Layan iklan

Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

:: Ada apa dengan 2012...

Walaupun sibuk tapi masih dapat mencuri masa untuk update serba ringkas sebelum tirai 2012 ditutup. Masih sempat gak Mummy merenung wishlist 2012... tak boleh blah tengok wishlist tersebut.he he hee... Ada yang tercapai, belum tercapai dan terlebih capai.

Sila la refresh WISHLIST 2012 Mummy. tergelak la gak bacanya tapi Alhamdulillah ada yang tercapai. Cuma yang agak mengarut tu memang konpem la tak tercapai kan. Tapi paling Mummy tak jangka, dapat bertemu jodoh yang dikira agak awal la juga. Alhamdulillah, doa Mummy dipermudahkan segala urusan masa menunaikan umrah bulan February ritu di  perkenan Allah. Memang tak pernah minta dipertemukan jodoh awal, tapi Allah dah susun perjalanan hidup Mummy dengan sempurna. Bersyukur sangat-sangat masih ada yang sudi terima diri Mummy seadanya dan dapat bertahan hingga ke tahap ni. Sapa sangka kan. ha ha haa...

Alhamdulillah... Mummy dapat mengharungi 2012 dengan sebaiknya. Terlalu banyak pengajaran & pengalaman hidup. Mak cakap, "tak rasa tak tahu". Dalam pahit-pahit tu ada la gak manisnya...mula-mula manis-manis kelat je tapi skang dah manis-manis belaka. poyo! Paling manis rasanya bila dapat tengok cik Khaleesa membesar depan mata. Dapat tengok dia masuk sekolah... Kembang kempis dada ni tengok dia excited nak pergi sekolah. Tapi 1 jela yang tak tahan, kuat merengek! Kecik besar je tengok dia...ha ha haaa...



Officially... cinta hati Mummy. Oppss! pipi kembang setaman, tapi tu gambar lama daa... (alasan!)

2013! Nice meeting you...

* A few days to go...

Sunday, January 1, 2012

Friday, December 30, 2011

:: Wishlist 2012

Biasa wishlist ni Mummy simpan dalam kepala je. Takde maknanya nak buat kerja menge'list' ni. Tapi kalo takde draft wishlist ni, buat blh buat kita lupa sebenarnya. Lagi satu, tak semua wishlist ni kita akan capai. Maybe ada yg more kepada 'kalo la aku dapat'. ha ha ha...

Merancang wishlist...

Wishlist 2012 Mummy tak banyak mana pun sbb apa yg dihajati, Mummy dah dapat kecuali dot dot dot...
* p/s: Wishlist berikut tidak disusun ikut turutan yg betol. :D

1. Paling utama pada Mummy ialah ingin meningkatkan amal ibadah terutamanya yg SUNAT. Yang WAJIB memang dah kena buat nanti DOSA.

2. Mummy berazam nak berubah menjadi MANUSIA yang lebih BAIK! (sila baca dengan penuh semangat ye).

3. Meningkatkan rasa SABAR & TABAH dalam DIRI SENDIRI.

4. OK, Mummy dah taknak GARANG-GARANG lagi sebab cik Khaleesa dah besar. he he he... InsyaAllah.

5. Of course la Mummy nak jadi THE BEST MOMMY EVER utk cik Khaleesa. 

6. Merancang UNLIMITED VACATION --> kalo tersangat mampu laa...heheee
7. Nak KURUS lagi! Whoaa!! konpem ada yg muntah hijau kuning & seangkatan dengannya bila yg dgr statement tu.ha ha ha...

8. Nak bagi DIDIKAN yang TERBAIK utk cik Khaleesa. WAJIB!

9. Menggembirakan EMAK AYAH & menjadi KAK LONG yg TERBAIK (dah taknak nakal-nakal lagi!)

10. Menjadi PEKERJA yang BAIK & RAJIN.

11. Kurangkan KONTROVERSI tingkatkan PRESTASI. Seriously, part ni memang tak blh nak janji la tapi akan dicuba. ha ha ha

12. Meningkatkan SKILL memasak sebagai persediaan ujibakat MasterChef musim ke-2 (ado ke?). Rasa tak blh blah tgk wishlist ni...
13. Berazam menggagahkan diri untuk menDELETE akaun FACEBOOK sbb dah tak tau nak update apa. (wishlist 2010 yg tak kesampaian).

14. Memantapkan VOKAL tap BUKAN sebagai persediaan utk ujibakat "VOKAL bukan sekadar rupa" ye. (sedor diri!)

15. Start JAN 2012, nak KUMPUL DUIT sbb terasa nak beli AUDI R8 takpun NISSAN LEAF jadilah. Target membeli DEC 2012. Mesti de yg tercekik baca wishlist ni. ha ha ha

16. Nak UPGRADE rumah especially bahagian DAPUR, RUANG TAMU & BED ROOM. Ada ke yang nak sponsor Mummy?

17. Ni WAJIB! Nak GANTI LANGSIR baru sbb udah 3 TAHUN idok berganti. Kalo blh nak jahit sendiri. InsyaAllah...
Nak kaler biru @ turqoise. Buat yg simple2 je sbb tingkap umah Mummy ala-ala sliding door.

** Mungkin wishlist akan bertambah sbb belum plan sepenuhnya ni.

*** Misi mencari TEMAN HIDUP a.k.a DADDY BARU utk cik Khaleesa terpaksa ditunda ke tahun-tahun berikutnya (belum ada target). Bukan apa, takot hilang fokus utk mencapai wishlist kat atas tuh. he he he. My Life is getting better everyday. Pada yg masih tak tahu kisah Mummy blh la Klik--> PENGAKUAN...I'M OFFICIALLY