Layan iklan

Thursday, September 4, 2014

:: Ramadhan & Syawal 2014

Alhamdulillah tahun pertama sambut Ramadhan & Syawal dengan si kecik Zahin... Ayah la paling excited sebab ada geng kali ni. Suka dia dapat sedondon ngan anak bujangnya. Shopping baju raya anak-anak pun lain macam. Macam kena rasuk gittew... Sekali sekala katanya. 

Sepanjang Ramadhan tahun ni, tak banyak dugaan melanda... Perjalanan hidup kami sekeluarga lancar. Pasang surut tu perkara biasa. Tahun ni punya persiapan memang kami cuba untuk berjimat cermat sebaik mungkin. Dah taknak beli berbotol-botol kuih raya. Tempah pun untuk makan sendiri je. Kami juga berjaya tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadhan. Balik kerja masak atau makan kedai je. Rasanya lagi jimat & selamat. he he he....belajar dari ramadhan tahun lepas.


Once of selfie complication.... he he hee... OTW majlis berbuka puasa company Mummy.


On my birthday which falls on Ramadhan... only at warung je ok. Tak kisah asalkan Mummy happy & bahagia. Hadiah dah dapat awal-awal ye... tq suami! sayang awak ketat-ketat. he he he


Hero-hero Mummy... Ayah memang suka amik gambar camtu. Ntah apa yang nak di covernya kan. Si bujang kecik memang tak reti dok senyap, ada je nak dicapainya. Paling tak suka kalo orang gomol-gomol dia.

 Proud to my baby girl yang completed her fasting for 2nd year. Gigih dia bangun sahur & hari-hari tengok kalendar sambil tanya "mami, raya bape hb?"... he he hee... Excited waiting her reward.


4 of us during Syawal 2014... Bukan senang nak amik 1 family. Quick snap by pak mentua sebab guest dah start datang... So far ni la yang terbaik.he he hee...


Ayah dah macam YB hokkay... songkok si kecik last minit jumpa. Nasib dia nak pakai sampai ke petang.


Turn Mummy yang gojes ngan anak-anak yang comel... he he hee...


It's a miracle time bila dapat wefie ngan husband... that day, he makes me crying a lot. seriously! 


Yeay! another quick snap during Syawal 2014... Tak banyak koleksi raya tahun ni. Yang penuh gambar anak-anak dalam phone. 

Kakak Khaleesa during Syawal 2014... Suka dia dapat kumpul duit raya banyak. Ada hati nak beli handphone... maaf lah duhai anak, Mummy simpan untuk masa depan.




Penghujung Syawal 2014, dapat la snap another family picture during in law open house.. Paling best dapat la buat reunion kecil-kecilan dengan schoolmate. Unexpected event gitu... 

p/s: What a quick type for this entry... Phew!!!


:: Ada Apa Dengan Jun 2014

Ada apa dengan Jun 2014????
Nak tahu kenapa??? Sebab last update Mummy bulan May yang lalu... 4 bulan blog terbiar begitu saja. Bukan terbiar tanpa diusik ye. Masih lagi aktif jenguk-jenguk blog ni & blogwalking, cuma takde berkesempatan nak update. Memang tak sempat nak update, banyak kerja & kadang-kadang ada je hal kan. 

Dugaan terbesar bila zahin & Mummy berkampung di hospital 7 hari 6 malam. Zahin high fever & lung infection detected. Kusut la gak... memang dah tak fikir kerja opis. Balik rumah pun cuma mandi & tukar baju je. Nasib baik hospital dekat dengan rumah. Sedih tengok baby kena sedut kahak, neb & whatever la... Skang nipun, baby demam memang cepat-cepat kami take action. Majlis akikah zahin pun Mummy takde sebab jaga dia kat hospital. Nak cancel, semua persiapan dah buat.hu hu hu...



How glad seeing both ni sehat walafiat... nampak macam chubby tapi sebenarnya zahin dah susut skit masa ni.he he hee...


Anak dara sorang yang semakin menawan gittew...ha ha haaa... semakin tinggi & tak lama dah macam kakak adik gittew. So fussy bab melawa, tapi perangai merajuk tak pernah berubah.

Satu perangai kakak khaleesa yang Mummy tak berkenan, ajak selfie macam tu la jadinya. So tensen ok... ha ha haa....

Ni sorang lagi... bila selfie muka serius je. Dah macam ayah...poyo je lebih...

Apa lagi ea Mummy buat bulan Jun.... yang pasti sebelum puasa, Mummy paksa ayah beli siap baju raya. 

Sunday, May 11, 2014

:: Cuti pendek...

