Layan iklan

Tuesday, August 7, 2012

:: Lagu #24 ~ Pelangi Senja

Pelangi Senja by Stacy... Mummy lebih suka Stacy bawa genre balada camni. Best sangat...penghayatan yang bagus dari Stacy.


Ku bermimpi
Engkau Kembali
Wajah tenang kau berkata,
Sayang, aku cinta

Namun kita takkan bersama,
Dikau pergi takkan kembali
Sesal...Ku kecewa...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Ku terjaga
Dari mimpi lena,
Sedar pipi dibasahi,
Tangisku sendiri...

Merintih perasaan ini,
Tiada kata mampu diungkap...
Tiada yang mengerti...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Wahai...sang pelangi indah,
Muncul seketika...
Sayang tak ku lihat,
Kini tiada...

Jika mampu ku kembali,
Mengulangi masa...
Pasti ku tunaikan,
Permintaan terakhir...

Kini hanya, tinggal kenangan,
Hanya waktu menentukan,
Kita kan bersama...


Monday, August 6, 2012

:: Hakmilik peribadi...

Lepas waktu rehat tadi, Mummy telah dikejutkan dengan sesuatu.hehehee... Ada orang yg baik hati email me something. Maybe dia salah sorang yang selalu baca blog Mummy kot. OMG! Someone was took my personal collection without permission. Apakah??? Some of my friends ada advise sue je orang tu. So far the details about that girl Mummy dah amik. Tinggal nak amik tindakan je. Nasib baik ada kawan yang kerjanya lawyer. Memang konpem Mummy boleh saman. Lagipun apa yang dia amik tu terang-terang from my blog. Semua kata-kata berunsur fitnah dari that girl sebelum nipun ada kawan Mummy dah print screen. Terlalu banyak yang that girl suarakan dengan lantang tanpa fikir maruah orang. Pada Mummy itu adalah fitnah. Mummy cuba menclearkan semua permasalahan ni secara peribadi sebelum ni tapi takde sebarang reaction from the other side. Ex hub ada memohon maaf tapi dia taknak bertanggungjawab. Rasanya Mummy takde menabur fitnah sepanjang berblogging ni tapi kadang-kadang manusia ni tak pernah faham. Nak malukan orang memang mudah tapi kesannya tu....bercakap tak pernah nak fikir baik buruk. Rasanya dah sampai masa Mummy amik tindakan secara professional.


Nampak x yang Mummy columnkan tu? Terang-terang ok it came from my blog... sila abaikan pic orangnya. Nak amik boleh, tapi sila la minta kebenaran. (yes! he is my ex hub)... so boleh la fikir sapa yang cilok kan.


:: Movie #14 ~ Step Up Revolution

Last Friday, lepas teman orang shopping baju raya (katanya laa)... kami layan Step Up Revolution. Terus amik midnite sebab nak sahur sekali. Tapi sebelum masuk cinema, Mummy amik a big cup of coffe kat McD sebab cik abang dah warning "awak jangan tido lagi ye sayang". Ouchh!! ha ha ha... Alkisahnya masa tengok Total Recall, Mummy tertido...bukan sebab cite tu tak best, Mummy kepenatan.hu hu hu...


Sinopsis:
Filem keempat "Step Up" yang telah menjadi hit di seluruh dunia kini membawa tarian yang berlatar belakangkan suasana meriah Miami! Emily, seorang anak ahli perniagaan yang kaya, tiba di Miami dengan impian untuk menjadi seorang penari profesional, tetapi tidak lama kemudian jatuh cinta dengan Sean, seorang lelaki muda yang mengetuai krew tarian dalam sebuah kumpulan 'flash mob'.

Kumpulan yang digelar sebagai MOB sedang berusaha untuk memenangi pertandingan bagi bagi mendapatkan peluang penajaan besar, namun bapa Emily mengancam untuk memajukan kawasan perumahan MOB dan menyingkirkan beribu-ribu orang dari kawasan perumahan tersebut.

Emily harus bersatu dengan Sean dan MOB untuk menghidupkan persembahan mob mereka sebagai bentuk bantahan, dan pada masa yang sama terpaksa mengorbankan impian mereka untuk berjuang bagi tujuan yang lebih besar.

Mummy rasa ni la flash mob terbaik... Cik abang suka masa opening...


Info: Heroin "Katryn McCormick" merupakan top 10 dalam SYTYCD season 6. Hero "Ryan Guzman" plak model and did material arts. Step Up Revolution merupakan 1st movie dieorang.

Pada Mummy SUR memang best gila... takde rasa mengantuk langsung. Rasa macam nak join dieorang ni menari. Semua flash mob memang terbaik ah. 


Rating Mummy: 4.5/5 bintang
Rating cik abang : 5/5 bintang (1st time dia meratingkan movie yang kami tgk)