Layan iklan

Thursday, March 28, 2013

:: Dating...

Bukan selalu kan dapat peluang honeymoon... Mak mentua cam tau2 jek soh honeymoon. Tq mak abah bagi peluang ni. Ala, honeymoon dalam rumah jek.he he hee... Cik khaleesa takde, baru la dapat keluar malam dengan aman. Bukan apa, cik khaleesa suka tido dalam kereta so bila sampai destinasi konpem makcik kecik tu meragam bila kejut.hu hu hu... Lagipun kalau bukan cuti sekolah, kami memang jarang keluar melainkan ada hal penting. Sian kat cik khaleesa yang penat & kena bangun awal pagi.

Peluang yang ada ni, kami dapatla dating cam dulu-dulu. Dress up pun ala-ala cam couple gitu. Dinner kat luar main suap-suap (tipu!)...ahahahaa... sempat jalan-jalan kat Bazar Karat. Tengok midnite...paling best Mummy tido lena dalam wayang. Penat kot...

Yeay! dating dimalam hari...bangun pagi lemau gila...tapi takpe, kan de multivitamin.he he hee...


Rindu kat cik khaleesa yang juga sedang honeymoon ngan atuk neneknya...

Wednesday, March 27, 2013

:: Oh! My Vitamin

Ini adalah kes berjangkit ngan Puan Azilah yang sangat bersungguh-sungguh makan vitamin & borong vitamin untuk anak-anaknya. Maka terpanggil rasa hati ni nak jadi cam Puan Azilah. Patut la cantik manis, vitamin amalannya. Sebenarnya kagum ngan dia & Mummy patut mencontohi beliau.ha ha haa... 

Mummy ni bukan muda lagi (tapi azie selalu ckp i muda lagi!), so vitamin memang sangat perlu. Bukan untuk Mummy je, cik khaleesa pun perlu gak. Cik khaleesa memang dari kecik Mummy belikan dia vitamin tapi fix time. Sekarang ni kena bagi ikut jadual... Kalau tak, tak sampai seminggu boleh habis satu botol vitamin. Biasa Mummy bagi champs je. Murah & sedap... Masa cik khaleesa kurang makan, Mummy bagi vitamin kordel's. Memang berselera dia makan.

Ok, berbalik pada cite Mummy. Dari minggu lepas kepala ni memang dah set nak cari vitamin yang sesuai. Mula-mula nak amik vitamin C. Maklumla, Mummy ada alahan...so vitamin C yang paling ok untuk buang toksin (doktor cakap). Singgah watson nak beli skin care then baru teringat nak cari vitamin. Lama gak dok termenung kat deretan vitamin. Ramai yang guna blackmores, tapi Mummy cuba cari yang lain. Dok tengah mencari-cari, terpandang 21st century women's multivite. Tengok details memang agak menarik...nama pun muktivitamin kan, memang banyak kandungannya. 21st century women's multivite ni lengkap Evening Primerose Oil, iron, calcium, silica, royal jelly & korean ginseng. Sangat sesuai la untuk Mummy yang supermak ni.he he hee...


Harga masih dalam range yang agak reasonable. Mampu milik gitu...he he hee... Dah 4 hari Mummy amik multivite ni. Bangun pagi rasa badan ni ringan skit. Mummy amalkan ambil sebelum tido. Banyakkan minum air masak... 

p/s: Pasni kena cari colagen plak untuk sentiasa muda & sihat...ahakss!!!

:: Jaga-jaga Orang Ketiga...

Seawal pagi, opismate share artikel menarik ngan Mummy. Memang sangat menarik dan rasanya bagus ada hukuman macam tu. At least, 'orang ketiga' tu dapat hukuman setimpal (jika disabitkan bersalah la).hu hu hu... sebelum tu, jom tengok artikel menarik tu dulu.