Pendek la sangat kan... kalau ikutkan encik suami ada trip memancing ke Kedah 1 Mei. Sekali geng yang lain nak bawak family, maka saat-saat akhir encik suami ajak sekali. Mula-mula bengang sebab sangat "last minute". Banyak kena fikir...he he hee...Pertama kena booking hotel. Trip encik suami 1 mlm je, so balance cuti dia soh fikir nak pergi mana. Dia ajak ke Langkawi tapi Mummy fikir mana cukup 1 malam kat Langkawi.he he hee...paham-paham je la ye. So Langkawi maybe next time. Then kami fikir nak pergi Padang Besar je tapi ada kawan-kawan ckp barang dah mahal skang kat sana. Lagi la kalo outsider kan, memang harga kasi pancung la. Last decision, Mummy cakap kat encik suami otw balik JB singgah Cameron. So takdelah jauh sangat nak turun balik JB dah separuh jalan kan.

Nasib baik la 1 Mei tu Khamis, so kakak ponteng sekolah ahad je la (johor kan cuti jumaat sabtu). Mummy ngan encik suami yang apply cuti. Rabu malam kami dah gerak ke Kedah. Konvoi 3 kereta. Ada gak geng yang dah awal sehari ke Kedah. Kami budget masa 12jam nak ke Kedah. So pukul 10 mlm kami dah gerak. Sebelum gerak tu sebenarnya Mummy baru sempat packing. Banyak kerja kat office so takleh nak skip bagai. Memang penat & pening nak packing. Fizikal & mental kena kuat.ha ha ahaa... Tapi biasala, kata nak gerak pukul 10 mlm tap 11 lbh gak kami gerak. Perut kena kasi isi dulu...lapo... Walaupun gerak lambat, tapi kami sampai kul 8.30pg. Nak kata bawak laju, tak juga...nak kata tak berhenti kat RnR, kami lepak lama kat RnR Sg Perak. Maybe kenderaan on the road tak banyak.

Good boy yang tido je sepanjang menuju ke Kedah. Bangun kejap sebab nak susu je laaa... Alhamdulillah, Zahin so behave.

Inila hotel yang Mummy stay. Ok la tapi food agak kureng. 

Paling tak best, sepanjang kat Kedah...Mummy demam. cian kan.hu hu huu... Nasib baik awal-awal dah standby ubat. Memang Mummy takde kemana...dok bilik, makan & jalan-jalan sekitar hotel jek. Nasib baik ada bowling.hi hi hi... enjoy ngan wife geng encik suami. Kakak tu semua memang sempoi. Riuh rendah ngan suara dieorang skali anak-anak.

Lunch 3 beranak je...ayah ketiduran dibilik. Kepenatan baru turun laut tanpa bawa hasil.kih kih kih...

Last day group pic session... ada lagi beberapa orang tapi depa tak join lepak hotel. Maklum la kampung kat Kedah.

Paling sadis, nak ke Cameron mata Mummy lak wat hal..merah padam biji mata pastu penuh ngan taik mata. Encik suami cakap bukan sakit mata, panas dalam katanya. Spoil kan.hu hu hu... Ini adalah kali pertama gi cameron.. Genting dah biasa...so perasaan agak teruja tapi....bila sampai atas agak hampa. Environment so bad... sayang tempat yang cantik jadi camtu. Rasanya paling selesa area Tanah Rata. Mummy amik hotel area Brinchang sebab dekat nak pi pasar malamnya kan. Gatal tangan nak abiskan duit. ha ha haa... Alhamdulillah setel bershopping. Kakak mcm biasa la, agak-agak tak dapat apa yg dia nak mula la tarik muka. So far ada la yang dia dapat.

Seawal pagi, lepas breakfast kami terus check out. Sebab nak enjoy around Cameron kan. Tempat pertama kami pergi ladang teh... ada kawan ckp, singgah cameron jangan lupa enjoy the tea. ha ha ha... secawan tea je rm6. Takpe, minum sambil enjoy the view. Abaikan harga...





Cuaca agak panas...so sweater bawak for nothing.

Next, kami melawat strawberry farm... Kakak paling seronok sebab dapat petik sendiri. Sempat la kami borong strawberry utk kawan-kawan. Ada yang awal-awal dah bagi duit. Makan sambil cicah coklat...sedap! 

Tengokla tangan kakak yang sama sibuk..

Berlakon je lebih...sejuk yang tak berapa sejuk. he he hee

Last pit stop on the way balik JB... Dalam kereta dah pening, so encik suami berhenti rehat kat air terjun Lata Iskandar. Anak-anak je yang enjoy, Mummy tengah pening lalat.hi hi hi...

Alhamdulillah... seronok berjalan ngan family. Tahun lepas pegi penang, zahin dalam perut Mummy... Tahun ni zahin dah 4 bulan. InsyaAllah, ada rezki lebih cuti sekolah nak jalan-jalan lagi.

To: Sis Joe Johana, thanks jenguk kita kat hotel. Kalau tak demam, kita dah ajak awak pusing Sg Petani. Nice chatting ngan awak. Sian azim boring...nanti kalau kita datang Langkawi (tolong la doakan kita sampai), kita jumpa lagi. Encik suami pun cakap tak sangka awak datang.