Layan iklan

Friday, June 29, 2012

:: Lagu #20 ~ Blue

Sebelum tuh... Maaf yer, Mummy bukan peminat tegar KPop. Tapi Mummy tersuka lak ngan lagu BLUE dari Big Bang ni. Seharian semalam Mummy youtube semua MV dari Big Bang. Serius dieorang ni memang best. 

Sila lah layan MV Blue nih...

Gambar dari wikipedia
Dari kiri: Seungri, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung

Pembentukan kumpulan ni dari tahun 2005-2006.  Banyak keluarkan single tapi dieorang start glamer tahun 2009.

p/s: Terjebak ngan KPop... ah! sudah. ha ha ha...

:: Masak-masak #8 ~ Durian Goreng

Akhirnya berkesempatan juga Mummy buat Durian Goreng. Last week ayah Mummy bawak durian, cik Khaleesa lak taknak makan. Maka ting! ting! la idea Mummy nak buat durian goreng. Tapi Mummy tak terus buat. Kena simpan dalam freezer dulu. Nanti susah pulak nak goreng.

Durian Goreng version Mummy

Cara-cara:
- Isi durian tu Mummy asingkan dan bentukkan bulat mcm bola pingpong. Biasanya orang buat takyah buang biji. Tapi sebab nak bg budak makan, baik buang biji.
- Lepas dibulat-bulatkan tu, Mummy masuk dalam freezer. Tujuan jadikan frozen supaya senang nak goreng nanti.

Adunan tepung:
- 7 sudu tepung gandum
- 1 @ 2 sudu tepung jagung
- sedikit garam & gula
- Air untuk bancuh
- Minyak masak (tenggelam)

Adunkan semua bahan kat atas kecuali durian frozen tu yer. Panaskan kuali & masukkan minyak. Celup durian frozen dalam adunan dan goreng dalam minyak panas. Goreng macam goreng cempedak. Pastikan jangan sampai hangus yer.he he he... Agak-agak dah masak, sila la angkat. 
AWAS! jangan terus makan yer...nanti melecur lidah tu.

Tapau breakfast untuk cik Khaleesa skali...
Durian goreng + Air strawberry

p/s: 6 ketul bawak gi opis, tak sampai 5 min dah abes...he he he

Thursday, June 28, 2012

:: Lagu #19 ~ Akur Janji

Got this song from my friend just now... dia cakap lagu ni sesuai untuk Mummy buat masa nih. 
he he he...
1st time Mummy dengar & really nice song.
TQVM!



:: Kudap-kudap


Jajan + hot vico...
Pipi makin bulat la nampaknye... Takleh salahkan orang lain, sendiri cari 'penyakit'.

Alas perut sebelum keluar lunch jap lagi...

:: Stress

Monday blues semakin berkurangan.he he he... Tapi kepala masih wengggg walaupun Mummy tidur awal & takde amik sebarang ubat. Poor me!

Rasanya stress sangat kot. Pasal apa? ntah... PMS ke? Tidak... Tapi hati rasa tak best & nak marah-marah orang. Last nite Mummy langsung tak bercakap ngan cik Khaleesa sampai la ke pagi nih. Penat dah nak marah... Makin besar makin tak dengar cakap. Siap menipu tupun satu hal gak. Tak suka betul bila kecik-kecik dah pandai menipu. Serik rasanya... Solutionnya, Mummy kunci mulut. Tanya @ bercakap mende yang penting je. Bila Mummy kunci mulut, pandai plak semua buat sendiri. Kalau tak asyik bagi arahan je. Nak pukul?? Dia dah besar, tak makan saman kot. Ntah-ntah dia simpan dendam kat Mummy plak nanti. Rasanya biarlah sepanjang minggu ni Mummy senyap je. Tak larat nak marah-marah terjerit-jerit sampai jiran kat rumah hujung tu dengar. ha ha ha...

Sebenarnya stress ni ujian Allah nak tengok tahap kesabaran kita. 

