Layan iklan

Thursday, June 16, 2016

:: Penangan GO SHOP

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...heh!

Saja nak bagitau, mami & encik suami adalah umat yang cukup susah nak beli stuff yang selalu keluar iklan. Pada kami beli sendiri dapat pegang dan harga lagi murah. Itu la kami... Cuma kami sangat addicted dengan LAZADA, ZALORA... Selalu je encik suami print screen soh mami belikan. Biasa memang mami yang akan belikan sebab guna alamat opis mami.

Nak jadikan cerita, puasa hari ke 7 disubuh hari sesudah sahur... Laki bini dok layan tv sebab nak tunggu subuh terus. Dok alih tukar channel, tertengok la GO SHOP. he he hee... Jarang encik suami nak tengok channel tu tapi subuh tu dia sangat khusyuk. Rupanya GO SHOP dok cerita pasal kain pelikat cap gajah duduk. Terus dia cakap "Boleh beli ni sayang...murah je rm99 dapat 3 helai siap free sejadah kecik lagi.cepat call nanti abes". Si bini dok tenung je si laki. ha ha haa... "Takyah la sayang... esok lusa boleh beli.online pun boleh.Isnin nanti la saya belikan ea". Encik suami jawab, "beli 2 set tau sayang". 

Maka isnin lepas, masuk opis... terus masuk website GO SHOP dan cari kain pelikat idaman hati encik suami. Orang cakap nape tak beli je kat MYDIN.. Dik, selai je yang gred bagus pun dah rm80 ke atas. Baik beli kat GO SHOP je, rm99 untuk 3 helai. 

Memandangkang 1st time berbelanja di GO SHOP... maka, kena ikut steps ye. Nak beli, WAJIB register as member dulu. Kalau tak, tak boleh beli... NO! kihkihkih... Selesai register, boleh la log in guna username & password yang kita dah create. Tapi.... Kena save dulu alamat penghantaran dan SAVE. Penting ye... Then setel semua, cart la apa yang diidamkan. Pembayaran plak... boleh pilih samaada nak credit/debit, transfer intranet atau COD (cash on delivery). Biasa mak mami COD ok! Mami lagi selesa guna maybank2u. Senang & mudah... Penghantaran mengambil masa 2-5 hari bekerja. Tapi jangan risau, 2 hari je barang dah sampai.

Tadaa... barang dah sampai. Ada la 4-5 orang dok tanya. So, 1 kotak mami dah buka sebab nak bagi orang tengok. 

Tudia... kain pelikat encik suami. Kain sejuk, ringan tapi jatuh dan sangat lembut. Memang puas hati dengan kualitinya. Mami amik 2 set sebab sehelai nak buat samping untuk hero-hero raya nanti. 


Those nak tengok full kain pelikat ni boleh la tengok kat website http://www.goshop.com.my/ . Mami nak letak gambar encik suami pakai kang, takut ada yang muntah hijau. So baik korang tengok abang fahrin yang pakai. Nama pun murah kan, takde pilihan corak ye. 3 helai tu memang dah dalam 1 set ye. Kaler purple blue, black & white dan black grey. Takpe, klik je kat website tengok sendiri. 

SELAMAT BERSHOPPING!




Wednesday, June 15, 2016

:: Kisah sebuah tabung...


Cantik kan tabung ni??? he he heee... Sebenarnya ni adalah tabung kakak. Makciknya bagi 1 set, tabung besar, sedang & kecik. Ini adalah tabung kecik... mami amik buat harta. ha ha haa... Tapi mami nak bagi tau, ni bukan tabung kosong semata. **Tolong jangan request nak tengok isi tabung. huh!!!

Baru-baru ni viral pasal menabung kumpul duit rm5 & rm20. Ok, cara menabung tu dah mami amalkan dari tahun lepas. Last year, mami dengan gigihnya kumpul rm20 (duit kertas kuning). Memula buat senyap-senyap jek sebab segan ngan en suami. Dia selalu gelak... kadang-kadang perli "mami banyak duit". Kebetulan masa tu dah plan nak bawak anak-anak pi holiday. Hotel memang dah booking awal. So memang takde masalah cuma masa nak pegi tu kami belum gaji (lagi 1-2 hari nak gaji). Dengan bangganya mami cakap, "takpe guna je duit tabung saya". he he hee... Alhamdulillah lepas la duit minyak, toll & makan minum sepanjang perjalanan kami. Masa tu baru 3-4 bulan menabung. Memang tak banyak mana pun tapi alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni start dari awal Januari, mami & friends start kumpul rm5 (duit warna hijau). Maka bermula la episode mengumpul rm5. Siap berebut ngan kawan lagi. Tabung kat atas tu la tempat rm5 dok bertapa. Dah sebulan tak mengira. Alhamdulillah, buat masa ni masih tak bercuit lagi la. Kalau tercuit, mami akan ganti double. Bukan taknak kumpul rm20....cuma takut jiwa tak berapa nak kental. kihkih...

