Layan iklan

Monday, October 22, 2012

:: Konvokesyen & Ihtifal 2012

Alhamdulillah, cik Khaleesa dah pun selamat konvo semalam...so sayang, pasni dah boleh cari kerja yer.he he he... Bersyukur sangat sebab Mummy masih bernafas & diberi peluang tengok cik Khaleesa konvo diusia 5 tahun. Paling best dapat tengok cik Khaleesa perform. Maklumlah, biasa tengok dia praktis sorang-sorang kat rumah. Kali ni baru dapat tengok live gituh. Tiba-tiba rasa terharu sangat tengok semua budak-budak tuh. Yerla, Mummy datang berdua je kan...hu hu hu... Kagum tengok parents student semua dah macam nak gi kenduri kahwin ok. Mummy jela yang simple bagai. Ingatkan dah abis cantik rupanya ada lagi yang voger de bassss! 

Kat depan dewan besar SMK BBU...complete ngan baju rasmi tadika.

Am impressed tengok student 5 & 6 tahun dapat baca doa, solat perfectly (for their age la...) Yang pelik, cik Khaleesa ni bila soh baca kat umah asik bg alasan lupa jek. Tapi bila dia main sorang-sorang boleh plak baca ngan lancar. Bila Mummy soh ulang, tiba-tiba ckp 'lupa la mami'. huh! Anggap jela dia malu. So far, cik Khaleesa dah tau baca doa makan (semua budak tau kot), doa iftitah, al fatihah... bab solat plak, Mummy tengok tunggang tonggek dia ikut rukun yang betul la. So next year wajib hantar mengaji plak. 

Cik Khaleesa bucuk-bucuk nipun dapat 1st prize tulisan rumi cantik. he he he... Tapi bab baca membaca dia failed.ha ha ha... sapa yang patut disalahkan??? Mummy la sebab malas ajar. aiyokk!



Cik Khaleesa buat 2 performance... yang ni 1st performance dia. Nyanyi lagu sudirman...hari-hari dia nyanyi lagu tu kat rumah. Mummy pun tak ingat apa tajuknya.he he he.. Sebelum perform siap pesan "mami duk depan tau".


Last performance tadika cik Khaleesa... Melenggang lenggang dia kat atas pentas. Mummy ada gak rakam tapi tak sempat nak download lagi. Pun hari-hari dia praktis kat rumah...tiap-tiap malam ok. Sila bayangkan la kalo dah tiap-tiap malam dia praktis...sakit mata. ha ha ha... Nasib baik la turn performance tadika cik Khaleesa yg ke-3. Dapat la Mummy cabut awal.


Ok, abes majlis trus Mummy balik...hujan lebat gila! Tupun main redah je sebab adik-adik Mummy dah tunggu kat AEON Bukit Indah. Basah kuyup kami...santai-santai makan kat KFC (menu diet!).

PEACE!

Friday, October 19, 2012

:: Genap setahun...

19/10/2012... Genap setahun Mummy menyinglekan diri(btol ke ayat??) & masih bersendirian tap "not available". he he he... Mummy ckp gak kat adik-adik ritu, "next week setahun la aku jadi janda". Adik-adik leh jawab "bestu ko nak celebrate ke?". ha ha ha... tak senonoh ok adik-adikku ini.

Alhamdulillah sepanjang hidup sendirian ni, takde la banyak dugaan yang melanda diri ini. cewah!! Belum ada perempuan yang bergelar isteri orang dok nak serang-serang Mummy sebab ayah dah pesan "jangan cari suami orang". Lagipun Mummy faham macam mana rasanya. Walau canepun, masih ada gak gangguan yang pada Mummy tak rasional langsung.

Terus terang Mummy katakan, after divorce Mummy agak lost la gak. Bukan sebab takde orang lelaki kat sebelah cuma tak tahu kat mana nak start dulu. 2 minggu la gak Mummy blur...datang kerja tapi tak buat kerja. Depan family & kawan-kawan, Mummy paksa senyum sampai ke telinga. Saja taknak bagi dieorang risau. Orang takkan faham selagi tak rasa apa yang Mummy rasa. Sakit tu hanya Allah yang tahu. Masa tu terlalu fikir pandangan masyarakat pada Mummy. Serius stress ok. Badan susut mendadak walaupun tak pernah miss makan. Sampai skang, masih ada lagi yang tak tahu Mummy ni single. Ada gak yang tanye "mana suami ko?". Malas nak panjang cite, Mummy juz jawab "Kerja KL skang. Jarang balik". Bukan taknak ngaku, malas nak bercerita sebab penyebab yang panjang lebar. Dan yang paling menyakitkan hati, ada gak yang tahu status Mummy tapi masih bertanya "Suami tak ikut?". Itu dengki namanya.he he he... Takpe la, mende dah lepas pun kan... Buat apa nak dikenang-kenang.hik hik hik...