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

Tanda-tanda kita sedang stress ialah perubahan fizikal iaitu sakit, makin kurus (tak mungkin la), makin gemuk (yang ni mungkin), tak ceria, penat, letih, suka mengelamun & pelupa... 50% dah ada kat diri Mummy tu skang. haishh!!

Selain tu, perubahan sikap dan emosi macam cepat marah, merajuk, cemburu, sentiasa berpandangan negatif, ego, mementingkan diri sendiri & sensitif... Omagad!!! What happen to me ni??

Macamana nak atasi stress ni? Shopping? Hah! makin stress Mummy nanti.
Mummy kena kenalpasti @ muhasabah diri ni kenapa terjadinya stress. Kena rehatkan minda....sentiasa berfikiran positif. Salah satu cara yang Mummy dah buat bila Mummy kurangkan marah bila cik Khaleesa buat hal. Lebih baik Mummy buat something yang lebih penting.

Antara sebab lain Mummy stress ni mungkin schedule pemakanan Mummy dah tak betul kot. Dah beberapa hari Mummy hanya take lunch without breakfast & dinner. Badan jadi lesu. Baru semalam Mummy complete breakfast, lunch & dinner. Tapi harini Mummy miss breakfast.

Yang paling menstresskan Mummy ialah.... pertambahan umur menjadikan Mummy stress. Bukan tak bersedia cuma terlalu fikir banyak lagi yang Mummy capai. huh!

Wednesday, June 27, 2012

:: WW #24 ~ Exhausted...

Monday blues terbawa-bawa ke hari ni mungkin juga sepanjang minggu ni.


Sakit kepala + penat + lapar + malas + bla bla bla...

Tuesday, June 26, 2012

:: Photoshoot...

Monday blues masih melanda diri ini. hu hu hu... (pemalas!)
Seminggu dua ni, rasa macam nak buat outdoor photoshoot je. Last photoshoot Mummy buat 3 tahun lepas. Skang ni tangan ni asik mensurvey photographer around JB. If JB blogger ada kenal mana-mana photographer with reasonable price, sila la tinggalkan kat comment box yer.he he he... Rindu nak tengok keletah cik Khaleesa.






Ada lagi gambar lain tapi biarlah jadi kenangan. Nanti ada orang marah lak. he he he...

p/s: Sayang, jom!

:: Lagu #18 ~ A Little Too Much

Last weekend, Mummy layan Something Borrowed kat channel FOX Movie 413. Sweet sangat movie ni ditambah lak ngan Ginnifer Goodwin yang sangat comel. 

Terjatuh cinta Mummy ngan soundtrack untuk movie ni. 

A Little Too Much by Natasha Bedingfield


:: Masak-masak #7 ~ Pavlova



Ini la hasil pavlova Mummy malam tadi. Tak bape nak jadi sebab tak rangup laaa...tapi rasa sedap. Cik Khaleesa sampai jilat-jilat jari. Mummy sedang mengkaji apa yang kurang sampai tak rangup. Mana kawan-kawan yang boleh selesaikan masalah Mummy ni, sila la tinggalkan komen.hu hu hu...

p/s: Pagi tadi cik Khaleesa breakfast pavlova gak... Siap request soh buat lagi. Budak-budak memang suka makan manis-manis.

Monday, June 25, 2012

:: MODE Rajin sudah mari...

Monday blues sudah bertukarrrr!!!!
Yeah! Ini malam Mummy mau operasi sama itu dapur. he he he...

 Pic by Google search
Pavlova tapi takde strawberry la... Yang ada cuma kiwi & anggur. InsyaAllah, malam ni nak buat.

Durian goreng... kebetulan de durian kat rumah, so rasanya Mummy nak cuba jaya nak buat durian goreng. Yummy! Yummy! Tapi tak taula sempat ke tak nak buat sebab durian tu belum kopek. Nak keraskan kat dalam fridge lagi.hu hu hu

Please please please... wishie me Good Luck!

:: B2B #1~ Solemnization Dress...