"Kuala Lumpur: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam."
Ni kalau jenis pasangan yang nekad & tak berhati perut, dah ramai 'orang ketiga' yang kena penjara & denda. he he hee... Kalau nak bercerita pasal hukuman ni, if 'orang ketiga' terlepas dari disabit kesalahan sebenarnya dieorang tak terlepas dari hukuman Allah. Dah ramai Mummy tengok, 'orang ketiga' ni tidak aman bahagia hidupnya. Sebabnya kebanyakan mereka ni bergelumang ngan maksiat. Tu belum lagi yang berani tinggal serumah @ membenarkan pasangan datang ke rumah sewenangnya. Dahla nak share hak orang tapi tak berlandaskan sunnah...so macam mana nak aman bahagia. Kebanyakan 'orang ketiga' yang berjaya memecahbelahkan institusi sebuah rumahtangga, belum tentu mereka sampai ke jinjang pelamin. Rata-rata 'orang ketiga' rasa unsecure. Ala, kalau kawen pun 'karma' waiting them.hu hu hu... Betulkan sekiranya apa yang Mummy cakap ni salah tapi apa yang Mummy cakap berlandaskan apa yang nampak sekeliling Mummy. 
Mummy tidak menujukan artikel & entri pada sesiapa sebab curang & perampas boleh jadi pada sesiapa je tak kira lelaki @ perempuan. Ketuk kepala tanya hati. ha ha haa... Kat sini Mummy nak tekankan...poligami tu memang halal tapi haruslah berlandaskan sunnah. Sebagai isteri, kita ada hak menolak poligami sebab kita tahu kemampuan suami. Bagi isteri yang curang pulak, pergila kursus pra-perkahwinan semula. Faham betul-betul istilah perkahwinan tu. Tak cium bau syurga jika tak dapat 'keredhaan' suami. Apatah lagi curang...fikir-fikirkan
Mummy sendiri pun bukanlah manusia yang sempurna...tapi Alhamdulillah, Allah bagi peluang lagi untuk Mummy ubah apa yang terkurang kat diri ni. 
Ok, dah melalut ntah apa kan... So, 'orang ketiga'...jaga-jaga ye! he he heee

Tuesday, March 26, 2013

:: Cuti sekolah cik Khaleesa...

Ketika Mummy sedang type entri ni, cik Khaleesa sedang bersuka ria di umah atuk & neneknya. hua hua hua... Bukan parents Mummy tapi parents encik suami. Ahad lepas, abah minta cik Khaleesa stay Pasir Gudang. Whoaa! Mummy tak boleh bagi keputusan so kena tanye encik suami la.he he hee... Suka la cik khaleesa dapat berseronok kat sana.

Sepatutnya malam ni dia dah balik tapi encik suami telah 'terbuka' hatinya membenarkan cik khaleesa stay Pasir Gudang sepanjang cuti sekolah ni. Bagi peluang emak abah bermanja-manja ngan cucu-cucu katanya. Lagipun pegi taska pun bukan buat apa sangat. Mummy & encik suami balik kerja pun dah petang. Quality masa yang tidak begitu baik untuk cik khaleesa. Mummy tengok cik khaleesa pun suka dok sana sebab ramai yang melayan karenahnya. Kalau ikutkan encik suami mulanya tak galakkan dia stay kampung @ Pasir Gudang. Kami taknak menyusahkan emak ayah & emak abah. Tapi rasanya diaorang lagi happy kalau ada cucu sekeliling...hilang penat kot. he he hee...

* Mummy baru lepas cakap ngan cik khaleesa, so gumbira suaranya...siap update dah siap breakfast.

 My little tea 'O' addicted...

Dah ada bf skang...he he hee...

p/s: Dapat la Mummy bermanja-manja ngan ayah ye...he he hee...

:: 'Menggila' lagi...

'Menggila' apakah?? he he hee... Sejak encik suami balik lambat banyak kerja & sibuk aktiviti memancingnya, Mummy jadi penonton setia channel ONE HD. Sebelum ni Mummy tak langgan channel tu tapi encik suami kaki sport, maka kena tukar pakej daa... Tak dapat tengok malam, sebelum gi kerja Mummy layan dulu sebab nak tengok siaran ulangan. Serius buruk perangai... Eh! Lupa nak bagitau 'menggila' apa... Korean drama laa... Tengok iklan macam best & Mummy cuba la tengok. Sah! Memang tak mengecewakan. Actually ada 2 drama Mummy layan. Memang tak dapat follow setiap malam tapi Mummy akan pastikan dapat tengok ulangan.

#Korean 1 ~ That Winter, The Wind Blows
Sedih cite ni...Mummy masih kabur ngan jalan cerita tapi faham la. Heroin sangat cantik...Hero tak brape ensem tapi nampak karismanya.hu hu hu...

#Korean 2 ~ Full House Take 2
1st time tengok macam poyo la plak kan...dah layan stgh jam, serius cite ni kelakar. Comel-comel je watak dalam cite ni. Bukan kesinambungan Full House tapi masih mengekalkan konsep yang sama. Kisah selebriti & orang biasa.

p/s: Jeles btol tengok kulit dieorang yang super duper flawless...

