Layan iklan

Monday, February 16, 2015

:: Breastfeeding ketika hamil...

Salaam Isnin... dan masih lagi update tiada gambar. hi hi hii... tapi insyaAllah next entri Mummy tepek gambar yep.

Untuk pengetahuan semua, Mummy antara ibu yang dapat fully breastfeeding Khaleesa selama 9 bulan & Zahin selama 6 bulan. Tiada rahsia tiada petua dalam menghasilkan susu yang banyak sebab apa yang makan seharian, tu la yang bantu membanyakkan susu Mummy. Cuma masuk bulan puasa, Mummy kurang produce susu. Maklum la puasa kan tapi Mummy tetap gigih pam juga. Waktu pam Mummy memang dah set 2 kali sehari, selepas subuh & selepas balik kerja. Sebelum puasa sehari Mummy dapat pam 20-25 oz & Mummy jadikan 5oz setiap pack (baby boy memang kuat susu). Bila puasa Mummy cuma mampu pam 10-15 oz sahaja. Tapi tetap syukur sekurangnya masih ada rezeki Zahin. Bila Zahin masuk 8 bulan, susu makin kurang maka Mummy start bagi FM. Macam biasa, bila nak pilih FM memang Mummy akan mulakan dengan susu yang paling 'mahal'. Mummy akan mintak sample susu dari doktor. Tapi dalam banyak-banyak susu, cuma Dugro je la yang dia nak. hu hu huuu... Sama juga macam kakaknya dulu. Kakak masuk 9 bulan, Mummy terpaksa stopkan susu badan sebab ada masalah kesihatan. Sedih masa tu sebab susu sedang melimpah-ruah. 

Zahin menginjak 10 bulan, Mummy mengandung lagi. he he hee... rezeki Allah nak bagi kan. Dia masih lagi menyusu badan, tupun dapat masa lepas balik kerja la. Sebelum Mummy tahu yang diri ni mengandung, badan memang sentiasa letih. Kaki sakit sebab banyak tempat Mummy gi kan (urusan kerja). So bila dapat tahu je, Mummy tanya gak kawan-kawan pasal breastfeeding & search serba sedikit info dari blog. Ada yang tak menggalakkan sekiranya Mummy meneruskan & ada juga menggalakkan kerana tidak mengganggu janin sekiranya pemakanan si ibu terkawal & mencukupi. Pendapat kawan Mummy yang juga jururawat kerajaan, tidak salah asalkan tidak memudaratkan tetapi bila kandungan menginjak 6 bulan...penyusuan harus diberhentikan. Ini untuk mengelak si ibu bersalin awal. Pengecutan rahim boleh menyebabkan risiko tinggi kelahiran bayi pra matang. Doktor juga tidak menggalakkan Mummy meneruskan kerana komitmen kerja yang tidak mengizinkan.

Kandungan Mummy sudah masuk bulan ke 5, susu badan juga sudah makin kering. Tapi Zahin masih lagi mencari cuma buat tidur je la.he he hee... Agaknya kalau takde, tak boleh tidur kot. Masalah yang Mummy hadapi, bila Zahin hisap akan rasa sakit. Mungkin Mummy dalam proses untuk penghasilan kolostrom untuk bekalan si adik plak. he he heee... memandai kan.

Tips dari Mummy sekiranya hamil tapi masih menyusu:
- Pastikan makan berkhasiat secukupnya. Lebihkan sayuran dan jangan skip sistem pemakanan harian. Maksudnya sarapan, lunch & dinner sila jangan skip. No DIET ye!
- Lebihkan air suam. Kalau boleh amalkan susu. Tapi Mummy bila mengandung ni kurang minum air suam & tidak minum susu. Mungkin ni la penyebab susu makin kering???? hurmmm...
- Pastikan rehat yang secukupnya. Ni penting sebab bila badan penat, selera makan akan berkurangan. Sangat tak bagus untuk baby dalam perut.
- Dapatkan nasihat doktor seawal mungkin.
- Sekiranya ianya memudaratkan badan, SILA la STOP. 

Ok, tu la pendapat Mummy. Terpulang pada individu samada setuju atau tidak dengan pendapat Mummy ni. Walau apapun sila rujuk pada yang pakar. Lagipun apa yang Mummy buat ni adalah hasil dari rujukan doktor Mummy sendiri.