Masih mode Monday Blues...he he he

Ok, dari last week nak buat special entry nih. Tapi tak berkesempatan sebab Mummy rushing siapkan kerja & ada training. Saja-saja nak cerita pasal nikah dress idaman.
Biasala... 1stly, kena fikir "what the design". Mana yang kreatif bolehla buat lakaran kan. Tapi kalau jenis tangan pemalas macam Mummy, tak taula jadi apa lakaran tuh.hu hu hu... Kadang-kadang kerana lakaran boleh gaduh-gaduh manja ngan pasangan. Mende remeh-temeh ni boleh menjadikan orang perempuan moody mcm datang bulan.he he he... Semua orang perempuan mengidamkan "Perfect Day on The Day". Warna pilihan Mummy TURQUOISE
Pic by Google search
Contoh lakaran baju nikah/sanding...

Kat kepala pulak, pusing-pusing verangan nak pakai dress bagai. Hado ke orang nikah pakai dress. Mana orang kampung macam Mummy, konpem kena perembat ngan Emak.hu hu hu... Tapi tak salah verangan kan kan kan.

Pic by Google search
Cantikkan... Mummy berkenan kat bunga kerawang kat kaki tu. Rasanya Umie Aida penah pakai design dress ni. Cuma part bahu dia ada alter skit. Konpem Mummy takleh pakai ni. Bayangkan nikah pakai camni.he he he

Pic by Google search
Collection by Hatta Dolmat. Cantik... Part lengan tu boleh alter.Yang lain tu dah perfect. Kat hujung lengan boleh tambah bunga tampal cam kat pinggang.


Pic by Google search
Kalau nak cut cost budget, beli je kurung moden plain ready made. Boleh add on beads sendiri. Letak la banyak mana pun. Tapi jangan ler sarat sangat. Untuk nikah je kan. Lagi satu, takyah pening kepala nak fikir design malatop. Pakai apa yang ada je. Jangan kata untuk nikah, gi kenduri kawen pun boleh ni.


Pic by Google search
Nak lagi selesa?? Pakai la jubah/ abaya ye. Lagipun dah banyak design abaya yang cantik-cantik. Harga pun takde la mahal sangat. Lebih kurang beli kain + upah. Mummy lagi selesa macam ni kot. 

Tepuk dada tanya selera sendiri. Cantik @ tak, kita sendiri yang bentukkan. Takyah fikir nak pakai international design sebab our local not bad gak. Tailor Mummy kat kampung tupun boleh buat la. Tunjuk je design pastu tiru.he he he...

p/s: Yes!We're going moving to another "STEP"



:: Khaleesa in da house...

Isnin yang sangat blues...

Yeay! Cik Khaleesa in da house. Sabtu lepas, family Mummy hantar cik Khaleesa balik JB. Kalau Mummy yang blk kampung, konpem cik Khaleesa taknak ikut balik. Maka solutionnya, kena dorang antar balik.he he he... 
Tak sangka plak, tadika cik Khaleesa ada open day. Macam amik report card utk mid semester la. Cuma yang lainnya, takde exam. Teacher tadika soh student buat sorang-sorang kat depan. Sbnrnya banyak mende yang Cik Khaleesa boleh buat. Cuma kdg-kdg dia malas nak tunjuk. Lagi la kalau kita suruh buat, memang 'malas' la jawapan dia. Tapi kalau dibiarkan dia sorang-sorang, dia boleh selesaikan sendiri. Teacher Khaleesa ada tanye Mummy, "Kak, dia ni suka sangat menyanyi. Akak selalu bawak dia gi karaoke ke?". Tergelak Mummy... Yer! cik Khaleesa memang suka menyanyi tapi Mummy jarang bawak dia gi karaoke. Dia selalu dengar ringtone phone & radio. Cik Khaleesa seorang yang penghafal & pengingat. Sila jangan janji apa-apa ngan dia, konpem akan diTUNTUT. he he he...

Apart of my life...


Friday, June 22, 2012

:: Movie #11 ~ Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Filem wajib tengok minggu ni adalah Abraham Lincoln: Vampire Hunter yang merupakan satu pilihan terbaik untuk kaki wayang. 