Thursday, March 21, 2013

:: Movie #24 ~ Oz the Great and Powerful

Fuh! agak lama tak update...macam biasa la, penyakit M datang menyerang memang susah nak pulih.hua hua hua... Nipun curi-curi masa sikit update movie yang Mummy tengok last week. Ingatkan nak layan Jack the Giant Slayer tapi showtime kul 4.00 petang...lama sangat nak tunggu sebab masa tu baru pukul 12.00 tghari. Perut plak dah kenyang...so, kami pilih new movie "Oz the Great and Powerful".


Mummy memang suka cite fantasi ni...sebab utama gambar cantik, ada princess, ada witches, ada hero yg ala-ala prince gitu. "Oz the Great and Powerful" ni lebih kurang camtu la tapi lagi best. Tak mengantuk... CGI memang mantap la. Terasa macam terawang-awang kat land of Oz tu. Cantik sangat... Jalan cite cam biasa witch baik lawan witch jahat. 

Sinopsis: Kisah magician penipu & playboy, Oscar Diggs yang terhumban dalam dusty then landed at land of Oz yang super duper cantik. Oscar terjumpa Theodora...Theodora ingatkan Oscar pahlawan ramalan yang datang nak selamatkan land of Oz. Oscar yang kaki penipu terus je mengaku dan Theodora jatuh cinta kat Oscar. Tapi sebenarnya si Oscar dok kejarkan harta karun. Cite ni bertambah best bila Oscar jatuh cinta ngan Glinda ahli sihir baik. Theodora marah & dihasut kakaknya Evanora hapuskan si Oscar. Lupa nak bagitau, Theodora & Evanora sebenarnya ahli sihir jahat. Maka berperang la si Oscar & Glinda ngan Theodora & Evanora... banyak la part kelakar.

Filem ni memang sangat sesuai sebenarnya bawak anak-anak... cik khaleesa pun happy & teruja tengok warna-warni land of Oz. Bestnya la kalo itu semua realiti. huk huk huk...

Rating Mummy: 4/5 bintang

Tuesday, March 12, 2013

:: 12.03.13


Alhamdulillah, already 2 months being his wifey...tapi bukan itu yang Mummy nak cerita ye.he he hee...
12.03.2013, a year am being his girl. Takde makna nak celebrate tapi kami tetap ingat that day. Sepatutnye kami nak nikah on this date tapi dah tak sabar sangat kan. So terpaksa diawalkan... Kami masih lagi dalam mood sweet-sweet manja gitu. Kalau gaduh-gaduh manja pun buat tak tau je... Tipu la kalau takde tarik-tarik muka merajuk kan.hua hua hua...
Setahun yang lepas, encik suami proposed Mummy officially jadi girl dia. Macam klaka sebab sebelum tu dah selalu keluar dating tiba-tiba dia official proposed. 

video
Dapat idea dari sis in law buat video ni... banyak lag kena improve. Thanks ye sis Yana...he he hee...

Wednesday, March 6, 2013

:: Movie #23 ~ Rock Oo!!

Seperti yang dijanjikan, Mummy nak update latest movie Rock Oo!! Encik suami memang tak sabar nak tengok cite ni. Tengok trailer pun dah best gitu... Macam biasa, kami sampai lambat walaupun showtime 10.20pm. he he hee...nasib baik dah online ticket awal-awal. Alhamdulillah, masa masuk tu kami takde la terlambat sangat. Risau gak encik suami marah (bukan salah Mummy ye lambat).hu hu hu...


Sinopsis: Kisah Amy Mat Piah (Que Haidar) yang telah dibuang dari kumpulan Rimba Bara berazam nak satukan balik Rimba Bara yang kebetulan takde penyanyi utama. Penyanyi utama, Zul Kapan (Soffi Jikan) telah diambil Luncai Emas bergabung dengan Malaikat Maut. Amy ni sebenarnya takde bakat sangat & dia ada prinsip yang takde kena-mengena "pantang anak petani moden mengaku kalah". Amy cuba meyakinkan & pujuk Jijo (Khir Rahman) untuk kembalikan kumpulan Rimba Bara. Akhirnya dapatla diaorang berkumpul kembali bersama Mi Black (Azmi Black) & Slash Haji Tapah (Pekin). Banyak insiden yang berlaku sepanjang usaha dieorang untuk hidupkan balik Rimba Bara. Tiba-tiba Zul Kapan kembali nak menyertai Rimba Bara.... agak-agak apa la nasib si Amy Mat Piah ye??? jeng...jeng...jeng...!

