Layan iklan

Thursday, September 6, 2012

:: Masak-masak #10 : Kari Ikan Merah

Pertama kali dalam hidup ni Mummy masak kari ikan merah. Macam biasa, sumber resepi haruslah hasil dari google search. So far semua hasil google search adalah sama je. Rasa je lain-lain kot.he he he... Cuma Mummy ambil basic je la pastu sampai rumah edit-edit skit ikut version Mummy. Ikutkan nak buat kepala ikan tapi takde plak. Yang tinggal cuma part ekor & isi.

Bahan-bahan:
- 2 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, 2 lada kecik (dikisar kering)
- Santan kotak.
- Asam jawa
- Halba campur
- 1 biji bawang besar, 2 biji bawang puting & 1 biji lada kecik (Mayam halus)
- Daun kari (4 tangkai)
- Terung/ bendi/ tomato
- 2 paket kari ikan
- 2 cawan air
- kayu manis campur
- Garam secukup rasa
- Minyak masak
- Ikan merah

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sampai matang
2. Tumis bahan yang dikisar kering.
3. Naik bau, terus masukkan bahan yang dimayam halus, daun kari, halba campur & kayu manis campur.
4. 1/3 dari santan kotak Mummy masukkan dalam mangkuk & campurkan 2 sudu air & 1 sudu asam jawa instant. Gaul sekali kemudian campurkan 1 stgh paket serbuk kari ikan. Gaul rata... (tujuan campur skali supaya ikan tak berbau & wangi).
5. Masukkan campuran kari & santan dalam tumisan... dan tumis sehingga pecah minyak dengan api yang kecik. (kena selalu kacau sebab takut hangus la plak).
6. Kemudian masukkan 2 cawan air, ikan & terung/bendi/tomato. (Mummy suka terung & tomato).
7. Mummy tutup kuali/periuk sehingga menggelegak. (Api yang kecik ye)
8. Masukkan 2/3 santan kotak & garam secukup rasa. Biarkan selama 10 minit...kalao suka pekat, lamakan skit dalam 15-20 minit.
9. PALING PENTING! agak-agak dah masak...sila lah panggil sapa-sapa utk rasa tahap kemasinan @ ketawaran kuah kari yer... he he he...

Sekian cara-cara orang yang pertama kali masak kari ikan merah... Selamat mencuba!

Monday, September 3, 2012

:: Movie #15 ~ The Expendables 2

2 minggu lepas tengok tapi baru berkesempatan nak update... Maklumla, orang sedang bersenang-lenang cuti raya...Mummy dah start kerja. Tapi biasala, opis mmg takde orang. So Mummy pun bersenang-lenang la gak. Nasib baik ada orang baik hati temankan Mummy. Lepas window shopping, kami tgk showtime movie. 

The Expendables 2
 Inilah movie yang ditunggu-tunggu en Sayang saya...

Bagi penggemar filem aksi, ini mungkin adalah pilihan yang terbaik. Tapi sila jangan mengharapkan hero yang hensem dalam expendables 2 ni yer sebab hero hensem sorang je. Tupun mati awal.ha ha ha... Walaupun semuanya barisan otai, expendables 2 ni tidakla mengecewakan sangat. Memang full of action. Membunuh memang takde teragak-agak punya. Tembak terus. Kalo ikutkan banyak plot yang tak bape nak logik tapi layankan je. Yang pasti movie ni enjoy laa... Muka serius tapi ada masa buat lawak. Memang menjadi la... yang paling penting, Mummy tak tido ye.ha ha ha...

Rating Mummy: 4/5 bintang

:: Salam Merdeka

Fuh! fuh!... Buang habuk jap. he he he...
Salam Merdeka!

Alhamdulillah... 55 tahun sudah kita 'bebas'. Takde sambutan apa-apa pun, juz tgk siaran langsung kat tv jek. Sepanjang cuti 31 Ogos, Mummy dok rumah je sebab makcik dari JB nak datang anak beranak. Mummy memang rapat ngan sepupu semua, lagipun umur kami lebih kurang. 

1 Sept baru la Mummy keluar ngan adik-adik pergi wedding opismate Mummy & open house kawan adik. Berpeluh-peluh la gak Mummy dok pusing-pusing cari rumah kawan. Setengah jam sesat...finally tanye orang. Sampai je, tgk dah takde orang...rupanya majlis abes awal.he he he... dia jemput tak ramai orang sebab ni 2nd wedding. Tapi yang bagusnya dapat la kami berborak kejap... Simple & cantik.

Happy for her happiness... Mummy doakan semoga dia berbahagia kekal dunia & akhirat.

Setel majlis kawan Mummy, bergegas plak ke open house kawan adik. Actually familiy kawan adik ni jiran family Mummy. Memang macam rumah sendiri la kami buat. he he he... ingat nak lepak lama lagi tapi cik Sara dah melalak kepanasan. Masuk je kereta, cik Sara trus senyap sebab dah dapat aircond. Sebelum balik, singgah jap ke pasaraya.. Mama Sara nak beli stock susu & diapers. Mummy dok kat kereta je sebab baby sit cik Sara.

Cik Sara yang tak reti dok senyap...Asik nak kita layan dia je. Otw balik, dia 'pengsan'.he he he...

2 Sept lak, dok umah je...rehat sampai tak tahu nak buat apa. Hari plak panas rentung.

p/s: Takziah kepada en Sayang diatas pemergian pak long awak. Al Fatihah...