InsyaAllah next entri kita cerita pasal supplement & sistem pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung yang TIDAK minum susu.



Friday, February 13, 2015

:: Alahan...

Salaam Jumaat

Alhamdulillah... masih dalam lindungan Allah diberi kesihatan yang sihat walaupun tidak la sesempurna mana. Beberapa hari ni kepala Mummy kusut mencari idea untuk update my humble blog. Nak cerita aktiviti harian, takut orang bosan kan. he he hee...

Ok, harini kita cerita pasal ALAHAN. Kalau mengandung anak sulung tak boleh nak explain sangat pasal alahan ni. Rata-rata ibu baru akan refer a few of blogger update about their pregnancy. Sebenarnya setiap pengalaman itu adalah berlainan bagi setiap ibu. Tetapi tak salah untuk kita jadikan rujukan kan. Sekurangnya kita tahu dan kongsi pengalaman, manala tahu simptom itu adalah sama kan. Boleh la jadikan rujukan.

Bila dah masuk no 3 ni, terus terang Mummy katakan semuanya berlainan pembawakannya. he he hee...

Paling teruk masa mengandungkan Khaleesa. Bangun tidur memang berlari ke toilet, kat opis lembik semacam. Balik kerja sambung lagi berlari ke toilet. Biasa la anak 1st mesti la nak yang terbaik kan. Siap standby susu anmum tapi bila telan konpem keluar balik. Akhirnya doktor nasihat stop susu. Orang cakap trimester pertama je la kita akan alami alahan teruk camtu tapi tidak untuk Mummy. Alahan tu berlanjutan sampai cukup 9 bulan. hu hu hu... Tapi bila jalan-jalan shopping, sihat walafiat... Keluar dari pagi sampai malam pun boleh bertahan gitu. Muka masa tu memang memgerutu penuh jerawat sampai emak Mummy cakap "Long, muka xcantik ntah-ntah anak lelaki x?". he he hee... tapi finally baby girl yang keluar. Paling best berat naik 17kg. ha ha ha aa... tapi habis pantang Mummy dapat loss 20kg. hurmmm....

Selepas 7 tahun, Mummy mengandung anak no 2. Betapa gembira hati ni hanya Allah yang tahu. Khaleesa happy sangat bakal dapat adik macam kawan-kawan dia yang lain. Encik suami paling terharu (maklum la anak sulung dia kan). he he hee... Masa ni memang macam-macam dah kat kepala dok fikir. Sebab pertama, Mummy tak sanggup nak menghadapi alahan teruk masa Khaleesa dulu. Tapi Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Zahin, semuanya dipermudahkan cuma masih tidak boleh telan susu. MC pun boleh dikira la... Trimester pertama tu biasala cuma takdelah muntah teruk. Mengandung Zahin adalah paling banyak kali gi berjalan. Mungkin sebab tu la Zahin sangat tak betah dok rumah. ha ha haaa... Keadaan struktur kulit biasa-biasa je & takdela glowing sesangat kan. Pemakanan cuma nak yang kering-kering jek. Awal hamil, Mummy cuma selera ngan ikan pekasam @ ikan kering. Memang kena marah sebab tak bagus kan tapi dah itu je yang Mummy selera. Kalau makan luar, memang western je la. Paling Mummy tak boleh telan yang masam-masam. Seawal 4 bulan dh tau baby boy.... hebat kan dunia sekarang. ha aha... Total berat naik masa Zahin hanya 9kg.