Pic by Google search

Filem ini merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Wanted, Timur Bekmambetov yang memang anda tahu memang seronok untuk di’tonton dan terbitan Tim Burton.
Sinopsis: Mengisahkan tentang presiden Amerika Syarikat paling di’raikan, Abraham Lincoln (Abe) yang secara asas’nya mempunyai rahsia memburu pontianak semenjak belum bergelar presiden.
Jika di’tolak faktor adanya pontianak (vampire) dalam filem ini, Abraham Lincoln: Vampire Hunter memang sebuah filem yang sarat dengan fakta sebenar Presiden USA ke 16 itu.
Lakonan teraju utama, Benjamin Walker patut di’puji kerana berjaya membawakan watak dengan berkesan dan beliau muncul hampir dalam setiap babak filem ini. Pada yang tak tahu, hasil google  search Mummy... Benjamin Walker ni memegang watak sebagai Hank McCoy/ Beast dalam X-Men: First Class. No wonder la dia nih tinggi.
Dari segi aksi, Mummy suka dengan beberapa babak aksi — pertama ketika Abe mengejar pontianak jahat bernama Barts dengan latarbelakang kuda yang bertempiaran, kedua masa Abe nak selamatkan kawan dia nama Will kot & satu lagi ketika bakak kereta api dan jambatan terbakar yang di’susun kemas dari segi choreography untuk semua babak tersebut.
Personally, Mummy suka style Abe dengan kapak silvernya tu. Nampak shekshi gituh.ohh!! Auwww!
Mummy meratingkan filem ni 4.5/5 bintang.
p/s: Orang sebelah Mummy dok jerit-jerit macam tengok cite hantu & orang dok sebelah En Sayang tidur sekali ngan pakej dengkur. Lagi satu takyah la bawak budak-budak sebab de certain part not sensored. he he he...


:: Musim durian sudah bermula...

Musim durian sudah bermula sehangat musim cuti sekolah... Nasib baik la buah gugur sebelum menjelangnya Ramadhan. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu ni, memang satu cabaran bagi pelahap durian. Nafsu vs panas. he he he...
Semalam Mummy & opismate telah dijemput makan durian di dusun salah sorang kontraktor. Last year Mummy tak join sebab takde transport. Tahun ni memang taknak terlepas, nanti rugi besau. Dugaan paling tak best bila minyak site car dah bling! bling! dan yang paling sakit bila kebanyakan pump station kehabisan diesel. Nasib baik SHELL highway Pasir Gudang ada stok diesel tapi kena tunggu lori kontena isi pulak. Dah la full tank hampir rm1k. Lemau tunggu dalam kereta.

Alhamdulillah, lebih kurang 1.30tghri kami selamat sampai ke dusun durian tu. 6 ekar punya dusun & kat tengah-tengah tu ada banglo besar. Mula-mula memang malu-malu kucing tapi lepas tu dah tak pandang kiri kanan dah. he he he...

Sila lah abaikan orang yang buruk makan tu ye... he he he

Durian tersangat la sedap tapi kena pandai pilih sebab ada yang keras.

Mummy Chubby in da house! Pipi saya tersangat lah comel...ahhh!! sentap!

* Pukul 3.30ptg kami bertolak balik & sempat la tapau 5 biji durian tapi Mummy sempat singgah bandar Kota Tinggi cuci-cuci mata bawak opismate terjah kedai baju.

Thursday, June 21, 2012

:: Foundation

Kali ni Mummy nak berkongsi pengalaman penggunaan foundation. Bukan tips memilih sebab lain kulit lain kesannya. Mummy just bagi pendapat mengikut pada pengalaman pemakaian. Foundation pada Mummy sangat penting supaya make up nampak lagi sempurna. Foundation juga mampu menutup bekas parut. Tapi bila kulit bersih & bebas jerawat, foundation membantu kulit nampak lagi flawless.
Sepanjang Mummy mengenali foundation, rasanya produk STAGE yang paling sesuai dengan kulit Mummy. Foundation paling 'ringan' yang Mummy pernah guna. Kulit Mummy tak sesuai untuk foundation natural. Nampak kelabu hasap skit sebab natural agak gelap. he he he... Mummy lebih sesuai ivory @ fairy.

