Layan iklan

Tuesday, July 17, 2012

:: Hari Sukan cik Khaleesa

15 July 2012 yang lepas merupakan Hari Sukan cik Khaleesa... pukul 7 pg Mummy dah keluar rumah padahal nak gi kerja pun Mummy keluar pukul 8.30 pg. Takpe, nak tunjuk kat teacher cik Khaleesa yang Mummy sangat komitmen ngan masa & anak. Cewah! ha ha ha...
Tepat 7.40 pg Mummy dah terpacak kat depan SMK Tasek Utara 2. Nasib ramai lagi yang tak sampai, so dapat la parking dekat ngan gate. Siap kena register ok. 

Cik Khaleesa mewakili Tadika AsSofea cawangan Nusa Indah... 
Rumah BIRU tapi Mummy pakai baju kuning lak. Bukan apa, baju biru sume ala-ala retis gituh.he he he...


Teacher Nadiah sedang menyiapkan cik Khaleesa...

Yeay! cik Khaleesa yang cantik dah siap... Like Mummy Like Daughter kan kan kan...


Actually, Tadika AsSofea ada 5 branch kat JB nih... 1 lagi sekolah Mummy tak sempat nak snap sebab cuaca yang agak panas. 


Rumah OREN yang paling kuat walaupun budaknya kecik-kecik belaka. Rumah HIJAU pun not bad. Tadika cik Khaleesa lak sangat sopan santun. Walaupun de beberapa acara tak menang, tapi no 3 still not bad la kan. Kawan-kawan cik Khaleesa sume control cun.he he he... Yang tak bestnya de sesetengah cikgu yang tak puas hati. Setakat sukan budak-budak pun nak emo ok. Nasib baik cikgu tadika cik Khaleesa baik-baik belaka.

Antara kawan baik cik Khaleesa. Ada lagi tapi mana ntah... Ada gak malu-malu nak amik gambar. 2 orang memang sporting & peramah juz like cik Khaleesa.

Kalau ikutkan aturcara majlis, pukul 1 tghari majlis tamat. Tapi cik Khaleesa dah kepenatan, so Mummy pun cabut awal. Lagipun nak gi lunch lagi kan... cik Khaleesa kenyangla sbb makanan disediakan, tapi Mummy yang sangat kelaparan. 

Sampai rumah, dia terus tidur... kepenatan sangat. Maklumla... lebih kurang 5 acara gak dia masuk.

Update: Semalam cik Khaleesa tunjuk medal yang dia dapat... dia sangat happy!

p/s: Skang tak bagi panggil dia 'Khaleesa' atau 'kakak'... dia suruh Mummy panggil dia 'EESYA'! 
Dah macam mak artis lak Mummy nih. ha ha ha... apa-apa la sayang!

:: Selepas 3 tahun...

Yeay! akhirnya selepas 3 tahun... Mummy telah selamat menukar langsir. Alhamdulillah salah satu wishlist 2012 telah tercapai walaupun tema kaler agak lari jauh skit. he he he... yang penting 'TUKAR' kan. Tapi Mummy baru tukar kat ruang tamu je dulu. Boleh tahan letih gak nak menukar langsir. Lagi la buat sorang-sorang. Kat bilik tu tak tau la bila nak tukar... Tengok pada tahap kerajinan Mummy. InsyaAllah!


Langsir beli kat nagoya masa tgh sale. Terus tempah skali kat nagoya. Kos beli kain langsir + upah hanya RM330 je. Jimat cermat membawa berkat.

p/s: Langsir bilik kaler purple!


Monday, July 16, 2012

:: 31

Agak terlambat nak update pasal nak bertambah umur nih... 
Alhamdulillah, bersyukur sangat Mummy masih diberi peluang bernafas dibumi Allah ni. Walaupun dah 2 3 hari keadaan kesihatan agak merundum, sekurangnya Mummy masih gagah hadapi. (ayat novel la plak!)
Yep! 12 July Mummy genap sudah 31 tahun... tiada rahsia pada umur walaupun dalam hati ni "alamak! dah tua". he he he... Apa la ada pada umur kalo ajal tu sendiri tak dapat mengenal umur. 

Awalnya Mummy agak stress bila fikir umur yang semakin bertambah ni. Banyak perkara yang Mummy berjaya harungi & banyak juga yang Mummy gagal. Mana yang berjaya tu, kena tingkatkan lagi. Jangan selalu mendabik dada bermegah diri. Mana yang gagal, perlu perbaiki jadi lebih baik. Dah takyah nak pandang belakang lagi walaupun kadang-kadang terpandang. Tak sengaja ok. Biasala, kita manusia biasa memang tak lari dari kesilapan. Haish!! makin tua makin banyak la membebel. huahuahua...


Terima kasih pada semua orang-orang tersayang yang sentiasa ada di sisi Mummy bagi support. Really appreciated!


Sayang, Thanks for the presents... I love the way you wrapping it, I love the way you wrote to me, I love the way you appreciated me, I love the way you love me as who i am...


Happy Birthday to Me!