Selain dok kumpul rm5, mami main kutu diri sendiri gak... Dulu selalu gak main kutu ngan kawan-kawan. Sampai masa turn kita dapat, seronok la kan. Tapi kali ni mami fikir, main kutu sendiri plak. Biasa main ngan kwn-kwn rm50 atau rm100, tapi sebab ngan diri sendiri maka mami lebihkan tapi pastikan fixed figure ye. Bagi duit kutu ni, mami memang pasang target nak beli apa. Bulan 5 ritu mami dah rasmikan duit kutu sebab beli hadiah birthday encik suami. Tahun ni dia request jam tangan (siap bgtau nak jenama apa & spec). Alhamdulillah, target memang tercapai. Ni skang dah start balik main kutu untuk capai target hadiah birthday kakak plak. Lepas tu pasang target bayar roadtax insuran kereta mami plak. he he heee...

Pesanan penaja, nak menabung ni jiwa raga mental fizikal kena kuat ye. Istiqomah... Puasa atau diet nafsu tu atau buat tabung lebih sikit. Tanamkan kat dalam kepala & hati "BIAR LAMBAT ASAL DAPAT". he he heee... Lagi satu tips dari mami, kadang-kadang suami kita akan soh belikan sumthing thru online kan. Mesti dia akan ckp "guna duit sayang dulu, nanti balik saya bayar cash". Cara mami, bila dapat cash... 50%-70% dari jumlah tu, mami akan masuk dlm tabung. Lagi la bulan puasa ni kan, bulan paling sesuai untuk menabung. Biar jumlah tu sikit tapi berkat amalan menabung, sikit-sikit lama-lama jadi banyak. 

So, camne plak cara korang menabung???

Tuesday, June 14, 2016

:: Cheque from NUFFNANG


Eleh! orang lain dah berpuluh kali claim ngan NUFFNANG, mami baru nak update.. hahahahaa...
Ok, sebenarnya sepanjang on off berblog... ini la pertama kali mami claim ngan NUFFNANG. Walaupun figure tu tak banyak mana pun, tapi tak sangka mami dapat claim semua. Bayangkan hasil dari 2009-2016. Dah la mami jarang update blog. Kadang-kadang sampai ada yang tanya nape lama x update blog. Masa! Masa takde...

Mami start berblog ni pada November 2009... Awalnya berblog masa tu sebab nak buat biz kononnya. Mami jual kain pasang & skincare secara online. Biasala, memula memang semangat ok. ha ha haa... Lelama, jadi blog personal plak. Memang tetiap malam mami akan blogwalking baca blog orang. Seronok dapat kawan baru.... Seronok orang baca & komen update terbaru. Sampai kan mami jadi kawan ngan salah sorang blogger yang x berapa nak blogger sangat sebab dia dah "malas" update blog. ha ha haa... Last2 friend kat facebook je. 

Masuk 2010, mami dah aktif skit la... Rajin yang amat update blog. ha ha haa... ada masa terluang, memang mami akan update. Biasa cerita pasal anak & family la. Kadang-kadang share lagu-lagu feveret mami. Cuma 1 je, mami jarang luah perasaan. Antara tahun dugaan... hu hu huu... tapi sejujurnya memang mami takkan jadikan blog ni as medium show my sadness. huahuahuaaa....

Masuk 2011, mami makin rancak. Cuma mami banyak update pasal worklife. Ini juga tahun dugaan terbesar mami. Hujung tahun 2011, mami buat pengumuman perpisahan dengan ex husband. Memang ramai yang terkejut & speechless. Rata-rata memang tak dapat agak apa yang mami alami sebab semua update dari mami juz happy life. Ala... hidup tetap kena teruskan kan kan kan... Tapi mami ok jek. he he ehee...

2012 adalah tahun bahagia untuk mami... Enjoy single life... dapat mengerjakan umrah dengan khaleesa. Tak memasal doa semoga dapat bertemu jodoh yang baik (mak paksa ok!). Sebenarnya tak fikir sangat pun tapi faham la kan orang tua risau. ha ha haaa... Balik umrah ada orang ajak dating. huh! Ramai geng blogger kepohchi nak tau siapa kah gerangan yang dapat curi hati mami. Setahun la gak mami berjaya rahsiakan gerangan wajah encik suami masa tu.

Tahun 2013, yeay!!! Kahwin... lagi. Masa ni dah start slow update sebab mami dah focus banyak perkara. Kerja & family. Khaleesa pun dah start masuk sekolah masa ni. Until this year, mami update on off. Bila rajin & ada masa.... mami akan update.

Kesimpulan, sebelum NUFFNANG tarik balik duit yang dah sedia ada... maka mami claim je la semua. Habis cerita.. heheheee... rezeki nak raya ni walaupun ciput.