Komen: Sekali lagi Mummy harus bagi pujian pada hasil tangan Mamat Khalid. Selepas 6 tahun (kalau tak silap Mummy la), Mamat Khalid hasilkan sekuel Rock Oo yang sangat cantik susunan ceritanya. Comeback Que Haidar kali ni memang terbaik laaa... Khir Rahman yang kita kenal sangat bersahaja lakonannya pun harus diberi pujian. Mi Black yang sengau memang sentiasa buat panggung pecah dengan ketawa. Pekin plak tak banyak dialog tapi watak tu sangat sesuai dengan dia. Takde kekurangan pada Rock Oo... Terasa betul-betul berada di zaman rock awie, search... Itulah realiti sebenar artis rock diawal kemunculan mereka. Dengar-dengar, Awie menangis masa tayangan perdana... 

Rating Mummy: 4.5/5 bintang


Friday, March 1, 2013

:: Pertama...

Pertama?? Hehehee... saja je nak bagitau 'hadiah' pertama Mummy pada encik suami "after we're legally married" (ayat feveret kami). Encik suami dah bagi 3 hadiah, Mummy baru bagi 1? Untuk encik suami, buat masa ni, itu je yang termampu yer...ni skang nak kumpul bajet untuk birthday encik suami. InsyaAllah sempat...


* Encik suami pilih sendiri...kalau Mummy memandai, takut dia tak berkenan plak.he he hee... 

:: MJCM #1 ~ Suria Grill Kampung Melayu

Pengumuman... untuk tahun 2013 ni Mummy akan buat satu lagi entri pasal Mummy Jalan Cari Makan (MJCM)... Ala-ala jalan-jalan cari makan gitu. Wah! dah macam retis...ha ha haa... spot place, sekitar Johor. InsyaAllah, kalau Mummy keluar Johor pun akan update gak.

Suria Grill Kampung Melayu
Sapa rasa nak makan western murah area JB, boleh la singgah ke Suria Grill Kampung Melayu. Tekak Mummy & encik suami rasa, ini antara yang terBEST. Favorite kami Mixed Grill (ada ayam, daging & kambing). Kelainan mixed grill ni, potatonya...biasa kalau kita makan steak, juz fries je kan. Tapi kat Suria Grill, potato tu memang betul-betul homemade. Dipotong dadu, rebus & perap dengan secukup rasa. Order dulu baru goreng. Perapan steak pun secukup rasa...senang cite sapa-sapa yang order western kat situ, pinggan licin.

Ini dia set mixed grill...

Harga??? Pada Mummy, its reasonble price... so far, yang termurah & tersedap Mummy jumpa.
Hanya RM18.00 (tahun lepas RM16.00). 

Sapa-sapa yang tinggal area JB yang suka jalan-jalan cari makan, boleh la datang cuba kat sini. Tak sedap jangan marah Mummy ye. he he hee... Suria Grill ni betul-betul berdepan dengan masjid Kampung Melayu, JB. Better datang awal sebab biasa pukul 10 ke atas, steak dah habis... atau boleh call dulu Suria Grill (016-2820057).

:: Movie #22 ~ Gangster Celop...

Layan movie kali ni setakat melepaskan hajat encik suami...tengok trailer, katanya macam best. Takpe, layankan jela ye. Movie ke-3 dan movie melayu ke-2 dalam tahun 2013. Apakan daya, sejak anak sekolah ni hanya weekend yang dapat spent sume aktiviti. Ok la, at least weekend Mummy tak boring sangat la.

Poster hasil carian google

Sinopsis: Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Komen: Pada Mummy gandingan syamsul, kamal adli & Hanis Zalikha adalah satu tindakan yang berani. Kita jarang lihat aksi komedi & poyo Syamsul tapi kali ni digandingkan dengan Kamal Adli yang pada Mummy ada bakat komedi. Hanis Zalikha lak masih baru bertapak dalam lakonan tapi tak menghampakan. Watak yang sempoi Hanis nampak selesa. Yus memang kita sedia maklum bakat dia dan masih mengekalkan identiti sebagai 'Mat Jambu'. Azad agak 'over' sikit la. Movie agak mendatar...jalan cerita macam dah boleh agak. Tapi kami tetap enjoy layan...

Rating Mummy: 2.75/5 bintang

* Movie lists Mummy & encik suami.... he he he
1. Rock Oo! (Booked tonite...nantikan update Mummy)
2. Beautiful Creature
3. Jack the Giant Slayer