Layan iklan

Thursday, August 23, 2012

:: Hada Labo again!



Sebelum cuti raya, Mummy tengok kat page Hada Labo Malaysia announce akan buka booth kat Giant Plenting dari 16 Aug - 31 Aug. Dalam hati memang dah berangan nak serbu sebab face wash & lotion Mummy dah nak abis. Kebetulan Jumaat lepas Mummy pergi ke sana, maka terusla memborong. Kali ni Mummy amik 2 set whitening face wash & lotion. Mummy punya 1 set je... yang 1 lagi cik abang punya. Pun dah terjebak guna Hada Labo. he he he... Mummy amik skali make-up remover & seriusly Mummy dah jatuh cinta sama itu make-up remover. Cik abang plak amik UV lotion. Maklumla keje kat tempat panas kan... Memang great diskaun la gak. Kalo purchase rm100, dapat tolak voucher rm20. So kalo purchase rm200, dapat tolak voucher rm40. So far ni adalah best produk yang Mummy pernah guna.

Sesiapa yang rasa nak cuba Hada Labo ni & berada kat JB, sila lah pegi ke booth Hada Labo kat Giant Plenting sebelah guardian. Sampai 31 Aug je yer...

:: My Closet



Alhamdulillah, tercapai juga hasrat Mummy pakai baju kurung sepanjang Ramadhan tanpa gagal. Rasa macam hari raya lak bila hari-hari Mummy pakai baju kurung ke opis. Itupun tak dapat pakai semua...maklum la, koleksi terlalu banyak tapi sebenarnya banyak yang tak muat. he he he... Biasanya dalam seminggu, 2 hari je Mummy pakai baju kurung gi kerja. Hari lain lebih selesa kasual je. Senang nak merayap sebenarnya. Tu yang berhajat sangat nak pakai baju kurung sepanjang Ramadhan. InsyaAllah, niat tu akan diteruskan untuk tahun depan & tahun-tahun seterusnya... AMIN!

p/s: Tension bila ada baju feveret yang dah tak muat lagi!

Thursday, August 16, 2012

:: Cik Khaleesa dah cuti...

Yeay! Cik Khaleesa dah start cuti sekolah. Memandangkan Mummy malas nak pusing-pusing antar ke taska, baik Mummy bawak gi keje. Tahun lepas minggu terakhir Mummy bawak dia ke opis selama seminggu. Dia memang suka ikut Mummy. Semua kakak-kakak kat opis ni dia kenal.he he he... kakak la sangat. Aunty ye!

Tahun ni cik Khaleesa update Mummy bila nak bawak dia ke opis. So, sebelum cuti raya Mummy bawak la dia ke opis. Lagipun dia skang dah behave sikit.


Muka orang tak puasa. Dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki serta beg serba serbi pinkish... Anak dara Mummy dah besar.


Bz masukkan pepper dalam bubur dia untuk breakfast.

p/s: Esok last day nak shopping pastu dok rumah je sampai raya.