan negeri. huh!
Biasanya kami akan ke tempat yang senang parking, banyak pilihan tempat makan, semua barang keperluan ada & paling penting adalah "SEJUK". kih kih kih... Maka pilihan yang paling disukai oleh kakak adalah AEON MALL. Tak tau la apa yang dia suka sangat. Untuk Mummy & encik suami, kami selesa ke AEON MALL sebab parking murah & selesa untuk anak-anak. 

On the way, selfie dulu dengan budak baru bangun tido ni... Muncung terlebih sudah. he he hee...


Kalau bab makan, kakak memang cerewet... Si adik plak, bagi je la apapun...habis dia makan. Kakak belum rasa dah muncung cakap tak sedap. Tapi bila dah rasa, siap mintak tambah. 

Encik suami memang ada je nak survey2... Tapi buat Mummy makin sayang bila outing, anak-anak semua dia handle. he he hee...

Ini budak bila tanya "kakak nak tak". Jawabnya taknak tapi last-last dia yang habiskan... Ayah selalu bengang dengan ini budak. hu hu huu

Kakak sengaja buli adiknya... Si adik ni plak kalau tak dapat apa yang dia nak, mengamuk hokkay.

Sekian cerita kisah keluarga kecik Mummy nih. Bila la si Zahin nak berjalan. hu hu huu...








Monday, September 3, 2012

:: Salam Merdeka

Fuh! fuh!... Buang habuk jap. he he he...
Salam Merdeka!

Alhamdulillah... 55 tahun sudah kita 'bebas'. Takde sambutan apa-apa pun, juz tgk siaran langsung kat tv jek. Sepanjang cuti 31 Ogos, Mummy dok rumah je sebab makcik dari JB nak datang anak beranak. Mummy memang rapat ngan sepupu semua, lagipun umur kami lebih kurang. 

1 Sept baru la Mummy keluar ngan adik-adik pergi wedding opismate Mummy & open house kawan adik. Berpeluh-peluh la gak Mummy dok pusing-pusing cari rumah kawan. Setengah jam sesat...finally tanye orang. Sampai je, tgk dah takde orang...rupanya majlis abes awal.he he he... dia jemput tak ramai orang sebab ni 2nd wedding. Tapi yang bagusnya dapat la kami berborak kejap... Simple & cantik.

Happy for her happiness... Mummy doakan semoga dia berbahagia kekal dunia & akhirat.

Setel majlis kawan Mummy, bergegas plak ke open house kawan adik. Actually familiy kawan adik ni jiran family Mummy. Memang macam rumah sendiri la kami buat. he he he... ingat nak lepak lama lagi tapi cik Sara dah melalak kepanasan. Masuk je kereta, cik Sara trus senyap sebab dah dapat aircond. Sebelum balik, singgah jap ke pasaraya.. Mama Sara nak beli stock susu & diapers. Mummy dok kat kereta je sebab baby sit cik Sara.

Cik Sara yang tak reti dok senyap...Asik nak kita layan dia je. Otw balik, dia 'pengsan'.he he he...

2 Sept lak, dok umah je...rehat sampai tak tahu nak buat apa. Hari plak panas rentung.

p/s: Takziah kepada en Sayang diatas pemergian pak long awak. Al Fatihah...

Monday, July 9, 2012

:: Oh! My Weekend...

Last minit dapat call kena kerja on weekend. Sabtu memamg Mummy tak available la sebab masa tuh Mummy dah bersiap nak kuar ngan emak. Ada je yang nak dishoppingkan.he he he... Macam biasa, Mummy beli tudung je la. Sampai kena bebel ngan emak tapi dia pun setiap kali keluar pun beli tudung gak.huh! Ni next week emak & ayah Mummy nak pegi umrah, bertambah la koleksi tudung emak. 10 kali pegi umrah, 10 kali la dia borong tudung. Lagipun kat Mekah takde tudung yang menarik...

Yeay! Sara makan kat mamak ok... nasib tak bape nak meragam sangat.

Inila mama sara yang belanja kami makan.

Cik Khaleesa sibuk nak gambar ngan sara.

Ahad, pepagi Mummy dah kuar umah. Berpasir biji mata semata-mata nak gi keje. he he he... weekend jalan clear so takdela sampai lambat kan. Tak banyak kerja cuma check furniture banglo kat Marlborough College. Berpeluh la gak ketiak ni nak kira furniture tu. Nasib baik standard furniture.

Gambaran Marlborough College Nusajaya...

Cik Kak yang kerja di weekend bersama-sama Mummy. Sila jangan percaya ngan muka serius dia sebab dia tak faham pape tgk drawing!

p/s: Jangan jeles sbb dapat claim OT banyak...leh wat topup utk raya!

Tuesday, January 31, 2012

:: Sepetang di Mary Kay

Memandangkan Mummy tak blk kampung minggu ni maka Mummy mencari aktiviti utk mengisi masa terluang. Kali ni opismate ajak Mummy join facial & make-up session with Mary Kay. Saja suka-suka...boring gak memerap kat rumah je.he he he...

Seawal 9.00 pagi Mummy dah keluar rumah sbb nak breakfast dulu. Sessi start pukul 10.00 pagi. Ingatkan yang datang 10 org je rupanya 80 org. Mende FREE mmg ramai yang suka kan kan kan... Mummy berminat pun sbb FREE.

Muka org baru bangun tido.ha ha ha... sememeh ok!

Sessi pertama buat facial... Bagusnya sessi ni sbb consultant ajar teknik-teknik yang betul bagi penjagaan kulit. Biasa kita cuci muka main tenyeh je kan. Teknik yang betul menjadikan kelainan pd kulit & bentuk muka kita. So far skincare Mary Kay ni bagus lebih-lebih lagi masker. Rasa best sgt bila pakai.

Sessi kedua yang ditunggu semua orang ialah make-up.hu hu hu... Mummy nipun bukanla addicted to make-up. Setakat basic utk gi kerja & jalan-jalan, pandai la. Tapi kalo utk formal, mmg keLAUT la... Mummy paling tak suka eye shadow & mascara. Tak pandai pakai...rasa cam ada benda bergayut-gayut kat mata. hi hi hi...
Tadaa... selepas MAKEUPOVER. Terserlah kehodohan & kebodohan Mummy kalo bersolek...ok, takyah tenung lama-lama.

Cik Khaleesa pun nak gak bersolek... kwn Mummy solekkan dia. Bukan main gedik makcik kecik nih. he he he...

Cik Khaleesa yang sudah meragam kelaparan. Geram gak dibuatnya...

Nasib baik tak susah nak cari makanan sbb Mary Kay session kat Pelangi Mall. Nama pun mall, konpem byk cafe. Perut dah keluar lirik meroyan, cik Khaleesa sudah meragam...maka kami terus pilih Cafe Season's.




Yeay! dah happy semula sbb dah dapat makanan.