Pic by Google search
Mummy guna foundation picture perfect (fairy).

Antara produk lain yang Mummy pernah guna, MAYBELLINE & GARNIER. 
Produk Maybelline agak berat skit. Rasa macam pinggan melekat kat muka.he he he... Kebanyakkan produk Maybelline Mummy tidak sesuai.
Produk Garnier lak...muka Mummy nampak kusam skit.
Pernah la juga Mummy join make up kelas Mary Kay. Ramai yang cakap produk Mary Kay antara yang terbaik. Tapi Mummy rasa foundation Mary Kay cepat hilang & rasa melekit skit kat muka.


Pics by Google search


Tuesday, June 19, 2012

:: Hada Labo

Sejak dua menjak ni... kulit Mummy jadi agak suram & jerawat-jerawat gatal datang menyerang dengan jayanya. Risau sangat...sapa tak risau.ha ha ha... Lagi la bila ada orang tegur 'apsal muka awak makin banyak jerawat nih'. Maka haruslah mencari penawar kan.
Mummy ada la gak update kat FB status tanye pendapat kawan-kawan produk skincare yang ok. Ada pro & kontra. Mana yang kawan selalu jumpa, memang tak suggest Mummy pakai pape sebab kulit Mummy dah ok katanya... Katanya la! ha ha ha... Hanya Mummy je yang tau betapa tidak sihat kulit Mummy ni. Dah tak flawless ok. Sesetengah kawan lak banyak gak bagi pendapat masing-masing.

Dulu masa zaman sekolah, pakai SAFI jek. Zaman 'U' lak, tak pakai pape.he he he...masuk zaman kerja, macam-macam produk Mummy test. Mula-mula Mummy cuba biore 1 set. Hasilnya memang sangat ok la. Mummy pun dah tak ingat which biore produk. Yang pasti lite blue packaging. Dulu memang takde solek-solek...eyeliner pun tak kenal. Yang Mummy ada cuma compact & lipstic @ gloss. Bila kulit muka dah ok, gatal plak nak cuba local produk (nama dirahsiakan). Masa tu tuhan je yang tau betapa teruknya muka Mummy. Jerawat sana-sini keluar...menangis tgk muka sendiri. Seriau plak kalau tengok local brand tu skang. he he he... Bila muka dah teruk camtu, Mummy cuba AVON produk utk medicated skin care. Alhamdulillah, semakin ok walaupun amik masa yang agak lama untuk pulih. Lama la gak Mummy setia guna AVON produk tu. 

Masa prengnant lak, jerawat datang menyerang balik. Kali ni mungkin pembawakan budak kot. Mummy tukar skincare AIKEN. Alhamdulillah sesuai ngan kulit Mummy. Lepas bersalin, kulit muka Mummy makin ok. Pakai apa je, tetap nampak cantik. Nampak bersih je... Pernah la gak cuba local priduk yang lain. Tapi guna tak lama pun sebab susah nak dapat stok. Lepas tu, Mummy cuba NUTOX. Tak berapa sesuai ngan kulit Mummy. Last skali Mummy guna SAFI Rania. 1 set Mummy beli...cukup untuk siang & malam. Tapi masalahnya, Mummy ni tak rajin sangat pun. Masa mula-mula beli je beriya buat siang malam.

Pic by google search
Antara produk SAFI feveret Mummy sebab rasa muka bersih gila.

Pic by google search
Produk AVON terbaik untuk kulit muka yang ada masalah jerawat.

Pic by google search
Cetaphil bagus untuk kulit sensitif & sesuai juga untuk baby yang ada ruam-ruam. Memang suggested by specialist

Pic by google search
Tea Tree oil AIKEN pun bagus.

1 hari Mummy de baca 1 entri pasal HADA LABO kat blog Nur Arina Basilah , terasa nak survey la gak. Kalau ikutkan kepala ni, macam-macam nak survey. Ingat nak tgk CLINIQUE tapi Mummy fikir...masa ada duit boleh la beli. Masa takde duit?? Nak beli NANO WHITE macam emak... Mummy bukan nak cari produk untuk cerahkan kulit. huh!!

