Layan iklan

Tuesday, October 6, 2015

:: Perjalanan Getir Ammar yang Kuat

Bismillahirrohmanirrohim…

Entri kali ni agak panjang & emosi. Seperti sedia maklum Mummy dah selamat bersalin baby boy kan. Tapi ramai yang tak tahu anak syurga Mummy “Nik Ammar Zahran” berjuang selama 5 minggu di ICU paedatrik HSA. Kisah ni memang Mummy tak pernah kongsi dimana-mana pun. Hanya keluarga & teman rapat yang tahu kisah Ammar ni.

Semua bermula bila Mummy demam panas, campak & allergic semasa pregnant 7 – 8 bulan. Yes, memang doctor ada terangkan yang akan effect lung baby tapi Mummy tak sangka ianya jadi sangat-sangat kritikal.

Pengalaman Bersalin:
Bila bukaan jalan sudah 2cm, Mummy dibagi pilihan samaada bersalin awal atau tunggu. So Mummy pilih bersalin je la kan. Tapi kali ni tanpa induce & ubat tahan sakit. Saja gatal nak rasa how beautiful delivery in pain. He he hee… Memang sakit sangat luarbiasa. 12 jam Mummy tahan sakit dan hampir-hampir masuk OT. Alhamdulillah, akhirnya Mummy selamat bersalin normal without perineum cut. Selesai semua, Mummy dibawa pindah wad & request hantar baby untuk direct feeding terus.

12.00mlm:
Sedang tunggu baby sambil berborak dengan suami, nurse masuk inform yang pernafasan baby agak laju dan perlu oksigen 12 jam… So, baby akan dihantar pagi pada Mummy. Masa ni agak risau tapi masih fikir positif.


24 Jun 2015, 7.30pg:
Seawal pagi doctor jumpa Mummy dan suami terangkan yang pernafasan baby agak kritikal dan paru-paru baby telah dijangkiti kuman. Allah! Masa tu memang rasa nak pecah dada dengar. Tapi doctor cuba bagi solution terbaik & terpaksa masuk antibiotic. Entahla, doctor cakap baby prem walaupun masa deliver 36week  4days. Weight baby pun cukup walaupun agak kecik 2.3kg. Dada Ammar memang turun naik untuk survive. Ammar pindah dari nursery ke NICU and if pernafasan makin kritikal, memang terpaksa transfer ke GH sebab equipment di private hospital tak lengkap.


24 Jun 2015, 6.30ptg:
Ammar semakin kritikal dan ada berhenti bernafas sekali. Alhamdulillah, ICU HSA ada kekosongan dan lepas maghrib Ammar terus di transfer ke HSA.  Memang takde apa yang mampu Mummy cakap. Kepala kosong dan tak mampu fikir. Sakit pening semua dah tolak ke tepi. Maka jadi la Mummy & suami pengunjung setia hospital.


Hari ke 4 Ammar:
Sejak dari pagi, tekanan darah Ammar sangat rendah. Jenguk malamnya, keadaan Ammar masih sama… Kebetulan ada doctor on call duty di ICU malam tu & suami sempat bertanya keadaan Ammar. Doctor cuma cakap “baby sangat-sangat kritikal dan buat masa ni berdoa je la banyak-banyak”. Mummy tak tahu nak menangis atau apa. Fikiran jadi makin kosong. Perjalanan balik rumah, Mummy menangis sedih menyalahkan diri sendiri. Kalau Mummy tak sakit masa mengandung, mesti Ammar adalah bayi yang sihat. Suami marah sebab apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. Allah nak uji kami… Walau apa terjadi, kami kena Redha. Allah marah bila kita tak Redha seolah kita menolak ujian dariNya. Andai kata Ammar bukan rezeki untuk kami, Mummy masih ada 2 buah hati untuk dijaga. Sekurangnya Ammar dapat jadi anak syurga yang mendoakan dan menunggu Mummy & suami di syurga nanti. Betapa berat dugaan yang Allah bagi pada kami. Allah nak uji kesabaran kami.

Masuk hari ke 10, suami telefon Mummy dari hospital. Jantung Mummy berdegup kencang… Rupanya doctor minta Mummy bawa stok susu perahan. Alhamdulillah, Ammar sudah boleh feeding tapi melalui tiub. Sepanjang 5 minggu Ammar di ICU, memang hari-hari kami akan datang tanpa gagal.

