Layan iklan

Thursday, January 3, 2013

:: B2B #14 ~ Fitting!

Sangat last minit baru dapat gi fitting... Itupun terpaksa curi masa waktu kerja sikit. Lagipun baju dah pilih cuma kali ni untuk final la. Next week dah boleh ambil baju & final fitting. Mana la tau kot-kot terbesar kan... kah kah kah... perasan!

Nasib baik Encik Tunang memberi kerjasama yang sangat baik (cewah!)... Sengih je la dia sebab tokey bridal cakap dia dah kurus. huh! Untuk majlis rumah Mummy dah abis diskas. So far semuanya berjalan lancar. Nampaknya tokey bridal faham apa yang Mummy nak.he he he... Lepas abes majlis rumah Mummy, baru diskas untuk majlis bertandang. 

#teaser... full after the events ye... tunggu!


* Saspen tak??

Wednesday, January 2, 2013

:: Hari pertama sekolah...

Akhirnya sampai juga tarikh yang sangat ditunggu-tunggu cik Khaleesa... Yeay! 1st day cik Khaleesa at pre-school. Memang Mummy soh dia tido awal sebab takut tak sempat nak hantar. Lagipun untuk bulan Januari ni Mummy hantar & ambil dia. Bulan depan baru start naik van sekolah. Alhamdulillah, seawal 6 pagi dia dah bangun. Excited la katakan... Mummy soh dia mandi dan siapkan dia dulu. Kalo ikutkan mata Mummy nipun berpasir tapi takpe la kan. Masuk kelas 7.30 pagi dan seawal 7 pagi Mummy dah siap. Bukan apa, takut takde parking. Maklum la 1st day school. Konpem ramai parents yang dok menunggu. Lagi la student untuk tahun 1 ramai. Mummy hantar cik Khaleesa terus ke kelas sebab assembly dia hari isnin je. Risau gak dia menangis ke apa tapi syukur dia relax je. Dah biasa kena tinggal ngan Mummy kan. 

Semangat nak ke sekolah...

Cik Khaleesa kena beratur belakang sebab dia antara yang tertinggi.he he he...

Paling 'ajaib', Mummy sampai opis seawal 8 pagi! ha ha ha... So sempat la breakfast dan siapkan kerja. Pukul 11.20 pagi Mummy bergegas keluar sebab nak amik cik Khaleesa hantar ke taska plak. Nasib baik sekolah dekat ngan tempat kerja, rumah & taska. Macam-macam cik Khaleesa cite pasal sekolah baru. Best katanya sebab ramai kawan. Ok, Mummy happy dengar dia suka sekolah. Risau juga sebab takut dia taknak sekolah. Maklum la, kena bangun awal la katakan...

*Rini terpaksa curi masa untuk gi fitting... letihnya!

Tuesday, January 1, 2013

:: Ada apa dengan 2012...

Walaupun sibuk tapi masih dapat mencuri masa untuk update serba ringkas sebelum tirai 2012 ditutup. Masih sempat gak Mummy merenung wishlist 2012... tak boleh blah tengok wishlist tersebut.he he hee... Ada yang tercapai, belum tercapai dan terlebih capai.

Sila la refresh WISHLIST 2012 Mummy. tergelak la gak bacanya tapi Alhamdulillah ada yang tercapai. Cuma yang agak mengarut tu memang konpem la tak tercapai kan. Tapi paling Mummy tak jangka, dapat bertemu jodoh yang dikira agak awal la juga. Alhamdulillah, doa Mummy dipermudahkan segala urusan masa menunaikan umrah bulan February ritu di  perkenan Allah. Memang tak pernah minta dipertemukan jodoh awal, tapi Allah dah susun perjalanan hidup Mummy dengan sempurna. Bersyukur sangat-sangat masih ada yang sudi terima diri Mummy seadanya dan dapat bertahan hingga ke tahap ni. Sapa sangka kan. ha ha haa...

Alhamdulillah... Mummy dapat mengharungi 2012 dengan sebaiknya. Terlalu banyak pengajaran & pengalaman hidup. Mak cakap, "tak rasa tak tahu". Dalam pahit-pahit tu ada la gak manisnya...mula-mula manis-manis kelat je tapi skang dah manis-manis belaka. poyo! Paling manis rasanya bila dapat tengok cik Khaleesa membesar depan mata. Dapat tengok dia masuk sekolah... Kembang kempis dada ni tengok dia excited nak pergi sekolah. Tapi 1 jela yang tak tahan, kuat merengek! Kecik besar je tengok dia...ha ha haaa...



Officially... cinta hati Mummy. Oppss! pipi kembang setaman, tapi tu gambar lama daa... (alasan!)

2013! Nice meeting you...

* A few days to go...