Lama la gak Mummy pusing-pusing dalam watson. Keliru sungguh... Tetapi memandangkan Mummy ni de mix jepun + cina (sila jangan sentap ye orang tuh), better Mummy cuba produk made in Japan. Mana la tau sesuai kan. Maka pilihan Mummy adalah HADA LABO.

Mummy amik 1 set.. rm58 only. Dalam package tu ada Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Face Wash & Lotion. Untuk UV protection, Mummy guna BIORE UV face milk & juga boleh guna untuk make-up based.
Kesan selepas pemakaian:
1. Lepas guna face wash tu, rasa muka sgt moist & smooth.
2. Tak pedih macam pencuci yang lain sebab skin Ph balanced. 
3. Lotion sangat bagus sebab cepat absorbed.
4. Muka sentiasa lembab & tidak berminyak.
5. Selepas 3 hari penggunaan, dah nampak kesan sikit. Jerawat mengecil & kurang.

Rasanya lepas ni Mummy nak cuba BB cream HADA LABO lak...
Pic by google search

* Maafla ye takde gambar sebelum & selepas... he he he

:: Wrislet


Pagi tadi Mummy ada post pic kat atas tu dalam FB. Ramai la yang tertanya-tanya benda alah apa. Mulanya memang takde niat nak update pasal benda alah tu. Bukan apa, segan nak tunjuk. he he he...

Last week opismate Mummy ada bgtau nak ke negara jiran, Kota Singa. Skang kan tengah SALE... So, dia ada la tanye nak kirim apa-apa. Mummy dengan pantas & cergas terus cakap nak WRISLET. Tadi dia masuk opis, terus bagi kat Mummy. Tak sempat nak pilih sebab tinggal colour tu je. Ok gak la... Kawan Mummy cakap, masa dia nak beli...stok tggl 3 je. Nasib baik la...

Inilah rupa bentuknya... brand ni rasanya takde kat Malaysia. Simple je tapi blh isi macam-macam kat dalam tu dan sangat sesuai ngan Mummy yang suka sangat simpan resit. ha ha ha... Murah je... $19.90... Last year $29.90...

:: Selamat Harijadi & Selamat Hari Bapa...

Fuh! Fuh!
Ok... belum berabuk sangat. Seminggu la gak Mummy tak update blog. Bukan sengaja cuma penyakit malas tiba-tiba datang menyerang. Ni kira kes serang hendap la kot. he he he...

Last weekend, Mummy takde aktiviti menarik pun. Tapi ada hari istimewa... Hari istimewa orang tersayang. Ooppss...bukan hari istimewa 'orang' tu ye. Hari dia dah lepas...hadiah pun dirasmikan kan kan.he he he...

Yep! Hari istimewa mereka berdua... 16.06.12 adalah harijadi Puan Emak yang ke tet! Beriya dia soh adik msg Mummy balik kampung ke tak. Dia nak buat makan-makan katanya. Terbalik kan. Kebetulan plak, kita semua sambut Hari Bapa. So sebelum balik kampung, Mummy sempat la gak beli hadiah walaupun emak dah warning 'jangan beli hadiah'. 
Simple celebration...doa selamat sikit dari ayah & acara potong kek. Pastu makan-makan...masing-masing memang simpan perut sebab nak makan banyak. Riuh kecoh dengan perangai cucu-cucu emak & ayah. Penat mak bapak budak soh senyap. Tu baru 7 orang...nxt year bertambah lagi (sambil kepala kira duit raya kena standby tahun ni). huh!

Dipersembahkan The Ugly Instant Cake by Mummy Chubby... he he he...
Actually, ni instant butter cake. Cuma tambah telur, susu & marjerin je.Untuk topping Mummy buat sendiri sebab orang baru abis pantang request nak topping coklat. Sememh sungguh tulisan tuh... Yang nama Abg tu untuk adik lelaki Mummy yang sambut birthday last week.