Now, no 3.... pun tak sama juga. Tidak seteruk Khaleesa & tidak semudah Zahin. Mula-mula macam ok tapi lepas tu simptom-simptom alahan semakin menonjol. Salah satu mungkin Mummy selalu penat. Menguruskan rumahtangga, kakak yang sekolah & mengadap Zahin yang sedang bertatih-tatih. Bila badan penat, Mummy kerap demam & muntah. Masih juga tidak boleh minum susu & makanan masam. Muka & badan naik jerawat kecik-kecik. Mummy pun jadi malas nak bersolek bagai sampai encik suami cakap Mummy selekeh. ha ha haaa... Paling ketara Mummy agak pemarah. huh! Pemakanan masih sama macam Zahin tapi western tak berapa selera. Mummy suka telan lauk kampung. Walaupun kandungan sedang menginjak ke bulan 5, simptom alahan masih ada. Pagi masih muntah angin (biasa lps gosok gigi ler). Badan ni rasa malas je nak keluar berjalan. Lebih selesa duk rumah tapi alhamdulillah masih ada kudrat untuk memasak. Orang keliling masih berteka teki jantina baby sebab struktur perut ada yang ckp girl & ada yang cakap boy. Mummy dah tau jantina tapi next month double konpem & encik suami tak puas hati sebab dia tak dapat join last check up. Berat badan baru naik 3kg hasil tolak tambah...he he heee...

Persamaan ketiga-tiga anak Mummy adalah bentuk perut yang agak comel. he he ehee... Sampaikan encik suami cakap "kenapa perut awak tak besar mcm orang mengandung yang lain". hahaha... dia ngeri tengok perut-perut mak orang bila ikut Mummy gi check up. Adoi! nak wat cane.... dah perut kecik camni. Silap pandang memang ramai orang ingat Mummy gemuk sebenarnya. Alhamdulillah, Mummy tak banyak melabur kat pregnancy wearing sebab Mummy pakai je baju biasa. Semua muat-muat je. Salah satu makanan yang Mummy kena pantang yang bercengkerang contoh kerang. Kalau silap makan, boleh diarrhea teruk Mummy. hu hu huu

Walau apapun, Mummy takkan sesekali rasa serik nak mengandung lagi. Seronok sebab setiap anak, Mummy rasa macam pertama kali mengandung. Encik suami pun sabar je kan layan karenah isterinya ni kan.

Ok, next kita cerita lagi pasal pregnancy ni. Tengah fikir tajuk seterusnya.... hurmm...

p/s: Al Fatihah buat TGNA & Hasbullah Awang... Walaupun tidak kenal rapat tapi pemergian mereka sangat dirasai. Terasa dekat sangat dengan hati ni.

Tuesday, February 10, 2015

:: Alhamdulillah rezeki Allah...

Alhamdulillah... kali ni Mummy nak kongsi berita gembira. Rezeki Allah nak bagi jangan ditolak lagipun ini yang diharap-harap kan. he he hee...


Khaleesa & Zahin nak dapat adik lagi... yeay!!! he he hee...
InsyaAllah raya tahun ni kami beraya berlima gitu. Masin mulut kami ok masa amik gambar raya tahun lepas. hi hi hii...

Macam biasa la, lepas deliver Zahin... pusingan haid Mummy memang tak konsisten. Lepas Zahin 6 bulan, baru la period Mummy konsisten gitu. Masa dah delay 5 hari, Mummy agak konfiden yang Mummy pregnant tapi masa tu tak bagitau encik suami lagi sebab taknak la dia mengharap sangat. So, sebelum kejut kakak untuk bersiap ke sekolah Mummy cepat-cepat check upt. Berdebar-debar ler sangat kan... bila tengok positive, Mummy macam tak percaya gak masa tu. So, Mummy simpan dulu taknak bagitau encik suami. Dah snap awal-awal gambar ok... So sampai je opis, Mummy whatsapp encik suami... Soklan encik suami "betul ke sayang???". Tengok, dia pun macam tak percaya kan. he he he... Encik suami memang happy gila sebab dia mmg nak sangat anak ramai kan. Pandai jaga takpe la kan.

Alhamdulillah skang ni dah nak masuk 5 bulan & gender baby pun dah tau. Kejap je kan... Tapi pregnant kali ni agak emosi sikit sebab badan banyak penat. Maklum la Zahin baru nak belajar jalan. Kerja rumah banyak nak setel. Macam biasa, perut agak kecik & ramai yang ingat baru 3 bulan. Badan jela naik semacam kan. Tapi berat turun naik gak sebab penat. kot.....hi hi hiii...

InsyaAllah, due raya pertama tapi macam biasa Mummy akan request 2 minggu awal.. So far baby sihat & sangat aktif.

p/s: Tahun depan kena rehat dulu...he he hee...