Layan iklan

Tuesday, October 16, 2012

:: Lagu #27 ~ Wanita

Dedicated to Puan Emak & semua wanita-wanita kat dunia nih...

RINDU SANGAT KAT MAK!


p/s: Lagi sebulan lebih mak ayah nak balik...hu hu hu...

Monday, October 15, 2012

:: Masak-masak #11 ~ Baked beef macaroni & cheese

Selamat pagi... hurmmm...lebih kurang seminggu Mummy tak update blog. Lama betul penyakit 'M' melanda diri ni. Harini, Mummy cuba gagahkan diri melawan penyakit 'M' tu. Kalo ikutkan banyak nak update tapi nanti-nanti la kot. Takde masa nak berfikir ngan rasional.

Weekend biasala activity main masak-masak ngan adik-adik. Bila mak ayah takde, seriously rindu sangat ngan air tangan mak. Memandangkan oven dah dihantar ke kampung, maka segala aktivity bakar-membakar hanya dibuat weekend saja. Mood rajin datang maka terhasil lah Baked Beef Macaroni & Cheese. Dah lama tak buat sampai lupa bahan-bahan. Biasa Mummy guna ayam, so kali ni Mummy cuba guna daging plak. Not bad la gak... paling best, masa dok masak tu ada orang kat sebelah salin resepi.he he he... dah macam chef Joe lak.


Bahan-bahan:
Bawang besar cincang halus
Daging / ayam 400g
Tomato puri... Mummy guna yang kecik je.
Cendawan butang... Mummy guna cap ayam brand (dijamin halal)
Macaroni
Lada benggala sebiji (potong dadu)
Saderi (potong dadu)
Oregano
Sedikit garam
Kiub daging / ayam
Mozarella cheese
Minyak zaitun / jagung

Cara-cara:
1. Rebus macaroni sehingga masak. Kuantiti ikut sesedap rasa ye.
2. Masukkan 2 sudu minyak & tumis bawang. Naik bau, masukkan ayam/ daging.
3. Bila sudah separuh masak, curahkan tomato puri. gaul sekata. Kemudian masukkan 1 kiub daging / ayam.
4. Kemudian masukkan lada benggala & saderi. gaul sebati kemudian masukkan cendawan butang yang dihiris halus.
5. Masukkan garam secukup rasa & oregano secukup rasa.
6. Hampir kering, masukkan macaroni & gaul sebati. Pastikan macaroni tu ditos betul-betul.
7. Dah kering, tutup api & biarkan sejuk.

Sos krim:
Susu full cream 450ml. 1 sudu mentega & 1 sudu tepung gandum

Cara-cara:
Panaskan periuk kemudian cairkan mentega. Bila sudah cair, masukkan tepung & gaul sekata. Kemudian masukkan susu. Kacau perlahan sehingga pekat. 

Bakar:
Masukkan macaroni beef ke dalam loyang. Mampatkan kemudian layerkan ngan krim sos. Kemudian layerkan lagi ngan macaroni beef, mampatkan & layerkan ngan krim sos. Mummy biasa buat 3 layer je. Sampai layer yg ke 3, lepas siram ngan krim sos Mummy letak mozarella cheese as topping. Kemudian bakar pd suhu 170 api atas bawah selama 30min. Kemudian suhu 170 api bawah saja selama 20min.


Ni plak projek adik  Mummy... Mummy tau makan jek. sedap!!!

p/s: Camne nak DIET nih???? hu hu hu


Monday, October 8, 2012

:: Isteri sentiasa dara...


Di pagi Isnin yang blues ni, Mummy nak share tips dari kawan Mummy yang sudi sharing the secret of her 15th marriage. Mummy tgk pun dia & family sentiasa happy & bahagia. 

To Cik Kak Azie, Happy 15th Anniversary yer laling... Glamer u!
TQ for the tips...he he he

Petua isteri sentiasa dara dari Dr Fatimah Az-Zahra
                                             
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

 
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

 
Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk kebahagiaan rumahtangga.



Maksud Surah Al-Waqiah ayat 35 - 38 :

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (semuanya itu disediakan) bagi puak kanan




p/s: Azie, u jgn marah i tau...this entry special dedicated for u.