Tak kisah la cane pun sambutannya & bentuk rupa keknya, yang pasti emak & ayah happy sebab anak-anak dapat kumpul ramai-ramai. 

Kami sayang emak & ayah.

Wednesday, June 13, 2012

:: 3 cara untuk jadi kekasih yang baik pada pasangan anda


Jika anda lihat hubungan antara anda dan kekasih anda mulai renggang atau kurang bahagia, anda mungkin boleh lakukan sesuatu untuk perbaikinya iaitu menjadi kekasih yang lebih baik untuk pasangan anda.
Berikut adalah 3 cara untuk jadi kekasih yang lebih baik pada pasangan anda.
Cara pertama; Bantu pasangan anda untuk capai impian dia.
Setiap orang pasti mempunyai impian dalam hidup mereka termasuklah pasangan anda. Untuk berikan kebahagian kepada pasangan anda, anda bantulah dia untuk capai impian dia. Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan pasangan anda berjaya menggapai impiannya.

Cara kedua; Menjadi seorang pendengar yang setia.
Setiap orang mempunyai masalah dan sudah menjadi tugas anda untuk jadi seorang pendengar setia terhadap pasangan anda. Menjadi pendengar akan merapatkan diri anda dan pasangan anda kerana anda tahu apa masalah yang dia hadapi disamping berpeluang untuk memahami dia dengan lebih dalam lagi.

Cara ketiga; Beri perhatian pada pasangan anda.
Apabila anda ambil dia sebagai kekasih anda, anda perlu fokus sepenuhnya pada dia. Utamakan urusan dia berbanding urusan orang lain kerana itulah tugas seorang kekasih iaitu beri perhatian pada kekasihnya. Apabila anda beri perhatian yang sepatutnya kepada dia, hubungan anda berdua akan lebih bahagia dan serasi.

:: Lagu #17 ~ Dia Aku dan Kamu

Task terbaru & 1st time Mummy dengar... hu hu hu... wish me luck!!

Dia Aku dan Kamu by Red Peanut ft Nadia AF6

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia

Air mata disisi ini
Saat kamu jauh disana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia

Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Diantara kita tidak akan dapat mengganggu

Kita disini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Engkau dan aku (engkau dan aku)
Tidak mahu (tidak mahu)
Orang ketiga menghancurkan (menghancurkan)
Karena cinta telah lama disatukan

Disatukan......

:: WW #21 ~ Bila kamera ada kat tangan...

Gelagat cik Khaleesa bila ada kamera kat tangan...





Sekian... he he he...

p/s: Mummy speecless sbb tak tahu ikut 'perangai' sapa nih. ha ha ha

Tuesday, June 12, 2012

:: Kad MERIAH

Bukan kad MESRA petronas ye...he he he...
Mummy baru je buat kad MERIAH Mydin setelah hampir beribu berabis belanja di Mydin Nusajaya. Maklumla... belakang opis je. 5 minit je jalan kaki. Yang bagusnya Mydin Nusajaya ni barang-barang basah sangat fresh & murah. Rasanya hari-hari muka Mummy & kawan-kawan kat dalam Mydin tuh.he he he... Sapa tak percaya, tanyelah orang Gelang Patah betapa berjayanya Mydin Nusajaya nih.hi hi hi...


:: Berbuka Puasa di Soul Thai

Memandangkan bulan depan kita akan bertemu Ramadhan... ramai la yang berpuasa sunat merangkap puasa ganti.huk huk huk... Mummy adalah antara insan yang tergolong dalam ganti-mengganti ni.he he he...
Badan letih so mood memasak 100% takde. Lagipun Mummy memang plan nak berbuka kat luar je. Dalam kepala ni memang semua tempat nak pegi. Nafsu tamak membuak-buak ok.ha ha ha... Lepas maghrib Mummy terus menuju ke AEON Bukit Indah yang hanya 5 min dari rumah (dgn kereta yer). Kali ni Mummy terasa nak cuba kat Soul Thai. Pernah makan tap 2 tahun lepas. Not bad la gak...

