Layan iklan

Wednesday, February 13, 2013

:: Masak-masak #12 ~ Seri Muka

Agak lama Mummy tak update hal perihal masak-memasak ni. Biasa masak lauk simple-simple je untuk Encik suami. Tapi sejak diisytiharkan 'jangan masak malam' lagi, tangan ni gatal je nak buat something. Sebenarnya saja je nak rasmikan steam cooker yang office Mummy bagi. Kali ni tangan gatal nak buat kuih Seri Muka. Dah ada pengukus, senang je nak buat...resepi macam biasa la google search je. Kira 1st trial la ni buat kuih tradisional, lagipun Encik suami suka makan kuih. he he he...




Cara-cara:
Beras pulut 2 cawan direndam selama 3 jam.
Santan cair 2 cawan digaul sekali dengan garam secukup rasa. 
* Mummy guna setengah kotak santan instant.
Kukus beras pulut selama 40 minit. Kemudian masukkan santan. Pastikan santan paras pulut. Kukus lagi selama 30 minit. Selepas masak, tekan pulut sehingga mampat.

Untuk topping atas, kisar halus 2 cawan santan pekat (1 stgh kotak), 1 cawan tepung, 3/4 cawan gula, 1 biji telur, garam secukup rasa, daun pandan, pewarna hijau sikit...Mummy ada tambah sikit pandan flavour. Then tapis bahan yang dikisar & curah atas pulut yang dah dimampatkan. Kukus selama 40 minit. Angakt penutup setiap 10 minit untuk buang air wap. Dah masak, sejukkan & boleh ngap ngap.he he he...

Sekian...

* Bersiap sedia nak buat lepat ubi plak lepas ni.

Thursday, February 7, 2013

:: Kurang kasih sayang...

Lately Mummy rasa cam kurang curah kasih sayang...hu hu hu... Siapa? 


Ni la budaknya... ha ha ha... kadang-kadang marah dia tanpa sebab tapi Mummy lagi selalu marah sebab dia tak dengar cakap. Sebelum kahwin, kami share 'boyfriend' tapi skang diaorang share Mummy lak. Maybe cik Khaleesa jealous dah ada orang baru kat rumah. Dalam masa yang sama, dia sayang gak encik suami. Tido malam pun nak kena bertepuk dodoi bagai. Dulu takde plak... Hurmm... Mummy je la kot yang rasa macam kurang bagi kasih sayang. Apa-apa pun Mummy kena adil bagi kasih sayang.he he he...

* Ni kalau encik suami baca entri ni, konpem kena gelak.ha ha ha...

Tuesday, February 5, 2013

:: Movie #20 ~ Hensel and Gretel, Witch Hunters

Movie pertama di 2013... Hensel & Gretel: Witch Hunters.
Sabtu lepas, Mummy sempat la dating ngan Encik Suami di Kota Tinggi. Sebenarnya juz teman dia pegi cari orang tapi Mummy ajak dia tengok wayang. Dah lama tak layan sama-sama. Kebetulan cik Khaleesa ikut adik ke sambutan Maulidur Rasul.he he he... Lagipun movie ni kategori 18 ke atas. Konpem ah cik Khaleesa tak leh masuk.

Mummy memang tertunggu-tunggu cerita ni sejak tertengok trailernya tahun lepas. Memang excited ajak Encik Suami... dia ikut je. Rasanya last kiteorang tengok wayang awal December 2012.

Sapa tak tahu kisah dongeng hensel & gretel kan... Dongeng berasal dari Jerman & terkenal seluruh dunia. Kisah adik beradik yang kena tinggal ngan parents kat hutan then sesat sampai la diaorang ke rumah ahli sihir. Best part, rumah ahli sihir tu daripada coklat & gula-gula.

Sinopsis: Dalam Hensel & Gretel, Witch Hunters ni plak... diaorang dah besar. Kali ni mereka dah jadi hero menentang ahli sihir. Akhirnya diaorang ni dapat la kes kehilangan kanak-kanak kat kampung lama. Selidik & siasat, rupanya semua kanak-kanak tu diculik ketua ahli sihir hitam yang jahat. Dok kumpul semua budak tu sebab nak amik darah buat ramuan untuk portion kalis api. Hensel & Gretel ni takde super power pun tapi diaorang ni super berani & yang pelik ahli sihir takleh bunuh Hensel & Gretel. Rupanya, mak Hensel & Gretel ni ahli sihir putih (yang baik la). Ending cerita semua boleh agak la kan...hero mesti menang punya. ha ha haa...

Komen: Movie ni boleh la dikategorikan good starting untuk Mummy di tahun 2013. Dari awal sampai abis memang tak bosan tapi takde klimaks yang buat Mummy kagum. Bab bunuh-membunuh memang real lah...ala, nak bunuh 'setan' mana boleh ada belas kesian kan. Sekali pijak terus hancur. Paling kesian si Hensel sebab muda-muda dah de penyakit kencing manis. Masa kecik, ahli sihir bagi dia makan choc & candies too much.he he hee...

Rating: Mummy bagi 4/5 bintang sebab tak bosan & Gretel yang cantik!

* Dok fikir-fikir gak sapa si Gretel ni... Owh! rupa-rupanya heroin dalam Prince of Persia. Dia memang cantik...Mummy cuma kenal 'eagle eye' a.k.a Hensel.