Macam biasa, Mummy pantang tak pantang… Urusan rumahtangga berjalan seperti biasa. Setiap kali Mummy pam susu, memang menitik airmata ni. Memang langsung takde mood nak sambut Syawal. Takde sebarang persiapan. Tapi bila difikir balik, kesian kat anak-anak kat rumah. Diaorang pun nak sambut raya macam orang lain juga. Kakak Khaleesa pun Alhamdulillah cukup sebulan puasa.

Pengalaman di hospital:
Masa mula-mula Ammar admitted, memang Mummy tak pandang kiri kanan pun. Rasa taknak amik tau pun kisah bayi keliling. Tapi bila Ammar semakin stabil, Mummy pandang kiri kanan kawan-kawan Ammar. Mereka semua masih berjuang untuk hidup. Yes, masing-masing ada cerita tersendiri. Mereka ada yang lagi kritikal. Masalah jantung, tiada saluran najis… Alhamdulillah Ammar tiada masalah jantung & lain-lain. Masa ni Mummy semakin positif dan Redha…

Bila nurse tengok kami datang setiap hari, maka kami jadi agak mesra. Alhamdulillah, nurse bagi cadangan supaya bawa air zamzam atau air Yassin. Lepas tu sapu pada badan baby. Nurse suruh kami rajin-rajin berborak dengan baby & urut baby guna baby oil. Sampai sekarang, Mummy percaya bila ibu kuat, maka anak akan kuat juga. Mengadu pada Allah & DIA pasti akan tolong. Paling penting jangan putus doa & harapan. Bila Mummy pam susu, memang dah set dalam kepala dan niat segala perahan susu itu untuk kuatkan Ammar supaya cepat sihat.

Bila Ammar semakin stabil, baru la doctor explain pada suami situasi sebenar. Peluang Ammar untuk selamat masa mula-mula masuk ICU cuma kurang dari 30% je. Unexpected yang Ammar sangat kuat. 8 hari yang kritikal & 6 tong high pressure oksigen. Ubat Ammar antara yang terbanyak. Hampir sebulan lebih di ICU, akhirnya Ammar dah boleh transfer ke wad biasa. Tapi masih dalam pantauan doctor & Ammar masih bergantung dengan oksigen. Lebih kurang seminggu di wad biasa, akhirnya Ammar dah tak perlu bantuan oksigen. Doctor panggil Mummy tanya “how confident u nak jaga baby ni kat rumah?”. He he hee… Kalau doctor dah tanya camtu, makin takut plak Mummy kan. Doctor reserve satu katil untuk Mummy tidur semalam di hospital. Doctor nak tengok penjagaan Mummy. Alhamdulillah, Ammar cepat belajar direct feeding. Bila semua dah ok, Mummy terus suruh nurse proceed untuk discharge.

Perasaan:
Happy, takot…semua ada. Bila ada anak yang pernah sakit memang Mummy takut sebab tak tahu penjagaan yang betul. Seeloknya kena elakkan dari sakit. Mummy memang pantang kalau ada orang lain sakit dalam rumah sebab takut berjangkit. Memang cepat-cepat Mummy akan bawa ke klinik. Tap akhirnya Ammar sakit juga jangkit dari abang. Selsema & batuk… Terus admitted sebab doctor taknak jadi makin teruk. Alhamdulillah… semua dah kembali normal.

Result Diagnos:
SEVERE CONGENITAL PNEUMONIA


Mummy tak pernah share gambar ni... Amik curi-curi hari raya pertama. 

Hari raya pertama kami sebelum ke hospital... Ramai yang tanya 'mana baby baru?'. 

Sehari sebelum Ammar discharge... Hanya Allah yang tahu bila dapat peluk dia. Terima kasih Allah bagi peluang yang tak ternilai ini.

Hari pertama Ammar kat rumah... Alhamdulillah!

Alhamdulillah... Ammar latest... dah pandai senyum-senyum ajak borak-borak...

Sampai ke harini, bila Mummy tenung Ammar memang rasa sebak hati ni... Mummy bersyukur dapat peluang peluk cium Ammar. Semoga Ammar jadi anak yang soleh & sentiasa diberi kesihatan yang baik.