Lepas sebulan, Mummy semakin ok & tenang. Tak pernah ada niat nak cari pengganti sebab serik. Pada Mummy biarlah jodoh tu datang sendiri. Bukan senang nak cari pengganti ni. Mummy nak biarlah jodoh tu terima anak Mummy seadanya sebelum terima Mummy. Mummy akui, seronok sangat hidup sendiri...ada anak kat sisi yang sentiasa menggembirakan hati Mummy. Cuma kalo datang manjanya, menyampah la gak.he he he... Tapi bila datang sakit pening, masa tu memang fikir "bestnya kalo ada suami". (Dah jumpa pun calon yang sesuai & doakan kami kekal dunia akhirat.)

Hidup lagi bertambah tenang lepas balik umrah. Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada utk Mummy & khaleesa. Bersyukur sangat adanya family yang sentiasa bagi sokongan. Mereka adalah tulang belakang Mummy. Tak pernah rasa menyesal dengan apa yang terjadi kerana Mummy yakin Allah sudah ada 'plan' utk kita. Mummy juga tak pernah rasa berpisah adalah keputusan yang terbaik tapi Mummy dah puas berusaha utk memperbetulkan keadaan cuma belum ada keizinan dariNya. So, Mummy redha kalo itu yang tertulis utk takdir Mummy. 

Terima kasih juga untuk 'awak' & family yang terima saya & khaleesa seadanya. Really appreciated! I love your wonderful family very much... Honestly, It's a new experience to me. Thanks being my good buddy, boyfie, fiancee & best 'ayah' for khaleesa. Love You sincerely! (next time leh cite cane kami berkenalan ye...)

Mummy mohon pada Allah semoga sentiasa permudahkan hidup ini supaya lebih sempurna. Berikan Mummy imam terbaik supaya dapat membimbing keluarga hingga ke Jannah bersama-sama.
AMIN!

p/s: Jarang betul Mummy update entry without picture.hu hu hu...

Wednesday, October 17, 2012

:: Alkisah cik khaleesa & kutu...

Ngerinya dengar tajuk cerita harini...hikhik... Mummy pun tak brape ingat bila kejadian ngeri ni mula terjadi. Yang pasti masa tu Mummy & family on the way ke majlis kahwin. Tiba-tiba adik Mummy jerit "Long, khaleesa ni banyak kutu!". Masa tu rasa cam nak meletup kepala ni. Dah macam-macam fikir dalam kepala otak ni. Macam mana nak solve masalah ni. ha ha ha...gelabah tu! Maklumla... 1st time alami situasi ni. Emak & Ayah soh bli shampoo & sikat kutu. Memang bersemangat waja Mummy dok menyampoo cik khaleesa. Hari-hari dok belek rambut dia cari kutu & telur. Serius! Mummy geli gila tengok binatang yang byk kaki ni. Urghhh!!!!!!

Berkat kerajinan Mummy, Alhamdulillah cik Khaleesa dah clear dari serangan kutu... Tapi, setelah beberapa bulan Mummy rehat dari aktiviti mencari kutu....Mummy tengok cik Khaleesa dok terkeruk-keruk lagi kepala. Bila guna sikat kutu, semua anak branak kutu melekat. Haishhh!!! masalah lagi. Risau sangat sebab possibility Mummy pun akan berjangkit gak kan. So far, Alhamdulillah la takde. Mummy tanye la gak kat teacher tadika, ada ke budak berkutu... Rupanya cik Khaleesa jangkit dari kawan dia. Maka bermula la balik aktiviti menjejak kutu. Tiap-tiap hari Mummy akan update kepala cik Khaleesa. Ada orang suka aktiviti cari mencari ni tapi Mummy penat. Banyak lagi kerja penting yang Mummy nak buat. Dah macam orang tak cukup rehat Mummy dibuatnya. 

"Seorang ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya"
Setelah puas berfikir baik buruk & bincang secara mendalam, maka Mummy buat keputusan potong je la rambut cik Khaleesa. Lagipun cik Khaleesa dah masuk sekolah tahun depan. Bukan senang nak pujuk cik Khaleesa berambut pendek. Pada dia "tak cantik" kalo rambut pendek. Part pujuk memujuk memang kena drama la skit. Alhamdulillah, akhirnya dia setuju. Maka semalam lepas balik kerja, Mummy terus bawak dia gi potong. Kena buat cepat takot dia berubah fikiran lak. Fuh! lega Mummy tengok dia happy ngan rambut baru. Lepas gunting, cik Khaleesa ckp "mami, nnati kalo dah takde kutu baru khaleesa boleh rambut panjang kan?". he he he... 

Sayang jangan risau ok... Awak tetap nampak cantik walaupun dah berambut pendek. Bertambah comel tau!

p/s: Pagi tadi cik Khaleesa nangis kat taska sebab kawan-kawan dia ejek rambut pendek...terus ckp nak rambut panjang semula. Ala, kejap je tu. Petang nanti elok la dia... hi hi hi