Layan iklan

Thursday, July 19, 2012

:: Lagu #21 ~ Babak Cinta

Babak Cinta by Tengku Adil
OST Bukan Bidadari...


Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada

Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya

Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat

Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...

Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka

Ooohhh... oohhhh.... Oohhhh... oohhh...

Wednesday, July 18, 2012

:: B2B #4 ~ Kad kahwin...

Okla... kali ni berangan pilih kad kahwin plak. Kat kepala ni kalo boleh nak yang simple jek. Takyah nak beriya sangat "awak tu bukan muda lagi" (hati yang cakap tu)... Lagi bagus kalo yang murah-murah je tapi.........kena la cantik. WAJIB! ha ha ha... Zaman yang serba canggih ni dah macam-macam design ada. Tinggal tunjuk pastu bayar... Amboi! banyak cantik, ingat senang camtu jek ke. he he he... Banyak mende kita kena fikir sebelum konpemkan kad kahwin. Dalam list kena masukkan budget utk sekeping kad kahwin, bape keping yang nak ditempah, pilih design yang berkenan & bolehla tawar menawar harga...

Mummy berkenan kad kahwin Irma Hasmie ni... simple je kan.

Hasil dari google search, Mummy jumpa satu website kad kahwin online --> kadlawo.com 
Sapa-sapa yang ada kat Shah Alam, boleh terus ke sana... tengok sendiri lagi puas hati kan. Banyak gak design simple yang Mummy berkenan.

Design yang sangat ringkas...macam tak sesuai lak untuk Mummy kan.


Design ni nampak ceria skit kan...

Design yang ni lak nampak matured... sesuai la skit tapi harga agak mahal la gak.

Apa-apa pun, kalo nak pilih kad & rasa puas hati better pegi terus ke kedai printing... InsyaAllah takkan ada salah besar punya. Dapat pilih sendiri, dapat rasa kualiti paper yang diguna & paling penting dapat bertentang mata ngan tokey kedai supaya mudah urusan tawar menawar.he he he

:: WW #27 ~ Danga Bay