Sementara tunggu makanan sampai... kualiti gambar agak kureng sbb guna phone jek. Mummy takde camera.sob sob sob... Kami makan berdua je sebab orang tu ada kerja.

Mummy amik set je... De grilled chicken with sweet sour taste, clear sup (de crab stick & sayur), spring roll (tak bape sedap) & nasi goreng ketam. Hanya rm14.90 je... jer? yer... mmg jer je... ha ha ha... Mummy add on 1 lagi nasi goreng ketam & chicken wing utk cik Khaleesa.

:: Lagu #16 ~ Somebody That I Used to Know

1st time Mummy dengar & tengok MV this song... memang tak sedap langsung. Macam merapu je lirik & lagu. Tapi sebenarnya semakin banyak kali dengar, lagu ni sangat best. Part yang tak bestnya, si Gotye suka bogel sbb dalam MV lagu lain pun de part dia bogel.he he he... 

Somebody That I Used to Know by Gotye feat Kimbra

Now and then I think of when we were together
Like when you said you felt so happy you could die
Told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kind of sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad it was over

But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

[Kimbra:]
Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believing it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know

[Gotye:]
But you didn't have to cut me off
Make out like it never happened and that we were nothing
And I don't even need your love
But you treat me like a stranger and that feels so rough
No you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records and then change your number
I guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

[x2]
Somebody
(I used to know)
Somebody
(Now you're just somebody that I used to know)

(I used to know)
(That I used to know)
(I used to know)
Somebody

Monday, June 11, 2012

:: A little present...

Thanks to cik Mazuin bagi present kat kami... katanya bonus dia 'banyak' sangat, tu yang sampai bagi...he he he...


Pening pilih kaler... Mummy pilih coffee kaler tapi yg gold pun cantik gak. Warna merah lagi cantik wooo... 

TQVM cik Mazuin!

:: Weekend cik Khaleesa

Weekend cik Khaleesa kali ni agak suspen la gak sebab En Ex turun JB jenguk anaknya. Awal-awal memang Mummy dah bgtau cik Khaleesa yg dadi dia nak datang bawak dia jalan-jalan. Kecoh la gak sebab cik Khaleesa risau kena ikut dadi dia blk. Sibuk fikir malam nak tido ngan sapa. he he he...
Mummy sampai lewat stgh jam la gak sebab gerak dari rumah mak. Mana nak packing barang cik Khaleesa yang dok berkampung kat rumah mak sepanjang cuti sekolah.
Sampai je cik Khaleesa dah malu-malu. Maklum la 7 - 8 bulan la gak dia tak jumpa dadi dia. Agak susah la gak  nak pujuk dia. Kena janji macam-macam baru dia nak, tupun Mummy let go macam tu je. En Ex terus dukung dia... Sian plak Mummy tgk.he he he... 
Dalam keadaan camni memang tak blh nak pentingkan diri sendiri sebab kami ada anak. Mummy pun takde la nak menghadkan masa utk dieorang 'dating'. Cuma kalau boleh biarla kena dengan masa Mummy. Soal anak memang takde sebarang tuntutan lagi. InsyaAllah, sampai masa akan dibuat takut ada masalah akan datang. Harap-harap takde la yang tak baik kan. Cik Khaleesa pun dah dikenalkan ngan Mama Yana (soon...maybe). Pun Mummy harap cik Khaleesa boleh bezakan hubungan kami ni.hu hu hu... Semoga En Ex rajin-rajin la jenguk anak.

Alhamdulillah, masa amik cik Khaleesa... dia happy sangat. Tengok madagascar katanye (baru nak tengok ngan dia), makan-makan, main kat playground & sopping sikit. Memang dari awal dia nak mintak barang make-up. Dapat gak akhirnya... kalo ngan Mummy, memang tak dapek la jawabnya.he he he...

Lepas amik dia, cik Khaleesa ckp "Nanti khaleesa nak kluar ngan dadi lagi la...tapi khaleesa taknak tinggal ngan dadi"...

Nama pun anak perempuan kan... layankan je la...